Connect with us

Komuniti

Pengemis warga asing guna kekerasan minta sedekah sekitar Jalan TAR

Satu perkara amat membimbangkan apabila pengemis atau peminta sedekah warga asing kini lebih agresif dan mendesak orang ramai untuk mendapatkan wang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Anis Tarmizi

Published

on

Foto: Peniaga, Mohamad Zahari.
  • Satu perkara amat membimbangkan apabila pengemis atau peminta sedekah warga asing kini lebih agresif dan mendesak orang ramai untuk mendapatkan wang.
  • “Pengemis ini akan ikut sesiapa sahaja selagi tidak bagi duit. Kebanyakan (pengemis) di sekitar sini hanya ikut sampai dia dapat duit”. – Peniaga di Jalan TAR, Khai, 27.
  • “Ini time customer ada dia (pengemis) minta-minta, customer mulalah marah. Hari itu ada dua ke tiga orang, tak sempat kami nak bagi, duit kami dia curi”. – Peniaga, Mohamad Zahari.
  • Pengemis berkemungkinan berasal dari negara Arab dan Myanmar jika dilihat dari rupa paras di mana majoritinya adalah kelompok dewasa serta warga emas tanpa mengira jantina.

KUALA LUMPUR — Satu perkara amat membimbangkan apabila pengemis atau peminta sedekah warga asing kini lebih agresif dan mendesak orang ramai untuk mendapatkan wang.

Hampir setiap hari golongan itu akan berpelesiran di sekitar ibu kota tidak kira sama ada siang mahupun malam untuk tujuan mengemis. 

Tinjauan The Merdeka Times di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman semalam mendapati rata-rata peniaga sekitar Jalan TAR terkesan dengan sikap pengemis warga asing yang adakalanya menggunakan kekasaran.

Peniaga di Jalan TAR, Khai, 27, mendakwa taktik pengemis ini untuk mendapatkan wang adalah dengan terus mengekori ‘mangsanya’ sehingga diberikan duit.

Menurutnya, mereka ini berkemungkinan berasal dari negara Arab dan Myanmar jika dilihat dari rupa paras di mana majoritinya adalah kelompok dewasa serta warga emas tanpa mengira jantina. 

Ada di antara mereka turut membawa kanak-kanak bersama.

“Pengemis ini akan ikut sesiapa sahaja selagi tidak bagi duit. Kebanyakan (pengemis) di sekitar sini hanya ikut sampai dia dapat duit,” katanya.

Foto: Peniaga, Mohamad Zahari.

Peniaga lain, Mohamad Zahari, 31, berkata dia pernah melihat golongan pengemis ini bergaduh sehingga bertumbuk dengan peniaga lain kerana enggan memberikan sebarang duit.

Malah ada duit peniaga dicuri pengemis ketika berlengah dari memberinya kerana mempunyai pelanggan.

Golongan pengemis agresif ini kebiasaannya akan meminta sedekah di sekitar Maybank dan Mydin di sini, pada waktu pagi hingga petang sebelum beralih ke Sogo, katanya.

“Hari itu sampai bergaduh dekat depan dengan kita orang (peniaga). Sebab kita orang dah cakap dah yang kami tengah berniaga , jangan kacau. Kalau nak lepas customer tiada lah.

“Ini time customer ada dia (pengemis) minta-minta, customer mulalah marah. Hari itu ada dua ke tiga orang, tak sempat kami nak bagi, duit kami dia curi,” katanya.

Zahari berkata penguatkuasa ada melakukan rondaan dan ada berjaya ditahan, bagaimanapun kelompok pengemis ini kebiasaannya dapat melarikan diri. — The Merdeka Times 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *