Connect with us

Terkini

MBJB beku permohonan lesen spa, rawatan urutan tradisional dan refleksologi

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) membekukan semua permohonan lesen baharu perniagaan spa, rawatan atau urutan tradisional dan refleksologi berkuat kuasa semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Noorazam Osman.
  • Pembekuan permohonan lesen baharu itu berkuat kuasa semalam.
  • Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Noorazam Osman berkata keputusan itu diambil antaranya bagi mengawal lambakan perniagaan yang disifatkan berisiko tinggi dan sensitif itu dijalankan tanpa unsur mencurigakan.
  • Beliau berkata keputusan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan yang bersidang pada 17 Jan lalu itu adalah menyeluruh, termasuk permohonan lesen perniagaan di rumah kedai, bangunan hotel dan kompleks perniagaan atau beli-belah.
  • “Sehubungan itu, satu garis panduan berhubung jenis aktiviti perniagaan berkenaan akan dibangunkan dan dikeluarkan oleh MBJB, sebagai panduan untuk pengusaha perniagaan berisiko tinggi dan sensitif ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Portal GeoJB Versi 3.0 Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-30 Perisytiharan MBJB di sini pada Khamis.

JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) membekukan semua permohonan lesen baharu perniagaan spa, rawatan atau urutan tradisional dan refleksologi berkuat kuasa semalam.

Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd Noorazam Osman berkata keputusan itu diambil antaranya bagi mengawal lambakan perniagaan yang disifatkan berisiko tinggi dan sensitif itu dijalankan tanpa unsur mencurigakan.

Beliau berkata keputusan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan yang bersidang pada 17 Jan lalu itu adalah menyeluruh, termasuk permohonan lesen perniagaan di rumah kedai, bangunan hotel dan kompleks perniagaan atau beli-belah.

“Pembekuan permohonan lesen perniagaan berisiko tinggi dan sensitif ini adalah supaya MBJB membuat perancangan semula serta menjenamakan semula aktiviti perniagaan ini supaya setanding dengan negara-negara maju bersesuaian dengan imej MBJB.

“Sehubungan itu, satu garis panduan berhubung jenis aktiviti perniagaan berkenaan akan dibangunkan dan dikeluarkan oleh MBJB, sebagai panduan untuk pengusaha perniagaan berisiko tinggi dan sensitif ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Portal GeoJB Versi 3.0 Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-30 Perisytiharan MBJB di sini pada Khamis.

Beliau berkata permohonan lesen berhubung perniagaan itu yang belum diluluskan sehingga kelmarin, diberikan status tangguh dengan semakan, sehingga permohonan dibuka semula pada masa akan diumumkan MBJB.

Mohd Noorazam berkata dianggarkan 15 permohonan lesen perniagaan itu diterima oleh pihaknya setiap bulan, sekali gus menjelaskan kawasan pentadbirannya telah mempunyai 151 premis perniagaan yang berlesen setakat ini.

Beliau berkata pihaknya turut mengesan 43 premis perniagaan itu yang didapati melanggar syarat lesen, antaranya beroperasi di zon tidak bersesuaian dan tidak mempunyai lesen, dan kesemuanya telah disita.

“Sepatutnya zon yang dibenarkan untuk membuka premis urut, spa dan refleksologi ini adalah di pusat beli-belah dan hotel kerana mempunyai waktu operasi yang sesuai.

“Kadar bayaran lesen kekal bagi premis perniagaan tersebut pula hanya RM800 setahun, manakala lesen sementara RM1,400. Ramai yang membuat permohonan lesen kerana permintaan tinggi dari segi pelancongan. Tetapi pada masa sama, kita tidak mahu ada aktiviti tidak bermoral berjalan di sebalik premis ini,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata pembekuan permohonan lesen itu tidak melibatkan permohonan bagi tambah lot, tukar nama pemilik syarikat dan pembaharuan lesen tahunan.

“Bagi penukaran nama syarikat bagi syarikat yang sama juga, boleh dilakukan tetapi sekiranya bertukar ke syarikat baharu melibatkan perubahan di sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), permohonan adalah tidak diterima dan dikira sebagai permohonan baharu,” katanya. — Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending