Connect with us

Terkini

Syarat pemberian dana filem perlu diperketatkan, wajib lalui LPF – Bekas CEO FINAS

MyCreative Ventures selaku agensi di bawah Kementerian Komunikasi perlu memperketatkan syarat pemberian dananya kepada mana-mana pihak yang ingin menerbitkan filem.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim.
  • MyCreative Ventures selaku agensi di bawah Kementerian Komunikasi perlu memperketatkan syarat pemberian dananya kepada mana-mana pihak yang ingin menerbitkan filem.
  • Mencadangkan perkara itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim berkata adalah lebih baik filem cereka yang menerima dana MyCreative Ventures dikenakan syarat seperti mana FINAS di mana filem terbabit perlu melalui Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebagai syarat wajib mandatori.
  • “Mungkin syarat (pemberian dana) elok diperketatkan lagi maknanya kalau filem cereka diluluskan bawah My CV mungkin elok samakan dengan apa FINAS buat (iaitu) lalui LPF sebagai satu syarat wajib mandatori.
  • “Kenapa perlu kita wajibkan LPF? Sebab dengan cara macam ini filem itu akan melalui satu panel terdiri daripada pelbagai jabatan ataupun agensi kerajaan yang berwibawa untuk meneliti filem tersebut.
  • “Jadi bila diluluskan kita semua dapat menikmati karya kreatif dari mana-mana penerbit yang menerima dana itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas berkenaan sama ada MyCreative Ventures perlu memperketatkan syarat pemberian dana kepada pembikin filem susulan ada di antara mereka menerima dana, namun tidak mendapatkan kelulusan LPF. 
  • Difahamkan, filem ‘Maryam Pergi Ke Malam’ yang meraih dua trofi di Festival Filem Asia Ke-21 di Rome, Itali, dihasilkan menggunakan Geran Pemulihan Industri Kreatif–Filem Cereka Seni atau Festival dan penerbit memilih tidak melalui LPF kerana ia menghasilkan filem itu untuk penyertaan ke festival antarabangsa, sesuai dengan kategori dana diberi.

KUALA LUMPUR — MyCreative Ventures selaku agensi di bawah Kementerian Komunikasi perlu memperketatkan syarat pemberian dananya kepada mana-mana pihak yang ingin menerbitkan filem.

Mencadangkan perkara itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Profesor Dr Md Nasir Ibrahim berkata adalah lebih baik filem cereka yang menerima dana MyCreative Ventures dikenakan syarat seperti mana FINAS di mana filem terbabit perlu melalui Lembaga Penapisan Filem (LPF) sebagai syarat wajib mandatori.

“Mungkin syarat (pemberian dana) elok diperketatkan lagi maknanya kalau filem cereka diluluskan bawah MyCV mungkin elok samakan dengan apa FINAS buat (iaitu) lalui LPF sebagai satu syarat wajib mandatori.

“Kenapa perlu kita wajibkan LPF? Sebab dengan cara macam ini filem itu akan melalui satu panel terdiri daripada pelbagai jabatan ataupun agensi kerajaan yang berwibawa untuk meneliti filem tersebut.

“Jadi bila diluluskan kita semua dapat menikmati karya kreatif dari mana-mana penerbit yang menerima dana itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berkenaan sama ada MyCreative Ventures perlu memperketatkan syarat pemberian dana kepada pembikin filem susulan ada di antara mereka menerima dana, namun tidak mendapatkan kelulusan LPF. 

Difahamkan, filem ‘Maryam Pergi Ke Malam’ yang meraih dua trofi di Festival Filem Asia Ke-21 di Rome, Itali, dihasilkan menggunakan Geran Pemulihan Industri Kreatif–Filem Cereka Seni atau Festival dan penerbit memilih tidak melalui LPF kerana ia menghasilkan filem itu untuk penyertaan ke festival antarabangsa, sesuai dengan kategori dana diberi.

Kelulusan filem itu tidak mewajibkan filem di bawah skim terbabit melalui LPF sebelum ia ditayangkan di mana-mana platform, tidak seperti dana Kandungan Digital di bawah FINAS yang mewajibkan kelulusan LPF. 

Md Nasir berpandangan mana-mana filem yang menerima dana kerajaan perlu melalui LPF sekalipun diterbitkan untuk penyertaan ke festival antarabangsa atau ditayangkan di internet.

“Kalau pandangan peribadi saya kenalah (lalui LPF) sebab kita sebagai pemberi dana atau agensi beri dana patut lebih ketat dalam hal ini supaya tidak menimbulkan prasangka pada kerajaan kita.

“Sebab bila (filem) ditayangkan di peringkat antarabangsa kemungkinan penonton berpandangan ohh teruknya negara kita ini kan?

“Sedangkan apa dipertontonkan mungkin hanya sebahagian kecil bukan yang benar-benar berlaku ataupun mungkin juga berlaku tapi mungkin ada jalan untuk membuat penambahbaikan jadi itulah benda-benda yang kita kena fikir,” katanya.

Beliau berkata Malaysia merupakan sebuah negara Islam dan berpegang kuat kepada pegangan Islam serta mempunyai undang-undang tersendiri yang menetapkan perkara boleh dan tidak boleh dilakukan.

Justeru, dalam hal ini apabila kerajaan memberikan duit untuk menerbitkan filem, pihak terbabit perlu mengikuti dasar kerajaan yang memartabatkan Islam dan memantapkan keharmonian antara kaum.

Mengulas berkenaan isu kreativiti dalam berkarya, Md Nasir berkata ada sesetengah individu melihat kreativiti itu tidak mempunyai batas, jadi isu-isu diketengahkan dalam filem berkenaan sekiranya perlu melalui LPF dilihat akan menghalang kreativiti.

Katanya, perkara itu berkemungkinan menjadi kegusaran penerbit filem, namun kreativiti dalam filem perlu ada batas dalam konteks Malaysia yang mempunyai budaya, kefahaman dan pegangan perlu diikuti.

“Filem yang baik adalah filem yang mempunyai sebab-sebab kenapa satu-satu scene diwujudkan, satu-satu isu diketengahkan itu hendaklah pertama sekali secara holistik dia tidak menimbulkan isu menyebabkan orang salah faham,” kata Md Nasir. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di  https://support.themerdekatimes.com

Author

Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending