Connect with us

Ekonomi

Belanjawan 2024 tidak tangani isu bekalan makanan

Tan Sri Muhyiddin Yassin berpandangan situasi bekalan dan keterjaminan makanan dalam negara ketika ini berada dalam keadaan krisis.

Wartawan TMT

Published

on

Belanjawan 2024 tidak tangani isu bekalan makanan
Foto: Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin (berdiri di barisan hadapan).
  • Tan Sri Muhyiddin Yassin berpandangan situasi bekalan dan keterjaminan makanan dalam negara ketika ini berada dalam keadaan krisis.
  • Bekas Perdana Menteri itu berkata, bagaimanapun, Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh kerajaan pada Jumaat lalu dilihat tidak menekankan perancangan terperinci dalam mengatasi masalah tersebut.
  • “Sepatutnya belanjawan ini sedar situasi ketika ini (adalah) krisis. (Misalnya) Kita lihat krisis beras, bekalan pengeluaran beras negara patut 70 peratus berbanding 30 peratus import. Yang terkini saya diberitahu, hanya 60 peratus sahaja, dan kekurangan 10 peratus,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Rabu.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berpandangan situasi bekalan dan keterjaminan makanan dalam negara ketika ini berada dalam keadaan krisis.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, bagaimanapun, Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh kerajaan pada Jumaat lalu dilihat tidak menekankan perancangan terperinci dalam mengatasi masalah tersebut.

Ujar beliau, kerajaan juga tidak memperuntukkan jumlah yang besar bagi memastikan daya pengeluaran makanan tempatan dapat diperkasakan.

“Ini kita telah bincang lama, malahan dikatakan status keselamatan makanan Singapura (berada pada tahap) antara yang terbaik di dunia. Malaysia berada di kedudukan antara 32 ke 33, ini satu perkara yang perlu diberikan perhatian.

“Jadi sebab itu setiap tahun kita belanjakan sekitar RM60 bilion hingga RM70 bilion untuk membawa masuk bahan-bahan makanan. Kelapa pun kita import… sayur-sayuran, ikan, daging dan hampir sebahagian besar (diimport).

“Sepatutnya belanjawan ini sedar situasi ketika ini (adalah) krisis. (Misalnya) Kita lihat krisis beras, bekalan pengeluaran beras negara patut 70 peratus berbanding 30 peratus import. Yang terkini saya diberitahu, hanya 60 peratus sahaja, dan kekurangan 10 peratus,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Rabu.

Membahaskan lagi, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata kerajaan telah mengurangkan lebih RM11 bilion peruntukan subsidi susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi, tetapi tidak menjelaskan secara terperinci mekanisme penyasaran subsidi berkenaan.

Advertisement

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan, bagaimana kerajaan hendak menentukan golongan pendapatan yang masih menikmati subsidi ekoran langkah rasionalisasi tersebut.

“Adakah kerajaan akan menggunakan kategori kumpulan pendapatan B40, M40 dan T20 sebagai asas penentuan atau terdapat formula baharu untuk menentukan siapa yang dapat dan siapa yang tidak dapat menikmati subsidi? Ini akan menimbulkan banyak persoalan dan ini akan dilaksanakan tahun depan.

“Penentuan ini penting kerana tekanan kos sara hidup dirasai oleh semua rakyat tanpa mengira kelas pendapatan,” katanya.

Selain itu, Muhyiddin mempersoalkan adakah kerajaan telah melaksanakan kajian menyeluruh untuk menilai kesan pelaksanaan rasionalisasi subsidi terhadap rakyat dan ekonomi.

Dalam masa yang sama, beliau menjangkakan harga barangan dan perkhidmatan akan meningkat sekiranya para pengusaha dalam industri pengangkutan dan logistik tidak lagi menikmati subsidi bahan api.

Muhyiddin turut melahirkan keraguan terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan, penjimatan subsidi akan diagihkan semula kepada kumpulan sasaran.

Advertisement

Sumber: Astro Awani

Author

Ekonomi

TIN, e-invois kurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa GST

Pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.

Wartawan TMT

Published

on

TIN, e-invois kurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa GST
Foto: Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.
  • Pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.
  • Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata dua kaedah itu adalah sebagai ‘Pelan B’ kepada usaha mengurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
  • “Bagi elak perkara itu (ekonomi bayangan), Kementerian Kewangan membuat Pelan B. Kita guna Plan B iaitu TIN, umur 18 tahun sudah diberi nombor cukai.
  • “E-invois pula membolehkan segala nota debit, kredit didigitalkan dan berhubung secara dalam talian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya kepada BH.

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan nombor pengenalan cukai (TIN) dan e-invois adalah inisiatif kerajaan bagi mengurangkan saiz ekonomi bayangan di Malaysia.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata dua kaedah itu adalah sebagai ‘Pelan B’ kepada usaha mengurangkan saiz ekonomi bayangan tanpa pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Beliau mengakui pelaksanaan GST dalam tempoh 2015 hingga 2018 berjaya mengurangkan ekonomi bayangan sebanyak 10 peratus berbanding kira-kira 30 peratus sebelum itu.

“Bagi elak perkara itu (ekonomi bayangan), Kementerian Kewangan membuat Pelan B. Kita guna Plan B iaitu TIN, umur 18 tahun sudah diberi nombor cukai.

“E-invois pula membolehkan segala nota debit, kredit didigitalkan dan berhubung secara dalam talian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Ini untuk elak ekonomi gelap bercambah dalam sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),” katanya kepada BH.

Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan bersetuju menguatkuasakan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024.

Advertisement

Sementara itu, pembayar cukai mengikut kategori pendapatan selainnya akan dibuat secara berfasa dengan sasaran pelaksanaan menyeluruh mulai 1 Julai 2025.

TIN akan diperluas penggunaannya untuk menyokong pelaksanaan e-invois supaya ia dapat melebarkan lagi jaringan pembayar cukai susulan pematuhan cukai secara sukarela yang seterusnya mengurangkan ketirisan hasil.

Dalam Belanjawan 2024, kutipan hasil kerajaan pada 2024 dijangka menyaksikan peningkatan kepada RM307.6 bilion berbanding RM303.2 bilion tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ditingkatkan kepada RM10 bilion berbanding RM8 bilion berikutan hasil inisiatif dijalankan kerajaan bermula tahun ini seperti subsidi bersasar elektrik yang dapat menjimatkan RM4.6 bilion daripada unjuran subsidi elektrik RM20 bilion.

Katanya, subsidi dan bantuan sebanyak RM81 bilion untuk 2023 adalah terlalu tinggi, maka subsidi bersasar wajar dilaksanakan pada 2024.

“STR sudah ditambah baik. Jumlah penerima STR adalah seramai sembilan juta atau 60 peratus penduduk dewasa Malaysia.

Advertisement

“Peruntukan ditingkatkan daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion, yang mana kadar maksimum ditingkatkan daripada RM3,100 kepada RM3,700. Kadar minimum untuk golongan bujang juga ditingkatkan daripada RM350 kepada RM500,” katanya.

Ahmad berkata, kerajaan turut memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan mengkreditkan ke dalam MyKad 200,000 penerima STR sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh enam bulan.

Beliau berkata, SARA akan diperluaskan kepada 700,000 penerima yang akan menerima RM100 sebulan untuk 12 bulan.

“Sebanyak RM500 juta akan diperuntukkan untuk meneruskan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) untuk meningkatkan lebih ramai rakyat miskin tegar bagi mengikuti program IPR bagi menambah pendapatan mereka,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending