Terkini
(VIDEO) Harga diesel di Malaysia terendah di dunia
Harga runcit diesel di Malaysia adalah antara yang terendah di dunia ketika ini dengan jumlah subsidi diesel yang besar diberikan kerajaan.
- Mengakui perkara itu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata faktor tersebut menjadi sebab utama berlakunya kegiatan penyeludupan diesel ke negara jiran dan penyelewengan ke sektor komersil yang tidak layak menikmati diesel bersubsidi.
- Harga di negara jiran adalah lebih tinggi sekitar RM4 di Thailand, RM4.50 di Indonesia dan hampir mencecah RM9.00 di Singapura.
PUTRAJAYA – Harga runcit diesel di Malaysia adalah antara yang terendah di dunia ketika ini dengan jumlah subsidi diesel yang besar diberikan kerajaan.
Mengakui perkara itu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata faktor tersebut menjadi sebab utama berlakunya kegiatan penyeludupan diesel ke negara jiran dan penyelewengan ke sektor komersil yang tidak layak menikmati diesel bersubsidi.
“Pada ketika ini dengan jumlah subsidi yang besar diberi oleh kerajaan, harga runcit diesel di Malaysia adalah yang terendah di dunia.
“Harga diesel kita dijual pada 4 harga yang berbeza mengikut subsidi iaitu RM1.65 seliter bagi nelayan, RM1.88 bagi pengangkutan awam darat, RM2.15 bagi kenderaan komersil dan persendirian serta harga pasaran tanpa subsidi bagi sektor komersil yang pernah mencecah RM3.60 awal tahun ini,” katanya dipetik BERNAMA.
Beliau berkata, pada masa yang sama harga di negara jiran adalah lebih tinggi sekitar RM4 di Thailand, RM4.50 di Indonesia dan hampir mencecah RM9.00 di Singapura.
Keadaan ini mengundang kepada penyeludupan ke negara jiran dan penyelewengan sektor komersil yang tidak layak menggunakan diesel bersubsidi tersebut. – The Merdeka Times