Connect with us

Terkini

(VIDEO) Satu-satunya bangsa Cina berjaya tamatkan latihan komando

Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) menjadi penuntut berbangsa Cina tunggal yang berjaya menamatkan latihan Kursus Asas Komando selama 12 minggu setelah mengharungi pelbagai peringkat latihan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD).
  • Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) menjadi penuntut berbangsa Cina tunggal yang berjaya menamatkan latihan Kursus Asas Komando selama 12 minggu setelah mengharungi pelbagai peringkat latihan.
  • Ming Youn, 25, yang berasal dari Kuala Lumpur berkata beliau memilih untuk mengikuti dunia ketenteraan kerana minat dan ingin berkhidmat kepada negara.
  • Kejayaan beliau menamatkan latihan selama 12 minggu itu melayakkannya dianugerahkan Beret Hijau dan pisau komando
  • “Saya nak cabar diri saya untuk masuk komando dan tunjukkan diri saya bahawa walaupun saya asal seorang anggota wataniah saya pun boleh jadi seorang komando. 
  • “Matlamat saya adalah saya akan teruskan berkhidmat dalam komando ini untuk seterusnya menambahkan pengetahuan saya ambil kursus-kursus kepakaran lepas itu saya harap saya boleh terus berkhidmat dalam komando dan menjadi seorang komando yang berkualiti dan sentiasa menjaga nama baik komando sampai akhir hayat saya,” katanya menerusi klip video dimuat naik Berita Tentera Darat Malaysia di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) menjadi penuntut berbangsa Cina tunggal yang berjaya menamatkan latihan Kursus Asas Komando selama 12 minggu setelah mengharungi pelbagai peringkat latihan.

Ming Youn, 25, yang berasal dari Kuala Lumpur berkata beliau memilih untuk mengikuti dunia ketenteraan kerana minat dan ingin berkhidmat kepada negara.

Kejayaan beliau menamatkan latihan selama 12 minggu itu melayakkannya dianugerahkan Beret Hijau dan pisau komando.

“Sebenarnya saya adalah anggota 515 Askar Wataniah. Saya tak ada pengetahuan pun tentang komando ini, mula saya berkhidmat dalam 515 Askar Wataniah di situlah saya pijak dalam dunia ketenteraan ini saya dapatlah sikit-sikit ilmu, pengalaman, pengetahuan tentang dunia ketenteraan lepas itu dulu saya diperkenalkan dengan komando. 

“So saya nak cabar diri saya untuk masuk komando dan tunjukkan diri saya bahawa walaupun saya asal seorang anggota wataniah saya pun boleh jadi seorang komando. 

“Matlamat saya adalah saya akan teruskan berkhidmat dalam komando ini untuk seterusnya menambahkan pengetahuan saya ambil kursus-kursus kepakaran lepas itu saya harap saya boleh terus berkhidmat dalam komando dan menjadi seorang komando yang berkualiti dan sentiasa menjaga nama baik komando sampai akhir hayat saya,” katanya menerusi klip video dimuat naik Berita Tentera Darat Malaysia di sini hari ini.

Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas, Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah dilaporkan mengingatkan supaya sentiasa menjaga keagungan beret hijau sebagai sebuah imej Special Forces Operators yang profesional dan kompeten kerana ianya merupakan maruah dan kebanggaan Gerak Khas.

“Jagalah maruah beret hijau ini daripada dicemari dengan perbuatan yang sia-sia kerana kelak akan merugikan atas segala pengorbanan saudara-saudara semua yang bertungkus lumus untuk mendapatkannya.

“Adalah amat malang sekali jika Beret Hijau yang dipakai terpaksa dilucutkan secara keji disebabkan salah laku seperti tidak mematuhi arahan atau melakukan perbuatan bertentangan peraturan perkhidmatan,” kata Panglima 21 GGK ketika berucap dalam Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Komando Siri AK/1/2024 di Pantai Betutu Laut, Sungai Udang pada Ahad.

Panglima 21 GGK juga menyempurnakan acara Perbarisan Penganugerahan Beret Hijau Gerak Khas serta Pisau Komando melibatkan seramai sembilan pegawai dan 60 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *