Connect with us

Antarabangsa

Guinea Bissau tarik balik kebenaran bendera, kapal Freedom Flotilla ‘dihalang’ belayar ke Gaza

Badan Pendaftaran Kapal Antarabangsa Guinea Bissau (GBISR) dalam langkah politik jelas memberitahu Freedom Flotilla Coalition (FFC) bahawa ia menarik balik bendera Guinea Bissau dari dua kapal misi Freedom Flotilla FFC yang dijadual belayar ke Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Sidang Media Freedom Flotilla Coalition (FFC).
  • Badan Pendaftaran Kapal Antarabangsa Guinea Bissau (GBISR) dalam langkah politik jelas memberitahu Freedom Flotilla Coalition (FFC) bahawa ia menarik balik bendera Guinea Bissau dari dua kapal misi Freedom Flotilla FFC yang dijadual belayar ke Gaza.
  • Perkara itu diumumkan FFC pada petang Jumaat sebelum selesainya pemeriksaan salah satunya kapal kargonya yang sudah dimuatkan dengan lebih 5000 tan bantuan kemanusiaan bagi rakyat Palestin di Gaza.
  • “Pada petang Khamis, FFC dihubungi GBISR meminta untuk memeriksa kapal utama kami – Akdenez. Ini permintaan yang sangat luar biasa kerana kapal kami sudah pun lulus semua pemeriksaan yang diperlukan; namun begitu, kami bersetuju. Pemeriksanya tiba pada hari Khamis.
  • “Pada petang Jumaat sebelum pemeriksaan selesai, GBISR dalam langkah politik yang jelas memaklumkan FFC bahawa ia telah menarik bendera Guinea Bissau dari dua kapal FFC, salah satunya adalah kapal kargo kami yang sudah dimuat dengan lebih 5000 tan bantuan penyelamat nyawa untuk rakyat Palestin di Gaza,” kata FFC dalam kenyataan.
  • FFC mengakui tanpa bendera terbabit, pelayaran tidak dapat diteruskan tetapi perkara itu tidak akan mematahkan semangat misi mereka untuk memecah sekatan Israel ke atas Gaza.

Badan Pendaftaran Kapal Antarabangsa Guinea Bissau (GBISR) dalam langkah politik jelas memberitahu Freedom Flotilla Coalition (FFC) bahawa ia menarik balik bendera Guinea Bissau dari dua kapal misi Freedom Flotilla FFC yang dijadual belayar ke Gaza.

Perkara itu diumumkan FFC pada petang Jumaat sebelum selesainya pemeriksaan salah satunya kapal kargonya yang sudah dimuatkan dengan lebih 5000 tan bantuan kemanusiaan bagi rakyat Palestin di Gaza.

“Pada petang Khamis, FFC dihubungi GBISR meminta untuk memeriksa kapal utama kami – Akdenez. Ini permintaan yang sangat luar biasa kerana kapal kami sudah pun lulus semua pemeriksaan yang diperlukan; namun begitu, kami bersetuju. Pemeriksanya tiba pada hari Khamis.

“Pada petang Jumaat sebelum pemeriksaan selesai, GBISR dalam langkah politik yang jelas memaklumkan FFC bahawa ia telah menarik bendera Guinea Bissau dari dua kapal FFC, salah satunya adalah kapal kargo kami yang sudah dimuat dengan lebih 5000 tan bantuan penyelamat nyawa untuk rakyat Palestin di Gaza,” kata FFC dalam kenyataan.

FFC mengakui tanpa bendera terbabit, pelayaran tidak dapat diteruskan tetapi perkara itu tidak akan mematahkan semangat misi mereka untuk memecah sekatan Israel ke atas Gaza.

“Walau bagaimanapun, tanpa bendera, kami tidak boleh berlayar. Tetapi, ini bukanlah penghujungnya. Israel tidak dapat dan tidak akan menghancurkan tekad kami untuk memecah pengepungan haram dan mencapai rakyat Gaza. 

“Rakyat Gaza dan seluruh (rakyat) Palestin tetap teguh di bawah keadaan mengerikan yang tidak dapat dibayangkan. 

“Kami mengambil kekuatan dari keupayaan luar biasa mereka yang tidak dapat dijelaskan dalam pengekalan kemanusiaan, maruah, dan harapan mereka ketika dunia tidak memberi alasan untuk mereka berbuat demikian.

“Ini adalah tanggungjawab kita untuk mengekalkan harapan itu hidup. Kami akan berlayar,” kata FFC.

Aktivis dari 30 negara, termasuk Malaysia, berkumpul di Istanbul bermula 18 April untuk persiapan terakhir misi “Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024“.

Tarikh pelayaran asalnya sebelum ini ditetapkan pada 21 April dan kemudian ditangguhkan sebanyak dua kali kepada 24 April dan 26 April. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tentera Mesir dan Israel bertempur di sempadan Rafah

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.
  • Berita yang belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh orang Israel cedera, dan seorang askar Mesir terbunuh, di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.
  • Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini.

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Berita belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh tentera Israel cedera dan seorang askar Mesir terbunuh di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.

Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini. 

Sumber peringkat tinggi itu, yang bercakap dengan TNA dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana tidak diberi kuasa memberi taklimat kepada media, tidak menjelaskan lebih lanjut tetapi berkata “askar Israel membalas tembakan dan kemudian melepaskan tembakan amaran sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.”

Tiada butiran lanjut tersedia serta-merta pada masa penerbitan, tetapi laporan yang tidak disahkan mengatakan tentera Israel dilaporkan berundur dari sempadan Palestin di sempadan Rafah.

Sementara itu, tentera Mesir tidak mengesahkan atau menafikan kejadian itu secara rasmi.

Walaupun secara teknikalnya keamanan dengan Israel wujud sejak 1970-an, warga Mesir bertelagah dengan rejim zionis secara berturut-turut mengenai normalisasi.

Secara diplomatik dan komersial, Kaherah menganggap Israel sebagai sebuah negara mempunyai hubungan kukuh di beberapa kawasan tetapi ketegangan semakin memuncak selepas Israel melancarkan perangnya ke atas Gaza Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending