Connect with us

Terkini

KPKM tarik balik 22 lesen peruncit padi

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menarik balik 22 lesen penjualan Benih Padi Sah (BPS) milik peruncit sepanjang Task Force Operasi Benih Padi Sah (OP BPS) Zon Utara setakat ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
  • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) tarik balik 22 lesen penjualan Benih Padi Sah (BPS) milik peruncit sepanjang Task Force Operasi Benih Padi Sah (OP BPS) Zon Utara setakat ini.
  • Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pada 7 November lalu, 20 lesen ditarik balik manakala hari ini dua lagi lesen peruncit dikenakan tindakan sama.
  • “Ini adalah untuk memastikan semua peruncit menjual mengikut harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan tiada unsur menyorok BPS,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
  • Beliau berkata demikian menjawab soalan Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) mengenai langkah segera yang telah diambil secara tegas dan holistik bagi menangani isu penjualan BPS yang menekan pesawah pada masa ini.

Kuala Lumpur: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menarik balik 22 lesen penjualan Benih Padi Sah (BPS) milik peruncit sepanjang Task Force Operasi Benih Padi Sah (OP BPS) Zon Utara setakat ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pada 7 November lalu, sebanyak 20 lesen ditarik balik manakala hari ini sebanyak dua lagi lesen peruncit dikenakan tindakan sama.

“Tempoh pelaksanaan Task Force OP BPS ini diadakan selama dua minggu bermula 7 November sehingga 21 November 2023.

“Ini adalah untuk memastikan semua peruncit menjual mengikut harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan tiada unsur menyorok BPS,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) mengenai langkah segera yang telah diambil secara tegas dan holistik bagi menangani isu penjualan BPS yang menekan pesawah pada masa ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, penetapan harga maksimum jualan BPS bagi setiap kampit 20 kilogram (kg) adalah sebanyak RM40 di pintu gudang syarikat pengeluar, manakala RM45 bagi harga runcit mulai 20 Oktober.

“Penetapan harga ini dibuat bagi mengelakkan manipulasi harga BPS di lapangan menerusi pembelian tanpa kawalan oleh pelbagai pihak,” katanya.

Sementara itu, Mohamad turut menjawab soalan tambahan Ahmad Fakhruddin mengenai adakah kementerian bersedia memberi kebenaran kepada petani untuk menyediakan benih padi sendiri.

Menurutnya, dari segi jangka masa panjang, kerajaan sedang berusaha untuk mewujudkan stok penimbal bagi BPS.

“Kalau berlaku apa-apa hal, maka stok penimbal ini akan digunakan. Seperti beras, kita belum guna lagi. Kita belum ada stok penimbal benih padi. Yang ini kita akan adakan pada masa hadapan,” katanya.

Selain itu katanya, kerajaan juga akan menambah baik infrastruktur dan plot penanaman padi asas oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).

“Kita juga akan memperluaskan penggunaan padi sah di wilayah Sabah dan Sarawak dan ini (semua perancangan) jangka panjang,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending