Connect with us

Antarabangsa

[VIDEO] Qatar tidak layak jadi tuan rumah Piala Dunia 2022 – Ahli Parlimen gay Britain

Ahli Parlimen Britain dari Parti Buruh, Luke Pollard mendakwa kelompok LGBT tidak selamat untuk hadir menyaksikan Piala Dunia 2022 di Qatar, demikian lapor Independent.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

ANTARABANGSA[VIDEO] Qatar tidak layak jadi tuan rumah Piala Dunia 2022 – Ahli Parlimen gay Britain
Foto: Ahli Parlimen Britain dari Parti Buruh, Luke Pollard.

Ahli Parlimen Britain dari Parti Buruh, Luke Pollard mendakwa kelompok LGBT tidak selamat untuk hadir menyaksikan Piala Dunia 2022 di Qatar, demikian lapor Independent.

Dia yang bangga mengaku dirinya gay berkata, “Ia tidak selamat untuk seseorang seperti saya menonton Piala Dunia di Qatar”.

“Oleh kerana pelanggaran hak asasi manusia pekerja asing dan penduduk LGBT di Qatar, saya secara peribadi berpendapat Qatar tidak sepatutnya pernah diberi peluang menjadi tuan rumah pertandingan sukan utama,” katanya kepada Dewan Rakyat UK.

Pollard turut meminta menteri memakai lilitan lengan pelangi sebagai simbol sokongan LGBT ketika pasukan negara itu bermain di Piala Dunia nanti.

Dia turut menuntut permohonan maaf dari Menteri Luar Britain, James Cleverly kerana kenyataannya menyuruh kelompok LGBT untuk menghormati budaya setempat ketika hadir menyaksikan Piala Dunia di Qatar.

Terdahulu dalam satu temubual dengan LBC, Cleverly memberi peringatan kepada peminat bola sepak LGBT dari negara itu untuk menghormati undang-undang Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022 yang tidak mengiktiraf hubungan sesama jantina atas faktor agama dan budaya setempat.

Sumber: Independent UK

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *