Connect with us

Kolumnis

Kebenaran kedua-dua ibu bapa tukar agama anak adalah realiti sukar

MERUJUK kepada keputusan Mahkamah Rayuan Sivil di Putrajaya pada 10 Januari 2024, panel secara sebulat suara seramai (3) tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan Sivil telah membenarkan rayuan oleh pihak perayu iaitu ibu kepada (3) tiga kanak-kanak bawah umur yang telah diislamkan oleh bapa mereka di hadapan pendaftar muallaf di Perlis sebelum ini adalah tidak sah dan dibatalkan pengislaman tersebut. 

hishammarzuki

Published

on

Kebenaran kedua-dua ibu bapa tukar agama anak adalah realiti sukar
Foto: Gambar sekadar hiasan.

MERUJUK kepada keputusan Mahkamah Rayuan Sivil di Putrajaya pada 10 Januari 2024, panel secara sebulat suara seramai (3) tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan Sivil telah membenarkan rayuan oleh pihak perayu iaitu ibu kepada (3) tiga kanak-kanak bawah umur yang telah diislamkan oleh bapa mereka di hadapan pendaftar muallaf di Perlis sebelum ini adalah tidak sah dan dibatalkan pengislaman tersebut. 

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Kes berkenaan pengislaman anak-anak bagi pasangan baru memeluk Islam kepada agama Islam adalah suatu isu yang sering berlaku dan menjadikan pasangan saudara baru Islam yang ingin bersama dengan anak-anak berada di dalam keadaan serba salah dan sukar. 

Kes rayuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ini adalah menunjukkan satu lagi peruntukan di dalam Undang-Undang Islam Negeri iaitu Seksyen 107(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 (Perlis) telah dibatalkan dan diisytiharkan sebagai tidak Perlembagaan oleh Mahkamah Rayuan. 

Perlu difahami bahawa sebelum ini pendaftaran anak-anak bawah umur bagi saudara baru Islam yang didaftarkan di hadapan pendaftar muallaf yang dibuat secara sebelah pihak telah diisytiharkan sebagai tidak sah dan tidak berpelembagaan seperti yang telah diputuskan di dalam kes Indira Gandhi Mutho v Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors pada tahun 2018 oleh Mahkamah Persekutuan. 

Mengikut keputusan panel rayuan di dalam kes MAIPs itu, panel rayuan mendapati bahawa dapatan hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini adalah telah salah daripada segi undang-undang di dalam mengaplikasikan dapatan berkenaan pengislaman sebelah pihak (“unilateral conversion”) bagi pasangan baru memeluk Islam. 

Malah, Mahkamah Rayuan juga menyatakan bahawa dapatan kes Indira Gandhi tersebut adalah suatu undang-undang yang mengikat untuk dijadikan sandaran di dalam menyelesaikan kemelut pasangan baru memeluk Islam yang mengislamkan anak-anak di bawah umur. 

Realitinya, kebenaran kedua-dua ibu bapa untuk menukar agama Islam adalah amat sukar memandangkan kebiasaannya perkahwinan pasangan akan dibubarkan serta dalam banyak keadaan penukaran agama salah satu pasangan adalah tidak dipersetujui oleh pasangan bukan Islam. 

Ini menjadikan penukaran kepada agama Islam adalah tidak sah jika dilakukan tanpa kebenaran pasangan bukan Islam. 

Sebelum ini, Mahkamah Persekutuan telah menyelesaikan isu penukaran agama sebelah pihak di dalam kes Subashini Rajasingam V Saravanan Thangathoray & Other Appeals pada 2008 yang telah memutuskan kebenaran seorang ibu atau bapa adalah memadai. 

Mengambil kira suasana semasa, majoriti kes penukaran agama sebelah pihak yang dicabar di Mahkamah adalah kepada agama Islam, ini akan memberi kesan kepada anak-anak bagi pasangan tersebut khususnya pasangan beragama Islam yang tidak dapat bersama diislamkan dan menjadikan pasangan baru tersebut berasa terasing dengan mendapatkan akses dan hubungan selaku ibu atau bapa. 

Perkara ini perlu dilihat semula oleh pelbagai pihak berkepentingan untuk mengurangkan jurang perbezaan yang timbul kerana akan memberikan kesan kepada institusi keluarga dan pembentukan masyarakat di dalam negara ini. 

Malah, kepentingan agama Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan perlu diterapkan dalam apa jua keadaan mengambil kira asas utama di dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. – The Merdeka Times

Penulis adalah Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Kolumnis

Wujud fenomena ‘double standard’ berkaitan Melayu, Islam

TERDAPAT dua insiden berasingan yang melibatkan pelanggaran trafik dilaporkan media berbahasa Mandarin, China Press menarik perhatian warga netizen di Facebook untuk memberi komentar mereka.   

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Tangkap layar berita dan komentar netizen di laman Facebook China Press.

TERDAPAT dua insiden berasingan yang melibatkan pelanggaran trafik dilaporkan media berbahasa Mandarin, China Press menarik perhatian warga netizen di Facebook untuk memberi komentar mereka.   

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Berita pertama melibatkan seorang lelaki Cina berumur 20-an yang ditahan kerana melakukan aksi ‘drifting’ dengan kereta sport. 

Sementara itu, berita kedua pula melibatkan lima orang mat rempit yang ditahan kerana membuat aksi berbahaya ‘superman’ di lebuh raya utama. 

Keadaan kedua-duanya sama iaitu ditahan pihak polis kerana melakukan aksi yang melanggar undang-undang lalu lintas. 

Namun anehnya komentar-komentar netizen yang muncul di media sosial tidak pula berfokus pada tindakan individu itu.   

Malah jika diperhatikan komentar-komentar berbaur ‘double standard’ pula yang wujud dalam kalangan netizen apabila mengulas kedua-dua berita terbabit.  

Bagi berita pertama yang berkaitan pemuda Cina itu, rata-rata netizen cenderung menyindir dan mengkritik perbuatan pelaku malah mempersoalkan sisi tanggungjawab dan keselamatan di jalan raya. 

Foto: Tangkap layar komentar netizen di laman Facebook China Press.

Namun, respon mereka terhadap berita kedua berkaitan lima orang mat rempit pula berbeza. Netizen bukan sahaja menyindir perbuatan pelaku tetapi mereka juga membawa unsur bangsa dan agama dalam komentar mereka. 

Kebanyakan mereka menggunakan istilah ‘guó bǎo’ (国宝) yang bermaksud ‘aset negara’. Di sini, netizen merujuk secara sarkastik kepada bangsa Melayu adalah bumiputera yang mempunyai hak istimewa dan terpelihara haknya.

Foto: Tangkap layar komentar netizen di laman Facebook China Press.

Penggunaan istilah sebegini dalam komentar yang berbaur ‘double standard’ ini sangat merisaukan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terkenal dengan kepelbagaian bangsa dan agama.  

Ini kerana apabila sang pelaku daripada masyarakat mereka sendiri melakukan kesalahan mahupun jenayah, mereka akan mengkritik tindakan pelaku itu.

Namun apabila melibatkan Melayu mahupun Muslim, mereka memainkan naratif bangsa atau agama dalam kritikan-kritikan mereka. Ini merupakan ‘double standard’ yang amat ketara. 

Seharusnya kritikan terhadap kesalahan individu tidak melampaui batas sehingga tergelincir menyindir bangsa atau agama seseorang.  

Oleh sebab itu, sebagai Muslim perlu diingatkan jangan sesekali mengutuk atau mengkritik bangsa atau agama lain hanya kerana kesalahan dilakukan masyarakat mereka. 

Islam, sepertimana yang diingatkan Umar al-Khattab mengajar tentang kemuliaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang mengikuti ajarannya. 

“Kita adalah golongan yang diberi kemuliaan oleh Allah SWT dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan maka ia telah dihina oleh Allah.” – The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending