Connect with us

Teknologi

Minat golongan muda terhadap STEM membimbangkan

Trend penurunan minat masyarakat negara ini terhadap aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), khususnya dalam kalangan golongan muda, membimbangkan.

Wartawan TMT

Published

on

Minat golongan muda terhadap STEM membimbangkan
Foto: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang.
  • Trend penurunan minat masyarakat negara ini terhadap aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), khususnya dalam kalangan golongan muda, membimbangkan.
  • Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang berkata, kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu berkenaan.
  • “Kerja-kerja awal telah dilaksana namun jawatankuasa tersebut dijangka akan mula bermula secara rasminya dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang,” katanya selepas merasmikan Karnival Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Johor di Arena Larkin, di sini semalam.
  • Antara punca aliran itu kurang diminati golongan muda negara kerana ia sukar dikuasai, proses pengajaran kurang menarik serta kurangnya prospek pekerjaan dalam bidang tersebut.

JOHOR BAHRU – Trend penurunan minat masyarakat negara ini terhadap aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), khususnya dalam kalangan golongan muda, membimbangkan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang berkata, kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu berkenaan.

Menurut beliau, jawatankuasa itu akan disertai MOSTI, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Kementerian Sumber Manusia (KSM).

“Mengikut statistik, terdapat penurunan dalam kalangan pelajar lepasan sekolah yang mengikuti jurusan STEM di peringkat pengajian tinggi, dan ini merupakan satu trend yang amat membimbangkan kerana Malaysia dalam usaha menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2030.

“Sehubungan itu, MOSTI akan tubuhkan satu jawatankuasa khas bersama KPM, KPT dan juga KSM untuk mencapai kaedah terbaik dalam mempromosikan aliran STEM ini.

“Kerja-kerja awal telah dilaksana namun jawatankuasa tersebut dijangka akan mula bermula secara rasminya dalam tempoh dua atau tiga bulan akan datang,” katanya selepas merasmikan Karnival Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Johor di Arena Larkin, di sini semalam.

Tambah Lih Kang, antara punca aliran itu kurang diminati golongan muda negara adalah kerana ia sukar dikuasai, proses pengajaran yang kurang menarik serta kurangnya prospek pekerjaan dalam bidang tersebut.

Advertisement

Sehubungan itu, beliau memberitahu menjadi tanggungjawab kerajaan dalam mempromosikan STEM daripada peringkat awal persekolahan, sama ada melalui pendidikan formal dan juga kurang formal.

“Selain pendidikan di peringkat sekolah, kita juga perlu pelbagaikan kaedah pengajaran seperti mengadakan program Minggu Sains Negara serta lain-lain yang dapat menarik minat masyarakat, itu sedang diusahakan MOSTI.

“Dalam pada itu, kita juga menyeru pemain industri khususnya syarikat-syarikat besar dan perindustrian untuk sama-sama mengaplikasikan sains dan teknologi dalam perusahaan mereka,” jelasnya lanjut.

Berdasarkan kajian Kesedaran Awam Mengenai STI Malaysia 2022 yang dilakukan Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC) MOSTI, didapati peratusan pelajar menyertai aliran STEM dari tahun 2017 hingga 2022 mencatatkan penurunan daripada 45.20 peratus kepada 40.94 peratus. 

Sumber: Kosmo

Author

Teknologi

Sektor pendidikan perlu berubah seiring perkembangan STEM, bertepatan IR4.0 – Chang

Sektor pendidikan perlu berubah dan lebih fokus seiring perkembangan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sekali gus mampu menepati tonggak Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Wartawan TMT

Published

on

Sektor pendidikan perlu berubah seiring perkembangan STEM, bertepatan IR4.0 - Chang
Foto: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
  • Sektor pendidikan perlu berubah dan lebih fokus seiring perkembangan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sekali gus mampu menepati tonggak Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
  • Beliau berkata hal ini kerana pada masa kini, sistem pendidikan negara berdepan cabaran menghasilkan sumber manusia memiliki kemahiran sesuai revolusi berkenaan.
  • “Suatu perkara yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini dan berkait dengan perkembangan STEM ialah IR4.0. Revolusi ini berorientasikan transformasi digital dalam pembangunan mesin dan proses bagi menghasilkan produk yang berkualiti.
  • “Bagi berdepan dengan cabaran ini, bidang pendidikan perlu berubah, perkara ini bertepatan dengan sektor pekerjaan pada masa hadapan yang lebih luas, cepat dan saling berhubungan,” katanya dalam ucapan pada Majlis Penutupan STEM Evolution peringkat negeri 2023 di sini hari ini.

SEREMBAN — Sektor pendidikan perlu berubah dan lebih fokus seiring perkembangan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sekali gus mampu menepati tonggak Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Beliau berkata hal ini kerana pada masa kini, sistem pendidikan negara berdepan dengan cabaran untuk menghasilkan sumber manusia yang memiliki kemahiran sesuai dengan revolusi berkenaan.

“Suatu perkara yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini dan berkait dengan perkembangan STEM ialah IR4.0. Revolusi ini berorientasikan transformasi digital dalam pembangunan mesin dan proses bagi menghasilkan produk yang berkualiti.

“Justeru, bagi berdepan dengan cabaran ini, bidang pendidikan perlu berubah, perkara ini bertepatan dengan sektor pekerjaan pada masa hadapan yang lebih luas, cepat dan saling berhubungan,” katanya dalam ucapan pada Majlis Penutupan STEM Evolution peringkat negeri 2023 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuah Yew Boon Lye.

Chang berkata generasi muda juga perlu disiapsiagakan dengan kedinamikan ilmu, kemahiran dan keunggulan karakter yang kuat untuk menempuh cabaran masa hadapan yang sangat rumit.

Dalam pada itu, beliau berkata program STEM Evolution yang sudah memasuki tahun ketiga dianjurkan itu sangat relevan dalam menyokong agenda inovasi negara selain platform menyuburkan lagi pembudayaan inovasi dan kreativiti dalam kalangan anak muda. 

Advertisement

“Diharapkan program seumpama ini diperbanyak pada masa hadapan. Saya percaya, pelbagai acara dalam pertandingan ini memberi peluang dan ruang kepada peserta dan semua yang hadir untuk mengukuhkan pendidikan STEM seperti Drone Challenge, Young Roboticists Challenge dan STEM Decathlon Challenge,” katanya. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending