Connect with us

Komuniti

Rakyat rayu PM luluskan KWSP bersasar

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sedikit rasa empati dalam membantu mereka yang tertekan dengan meluluskan segera pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sebelum sesi persekolahan 2023/2024 bermula Mac ini. 

Wartawan TMT

Published

on

Rakyat rayu PM luluskan KWSP bersasar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) merayu PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim bantu lulus pengeluaran KWSP secara bersasar sebelum sesi persekolahan bermula.
  • Rakyat sangat terdesak dan tertekan sehingga sanggup bergambar di hadapan cawangan KWSP di negeri masing-masing demi untuk menzahirkan kesusahan dan kesungguhan. – Presidennya, Azmi Mohd. Tahir 
  • “Lihatlah Datuk Seri Anwar Ibrahim, sanggupkah sesebuah Kerajaan Perpaduan yang memerintah melihat keadaan ini di negara Malaysia yang tercinta. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup keluarga mereka, demi mendapatkan wang simpanan persaraan mereka sendiri.
  • “Tolong Datuk Seri Anwar Ibrahim ada rasa sedikit empati terhadap rakyat yang merayu seperti pengemis. Mereka ini ada maruah, tetapi keadaan sangat tertekan, maruah diketepikan. Wajarkah sebagai seorang ketua pemimpin negara melihat semua ini?” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

 

PETALING JAYA: Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sedikit rasa empati dalam membantu mereka yang tertekan dengan meluluskan segera pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sebelum sesi persekolahan 2023/2024 bermula Mac ini. 

Presidennya, Azmi Mohd. Tahir berkata, rakyat sangat terdesak dan tertekan sehingga sanggup bergambar di hadapan cawangan KWSP di negeri masing-masing demi untuk menzahirkan kesusahan dan kesungguhan. 

Katanya, ia juga bagi membuktikan bahawa pencarum bukan membuat tuntutan luar jangka itu secara suka-suka, tetapi ia semua disebabkan oleh kehidupan mereka benar-benar terkesan. 

“Lihatlah Datuk Seri Anwar Ibrahim, sanggupkah sesebuah Kerajaan Perpaduan yang memerintah melihat keadaan ini di negara Malaysia yang tercinta. Mereka sanggup lakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup keluarga mereka, demi mendapatkan wang simpanan persaraan mereka sendiri. 

“Mereka sudah tidak pedulikan lagi apa masyarakat lain kata, yang penting tuntutan pengeluaran kecemasan KWSP bersasar diluluskan dengan kadar segera sebelum sesi persekolahan 2023/2024 dibuka tidak lama lagi. 

“Tolong Datuk Seri Anwar Ibrahim ada rasa sedikit empati terhadap rakyat yang merayu seperti pengemis. Mereka ini ada maruah, tetapi keadaan sangat tertekan, maruah diketepikan. Wajarkah sebagai seorang ketua pemimpin negara melihat semua ini?” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

PGIRM sebelum ini membawa suara lebih 300,000 pencarum bagi menuntut pengeluaran caruman KWSP secara bersasar bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam fasa peralihan ke endemik ketika ini.

Sebanyak 15 faktor utama dikenal pasti membelenggu mereka yang menuntut pengeluaran khas itu, yang merangkumi desakan hidup, pendapatan tidak seimbang dan tunggakan hutang pascapandemik Covid-19.

Bagaimanapun, media pada Jumaat lepas melaporkan, kerajaan memutuskan tidak membenarkan wang simpanan KWSP dikeluarkan lagi bagi menjamin masa depan pesaraan pencarum. 

Perdana Menteri dilapor berkata, bagi mengurangkan beban rakyat, kerajaan sedang mencari mekanisme lain tanpa memberi impak terhadap pencarum ketika bersara nanti. 

 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Komuniti

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong

Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Hanani Zulkifli

Published

on

Mencari penderma buah pinggang buat seorang sahabat – Firdaus Wong
Foto: Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung (kiri), & Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri (kanan hujung).
  • Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.
  • Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
  • Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     
  • “Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.
  • “Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

KUALA LUMPUR – Penderma buah pinggang darah jenis ‘O’ diperlukan segera untuk membantu seorang pendakwah dan penulis, Mohd Fikri Che Hussain yang mengalami kegagalan buah pinggang dan buta kedua-dua matanya kerana diabetes.

Rayuan mencari penderma budiman itu diutarakan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Firdaus Wong, yang juga pendakwah bebas, memaklumkan Mohd Fikri atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Fikri Alamghiri yang disifatkannya sebagai seorang sahabat dan guru, kini terpaksa menjalani dialisis sejak dua bulan lalu untuk meneruskan hidup.     

“Sepanjang perbualan, mulutnya tidak lekang mengucapkan Alhamdulilah dengan kesihatan yang Allah kurniakan di sebalik ujian. Saya juga bertanya kepada Ustaz apakah bentuk bantuan yang kami boleh hulurkan tetapi Ustaz hanya menjawab kalau dapat tolong carikan penderma buah pinggang darah ‘O’ untuknya.

“Jikalau sahabat-sahabat atau mempunyai kenalan yang sudi mendermakan buah pinggang darah jenis ‘O’ kepada Ustaz Fikri, boleh hubungi kami. Semoga derma anda itu menjadi asbab Ustaz kembali sihat dan seterusnya kembali aktif berdakwah,” kata Firdaus Wong.

Firdaus Wong berkata sahabatnya itu berkelayakan jurusan pengajian Islam dari Universiti Maghribi dan sangat aktif dalam bidang dakwah, khususnya penulisan dalam bidang hadis, maqasid syariah dan sejarah Islam.

Malah, katanya, Mohd Fikri telah menghasilkan lebih 20 buku dan pernah menjadi kolumnis dalam beberapa majalah.

“Namun hasratnya untuk meneruskan usaha dakwah itu terhenti disebabkan penyakit yang dialaminya,” kata Firdaus Wong. 

Mana-mana pihak ingin membantu usaha dakwah dan kebajikan MRM, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times

Sumber:  Facebook

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending