Connect with us

Terkini

Provokasi terhadap Islam, PUTRA Malaysia buat laporan polis filem Mentega Terbang

“Filem ini jelas satu provokasi terhadap Islam Agama Persekutuan yang meletakkan Islam sama dengan agama-agama lain. Ini amat merbahaya kepada keselamatan negara kerana provokasi ini akan menimbulkan emosi kemarahan umat Islam kerana perkara berkaitan aqidah Islam adalah perkara yang amat sensitif.”

Wartawan TMT

Published

on

Provokasi terhadap Islam, PUTRA Malaysia buat laporan polis filem Mentega Terbang
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Filem ini jelas satu provokasi terhadap Islam Agama Persekutuan yang meletakkan Islam sama dengan agama-agama lain. Ini amat merbahaya kepada keselamatan negara kerana provokasi ini akan menimbulkan emosi kemarahan umat Islam kerana perkara berkaitan aqidah Islam adalah perkara yang amat sensitif.” – Ketua Penerangan PUTRA Malaysia, Mohamad Shahrulufti Mohamad Sharif
  • “Kebebasan bersuara atau menerbitkan apa sahaja berita atau filem, perlu ada hadnya yang tidak boleh mencetuskan kemarahan majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam.”
  • Aduan kepada pihak polis telah dibuat pada 27 Februari 2023 (Isnin) jam 1 pagi di Balai Polis Dang Wangi dengan no. report 005631/23 mengenai Penerbitan dan Tayangan Filem Mentega Terbang.
  • “Tindakan selanjutnya dengan segera menasihat KDN mengharamkan segera tayangan filem ini setelah mendapat nasihat dari JAKIM atau Majlis Agama Islam,” katanya.

KUALA LUMPUR – “Filem ini jelas satu provokasi terhadap Islam Agama Persekutuan yang meletakkan Islam sama dengan agama-agama lain. Ini amat merbahaya kepada keselamatan negara kerana provokasi ini akan menimbulkan emosi kemarahan umat Islam kerana perkara berkaitan aqidah Islam adalah perkara yang amat sensitif.”

Demikian kenyataan tegas Ketua Penerangan PUTRA Malaysia, Mohamad Shahrulufti Mohamad Sharif mengenai filem Mentega Terbang yang dipercayai menghina dan mempersendakan agama Islam secara terang-terangan.

Menerusi sebuah kenyataan media di laman Facebook, beliau menekankan bahawa filem tersebut boleh memesong dan mencabar akidah umat Islam malah amat merbahaya bagi individu yang belum memahami ajaran Islam sepenuhnya.

Beliau juga berpendapat, kebebasan bersuara atau menerbitkan apa sahaja berita atau filem, perlu ada hadnya yang tidak boleh mencetuskan kemarahan majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Dalam pada itu, katanya, aduan kepada pihak polis telah dibuat pada 27 Februari 2023 (Isnin) jam 1 pagi di Balai Polis Dang Wangi dengan no. report 005631/23 mengenai Penerbitan dan Tayangan Filem Mentega Terbang.

PUTRA mendesak pihak polis segera menyiasat dan merujuk siasatan filem ini kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan negeri-negeri serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengesahkan bahawa filem ini bertentangan dengan akidah ajaran Islam.

“Tindakan selanjutnya dengan segera menasihat Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan segera tayangan filem ini setelah mendapat nasihat dari JAKIM atau Majlis Agama Islam,” tambahnya.

Advertisement

Sumber: Samudera

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending