Connect with us

Terkini

(VIDEO) ‘Filem Mentega Terbang persenda Islam secara terang-terangan’ – penulis

Filem Mentega Terbang (2021) yang mula ditayangkan di platform penstriman Viu bermula 19 Januari lalu, didakwa menghina, merendah-rendahkan, dan mempersendakan agama Islam secara terang-terangan (blasphemy).

Hidayah Sani

Published

on

((VIDEO))‘Filem Mentega Terbang persenda Islam secara terang-terangan’ - penulis
Foto: Poster filem Mentega Terbang (2021).
  • Filem Mentega Terbang (2021) yang mula ditayangkan di platform penstriman Viu bermula 19 Januari lalu, didakwa menghina, merendah-rendahkan, dan mempersenda agama Islam secara terang-terangan (blasphemy).
  • Penulis, Zabidi Mohamed selepas tonton filem itu beliau berpendapat filem tersebut mempunyai kriteria dan ciri-ciri blasphemy terhadap Islam.
  • Filem itu berkisarkan Aishah,16, yang mengkaji Al-Quran, Bible,Turah, Hindu dan Buddha untuk mencari jawapan ‘What happen when we die’.
  • “Ada dialog Aishah kata pada kawan baik berbangsa India, “Saya boleh makan babi. Saya tak kisah”. Saya sangat terganggu dengan dialog seperti ini.
  • “Ayah Aishah dipaparkan sebagai seorang solat lima waktu tapi berfahaman liberal dan bersifat terbuka menerima kebenaran agama-agama lain.”

KUALA LUMPUR Filem Mentega Terbang (2021) yang mula ditayangkan di platform penstriman Viu bermula 19 Januari lalu, didakwa menghina, merendah-rendahkan, dan mempersendakan agama Islam secara terang-terangan (blasphemy).

Penulis, Zabidi Mohamed mengatakan selepas menonton filem berdurasi 1 jam 44 minit itu beliau berpendapat filem tersebut mempunyai kriteria dan ciri-ciri blasphemy terhadap Islam.

Menurutnya, filem itu Berkisarkan tentang seorang remaja berusia 16 tahun iaitu Aishah, yang mengkaji Al-Quran, Bible,Turah, Hindu dan Buddha untuk mencari jawapan ‘What happen when we die’.

“Aishah selepas mengkaji semua agama sangat tertarik dengan agama yang percaya pada ‘re-incarnation’ iaitu kehidupan semula selepas kematian di dunia yang sama bukan sahaja dalam bentuk manusia tapi juga dalam bentuk serangga seperti semut dan rama-rama.

“Ada dialog Aishah kata pada kawan baik berbangsa India, “Saya boleh makan babi. Saya tak kisah”. Saya sangat terganggu dengan dialog seperti ini.

Advertisement

“Ayah Aishah dipaparkan sebagai seorang yang solat lima waktu tapi berfahaman liberal dan bersifat terbuka untuk menerima kebenaran agama-agama lain.

“Ada satu babak dalam dialognya si ayah menyebut dia tidak akan halang jika Aishah memilih agama lain jika itu pilihan anaknya,” katanya pada Sabtu.

Zabidi berkata, filem arahan Khairi Anwar itu sebenarnya meletakkan agama yang ada ‘re-incarnation’ adalah agama paling benar.

Mengulas lanjut filem itu, beliau mengatakan bahawa secara subteks ‘re-incarnation’ tersebut diterima Aisyah ketika dia menziarahi pusara ibu bersama ayahnya. 

“Ketika sedang berdoa Aishah nampak ada rama-rama putih hinggap di batu nisan pusara ibunya. Camera closed up pada wajah senyum Aishah lihat rama-rama.

“Ini subtext bagi menggambarkan Aishah akhirnya pada ending cerita percaya pada agama ‘re-incarnation’,” kata beliau yang juga merupakan penggiat filem pendek patuh syariah.

Advertisement

Zabidi mengingatkan bahawa individu lain boleh setuju mahupun tidak setuju dengan pandangan beliau tapi sebagai Muslim beliau tetap berpegang kepada kebenaran adalah dengan Islam.

Katanya, lesen berkarya dan kreativiti dalam menghasilkan filem tidak boleh melangkaui kebenaran Islam dan hakikat iman.

Beliau berkata, filem terbitan syarikat produksi Anomalist Production berkolaborasi dengan Meng Kheng Entertainment itu tidak tertakluk kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF) kerana ia ditayangkan di platform internet bukan menerusi panggung wayang. 

Dalam pada itu, Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar bersetuju dengan pendapat individu lain yang mengatakan telah sampai masanya JAKIM, LPF atau mana-mana agensi bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) apabila melibatkan karya yang boleh dianggap menghina agama Islam serta yang berada di luar kawalan LPF dalam perkara melibatkan rakyat Malaysia.

Katanya, fakulti-fakulti terkait (Multimedia & Undang-undang contohnya) juga boleh menggunapakai konsep inovasi dan kreativiti yang menjadi tunjang universiti, dalam memikirkan strategi terbaik untuk menangani isu ini. – The Merdeka Times

Sumber : Facebook Zabidi Mohamed, Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar

Advertisement

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending