Connect with us

Antarabangsa

Pastor Malaysia dipecat gereja mesra LGBTQ Hong Kong, tiga tampil dakwa gangguan seksual

Pemecatan pastor (paderi) warga Malaysia di satu-satunya gereja mesra LGBTQ di Hong Kong mendorong tiga individu tampil ke hadapan dengan dakwaan gangguan seksual masa lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Paderi, Joe Pang.
  • Pemecatan pastor (paderi) warga Malaysia di satu-satunya gereja mesra LGBTQ di Hong Kong mendorong tiga individu tampil ke hadapan dengan dakwaan gangguan seksual masa lalu.
  • Hong Kong Free Press melaporkan dua daripada insiden berkenaan didakwa berlaku lebih sedekad lalu.
  • Pakar berkata kes itu menampakkan keraguan yang mungkin dialami sesetengah pihak dalam membuat aduan mengenai pemimpin atau tokoh agama tempat ibadat.
  • Paderi berkenaan, Joe Pang terkenal dengan advokasi LGBTQnya dipecat The Blessed Ministry Community Church (BMCC) Disember lalu selepas lebih lapan tahun berkhidmat di situ. 
  • Gereja dalam kenyataan pada Februari berkata, Pang melakukan “salah laku serius” dan “menyembunyikan maklumat penting disebabkan konflik kepentingan”.

Pemecatan pastor (paderi) warga Malaysia di satu-satunya gereja mesra LGBTQ di Hong Kong mendorong tiga individu tampil ke hadapan dengan dakwaan gangguan seksual masa lalu.

Hong Kong Free Press melaporkan dua daripada insiden berkenaan didakwa berlaku lebih sedekad lalu.

Pakar berkata kes itu menampakkan keraguan yang mungkin dialami sesetengah pihak dalam membuat aduan mengenai pemimpin atau tokoh agama tempat ibadat.

Paderi berkenaan, Joe Pang terkenal dengan advokasi LGBTQnya dipecat The Blessed Ministry Community Church (BMCC) Disember lalu selepas lebih lapan tahun berkhidmat di situ. 

Gereja dalam kenyataan pada Februari berkata, Pang melakukan “salah laku serius” dan “menyembunyikan maklumat penting disebabkan konflik kepentingan”.

Menurut pihak gereja, Pang meminta pihak gereja menaja yuran sekolah pelajar yang mempunyai hubungan terbuka dengannya.

Ahli Lembaga BMCC, Chris Cheng berkata adalah tidak wajar bagi seorang paderi untuk menyaran gereja menggunakan sumbernya untuk manfaat kehidupan peribadi mereka.

Pang berkata dirinya hanya bersama pelajar itu selama sebulan dan hubungan terbabit berakhir sebelum pelajar itu terlibat dengan gereja. 

Dia turut bertindak memfailkan aduan kepada Jabatan Buruh mendakwa adanya salahlaku penamatan perkhidmatannya.

Susulan berita pemberhentian Pang, tiga orang tampil ke hadapan dan menuduh paderi itu melakukan salah laku seksual dan gangguan seksual, dakwaan yang dinafikan Pang. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *