Connect with us

Komuniti

Terputus hubungan 10 tahun, Kenneth Low mohon bantu cari anak & isterinya

Pernah meniti zaman kegemilangan ketika bergelar jaguh skuasy negara, Kenneth Low Ewe Loong yang kini berdepan masalah kesihatan memohon bantuan orang ramai untuk mencari isteri dan anaknya yang terputus hubungan sejak 10 tahun lalu. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Pernah meniti zaman kegemilangan ketika bergelar jaguh skuasy negara, Kenneth Low Ewe Loong yang kini berdepan masalah kesihatan memohon bantuan orang ramai untuk mencari isteri dan anaknya yang terputus hubungan sejak 10 tahun lalu. 
Foto: Muhammad Nico Low (kiri), & bekas jaguh skuasy negara, Kenneth Low Ewe Loong (kanan).
  • Pernah meniti zaman kegemilangan ketika bergelar jaguh skuasy negara, Kenneth Low Ewe Loong yang kini berdepan masalah kesihatan memohon bantuan orang ramai untuk mencari isteri dan anaknya yang terputus hubungan sejak 10 tahun lalu. 
  • Perkara itu dikongsikan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung yang memaklumkan Kenneth hanya tahu kampung halaman isterinya, Kelly Ismawati Ismail adalah di Batu Sapi, Sandakan, Sabah. 
  • Firdaus Wong berkata pasangan itu bernikah pada 18 Januari 2013 dan carian di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menunjukkan mereka masih suami isteri yang sah.
  • “Kepada sesiapa yang mengenali Puan Kelly Ismawati Binti Ismail dan Muhammad Nico Low (anak Kenneth), tolong hubungi saya agar kami dapat satukan kembali keluarga ini.
  • “Kenneth sangat merindui isteri dan anaknya dan berharap sangat dapat bertemu dan bersatu dengan mereka semula,” kata Firdaus Wong menerusi hantaran di akaun Facebooknya pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Pernah meniti zaman kegemilangan ketika bergelar jaguh skuasy negara, Kenneth Low Ewe Loong yang kini berdepan masalah kesihatan memohon bantuan orang ramai untuk mencari isteri dan anaknya yang terputus hubungan sejak 10 tahun lalu. 

Perkara itu dikongsikan Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung yang memaklumkan Kenneth hanya tahu kampung halaman isterinya, Kelly Ismawati Ismail adalah di Batu Sapi, Sandakan, Sabah. 

Firdaus Wong berkata pasangan itu bernikah pada 18 Januari 2013 dan carian di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menunjukkan mereka masih suami isteri yang sah.

“Kepada sesiapa yang mengenali Puan Kelly Ismawati Binti Ismail dan Muhammad Nico Low (anak Kenneth), tolong hubungi saya agar kami dapat satukan kembali keluarga ini.

“Kenneth sangat merindui isteri dan anaknya dan berharap sangat dapat bertemu dan bersatu dengan mereka semula,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebooknya pada Rabu.

Firdaus Wong yang juga pendakwah bebas berkata, beliau turut menawarkan Kenneth untuk bekerja di Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) diasaskannya.

Ia adalah sebagai menghargai jasa bekas juara kebangsaan enam kali itu yang banyak menyumbang kepada arena skuasy negara.

“Kami di MRM juga telah menawarkan kepada beliau untuk bekerja dengan MRM sebagai menghargai jasanya yang banyak menyumbang kepada arena skuasy negara selain beliau juga meminta kami untuk membimbingnya tentang Islam,” kata Firdaus Wong.

Kenneth adalah bekas juara skuasy kebangsaan sebanyak enam kali pada 1980-an dan 1990-an dan pernah menduduki ranking keempat di Asia dan ke-38 dunia.

Media melaporkan pekerjaan pertama Kenneth adalah dengan Persatuan Raket Squasy Malaysia (SRAM) sebagai jurulatih kebangsaan, selepas itu beliau mengendalikan pasukan Wilayah Persekutuan. 

Kemudian, beliau menjadi jurulatih pasukan Thailand, Pahang dan Perak, sebelum kehidupannya menjadi sukar disebabkan kesihatan yang semakin merosot. 

Sokong usaha dakwah dan kebajikan MRM dengan menyalurkan sumbangan anda ke akaun MAYBANK 5648 1052 0353 (Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor). — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Firdaus Wong Wai Hung

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *