Connect with us

Terkini

Kerajaan laksana penyasaran subsidi diesel libatkan pengguna di semenanjung – PM Anwar

Jemaah Menteri pada Selasa bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas diesel yang melibatkan pengguna di Semenanjung, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penyasaran bersubsidi diesel itu tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak memandangkan bahan api tersebut digunakan kenderaan hampir setiap keluarga di kedua-dua negeri berkenaan.
  • “Jadi, kita menangguhkan sebarang tindakan (penyasaran subsidi kepada pengguna di Sabah dan Sarawak) kerana akan membebankan rakyat terbanyak,” katanya ketika menyampaikan Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung menerusi semua saluran media tempatan pada Selasa.
  • Anwar berkata bagi membendung kenaikan mendadak harga barang dan perkhidmatan di Semenanjung, kerajaan akan menyediakan subsidi diesel kepada peniaga yang menggunakan kenderaan komersial dengan bahan api itu.
  • Subsidi itu melibatkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan di bawah sistem kawalan diesel bersubsidi.
  • Menurut Anwar penyasaran subsidi diesel itu tidak melibatkan golongan T20 dan 3.8 juta warga asing, sekali gus beri penjimatan kepada kerajaan secara kasar kira-kira RM4 bilion setahun, iaitu yang pernah dinikmati kumpulan berkenaan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Jemaah Menteri pada Selasa bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas diesel yang melibatkan pengguna di Semenanjung, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata penyasaran bersubsidi diesel itu, bagaimanapun tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak memandangkan bahan api itu digunakan untuk kenderaan hampir setiap keluarga di kedua-dua negeri berkenaan.

“Jadi, kita menangguhkan sebarang tindakan (penyasaran subsidi kepada pengguna di Sabah dan Sarawak) kerana akan membebankan rakyat terbanyak,” katanya ketika menyampaikan Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung menerusi semua saluran media tempatan pada Selasa.

Bagaimanapun, Anwar berkata bagi membendung kenaikan mendadak harga barang dan perkhidmatan di Semenanjung, kerajaan akan menyediakan subsidi diesel kepada peniaga yang menggunakan kenderaan komersial dengan bahan api itu.

Beliau berkata subsidi itu melibatkan 10 jenis kenderaan pengangkutan awam dan 23 jenis kenderaan pengangkutan barangan di bawah sistem kawalan diesel bersubsidi.

“Maknanya, pengusaha bas, teksi (dan) nelayan akan terus dipelihara dengan subsidi atau bantuan untuk membantu mereka. Jadi, kerajaan bersetuju menyediakan bantuan tunai kepada pemilik individu kenderaan diesel yang layak (termasuk) petani kecil, pesawah dan peniaga kecil.

“la untuk (golongan) B40 (dan) M40 yang menggunakan kemudahan diesel untuk perniagaan kecil atau penggunaan dalam bidang pertanian, perlombongan, penternakan atau nelayan akan terus dibantu. Maknanya dia (mereka) tidak terkesan daripada kenaikan ini,” katanya.

Menurut Anwar penyasaran subsidi diesel itu tidak melibatkan golongan T20 serta 3.8 juta warga asing, sekali gus memberi penjimatan kepada kerajaan secara kasar kira-kira RM4 bilion setahun, iaitu yang pernah dinikmati oleh kumpulan berkenaan sebelum ini.

“Saya ingin tegaskan di sini, kita naikkan (laksana penyasaran subsidi) tapi tidak (bebankan) rakyat. Kita naikkan kesannya kepada golongan maha kaya dan orang (warga) asing.

“Kalau ada rakyat yang terbeban menggunakan diesel, ada ruang untuk mereka rujuk kepada Kementerian Pengangkutan atau kementerian berkaitan supaya dapat dipastikan penyasaran subsidi diesel itu hanya mengesankan golongan kaya dan (warga) asing dan tidak membebankan mereka (rakyat),” katanya.

Anwar berkata kerajaan juga menambah baik Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan meningkatkan peruntukan kepada RM700 juta, iaitu lebih lima kali ganda berbanding RM130 juta tahun lepas yang akan memanfaatkan 700,000 penerima dengan penambahan nilai bantuan kepada RM1,200 berbanding RM600.

Beliau berkata peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) juga dinaikkan sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus daripada RM8 bilion pada 2023 kepada RM10 bilion pada tahun ini yang akan memberi manfaat kepada sembilan juta rakyat penerima bersamaan 60 peratus penduduk dewasa Malaysia.

“Jadi harus ingat daripada mana kita boleh tambah (bantuan) itu..itu daripada dana kita selamatkan daripada subsidi membazir yang menguntungkan golongan kaya dan warga asing,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata Insentif Pengeluaran Getah juga dinaikkan dua kali daripada RM2.50 sekilogram pada 2022 kepada RM2.70 sekilogram pada 2023 dan RM3 sekilogram pada tahun ini manakala kadar Skim Subsidi Harga Padi ditingkatkan daripada RM360 pada 2022 kepada RM500 per metrik tan pada 2023. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending