Antarabangsa
315 maut, lebih 1,600 cedera banjir Afghanistan
Jumlah kematian disebabkan insiden banjir di utara Afghanistan mencecah 315 orang, manakala lebih 1,600 mangsa dilaporkan cedera, lapor agensi berita Reuters.

- Jumlah kematian disebabkan insiden banjir di utara Afghanistan mencecah 315 orang, manakala lebih 1,600 mangsa dilaporkan cedera, lapor agensi berita Reuters.
- Kementerian Dalam Negeri Emeriyah Islam Afghanistan (IEA) pada Ahad berkata, angka kematian rasmi akibat banjir kilat melanda sejak Jumaat disebabkan hujan lebat melibatkan 153 orang awam dan dianggarkan meningkat.
- Pertubuhan bantuan kemanusiaan pula berkata kemudahan penjagaan kesihatan dan infrastruktur penting seperti air dilaporkan rosak akibat banjir.
- Afghanistan diketahui mudah terdedah kepada bencana alam dan dianggap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai salah satu negara paling mudah terkesan terhadap sebarang perubahan iklim.
- Menteri Ekonomi Afghanistan, Din Mohammad Hanif dalam kenyataan pada Ahad menggesa PBB, agensi kemanusiaan dan perusahaan swasta untuk membantu mereka yang terjejas akibat banjir.
Jumlah kematian disebabkan insiden banjir di utara Afghanistan mencecah 315 orang, manakala lebih 1,600 mangsa dilaporkan cedera, lapor agensi berita Reuters.
Kementerian Dalam Negeri Emeriyah Islam Afghanistan (IEA) pada Ahad berkata, angka kematian rasmi akibat banjir kilat melanda sejak Jumaat disebabkan hujan lebat melibatkan 153 orang awam dan dianggarkan meningkat.
Kementerian itu berkata ribuan kediaman rosak dan ternakan turut musnah.
Pertubuhan bantuan kemanusiaan pula berkata kemudahan penjagaan kesihatan dan infrastruktur penting seperti air dilaporkan rosak akibat banjir.
Afghanistan diketahui mudah terdedah kepada bencana alam dan dianggap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai salah satu negara paling mudah terkesan terhadap sebarang perubahan iklim.
Negara itu kurang menerima bantuan selepas pengambilalihan Taliban sejurus selepas berundurnya tentera asing pada 2021 yang menyebabkan dana pembangunan untuk pengukuhan kewangan kerajaan dihentikan.
Keadaan itu bertambah buruk pada tahun-tahun berikutnya selepas kerajaan asing menghadapi krisis persaingan global dan tindakan mengecam sekatan Taliban ke atas wanita-wanita Afghanistan.
Menteri Ekonomi Afghanistan, Din Mohammad Hanif dalam kenyataan pada Ahad menggesa PBB, agensi kemanusiaan dan perusahaan swasta untuk membantu mereka yang terjejas akibat banjir. – The Merdeka Times
