Antarabangsa
“#Blockout 2024” sekat selebriti abaikan genosid di Palestin
Pergerakan “#Blockout 2024” berjaya mendapat tarikan di media sosial dengan gesaan terhadap pengguna supaya menyekat akaun selebriti yang berdiam diri terhadap krisis kemanusiaan disebabkan serangan berterusan Israel di Gaza.
- Pergerakan “#Blockout 2024” berjaya mendapat tarikan di media sosial dengan gesaan terhadap pengguna supaya menyekat akaun selebriti yang berdiam diri terhadap krisis kemanusiaan disebabkan serangan berterusan Israel di Gaza.
- Orang ramai di seluruh dunia meluahkan kekecewaan terhadap selebriti yang tidak cakna dan tidak menggunakan pengaruh mereka untuk menarik perhatian ramai kepada situasi melarat di Gaza.
- Pergerakan ini tercetus daripada video TikTok pempengaruh Haley Kalil di Met Gala pada 7 Mei yang bertindak menyelaraskan gerak bibir dengan frasa “Let them it cake” (Biar mereka makan kek).
- Frasa ini menggambarkan persamaan dengan insiden simbolik Revolusi Perancis dengan sikap acuh tak acuh Ratu Marie Antoinette terhadap penderitaan golongan miskin.
- Guillotine atau gilotin, merujuk kepada instrumen digunakan untuk memenggal kepala penjenayah yang mana terma itu kini digunakan untuk mengajak orang ramai ‘mematikan’ sokongan mereka kepada personaliti yang tidak membela dan menyuarakan kezaliman yang dikenakan terhadap golongan tertindas seperti di Palestin.
Pergerakan “#Blockout 2024” berjaya mendapat tarikan di media sosial dengan gesaan terhadap pengguna supaya menyekat akaun selebriti yang berdiam diri terhadap krisis kemanusiaan disebabkan serangan berterusan Israel di Gaza.
Orang ramai di seluruh dunia meluahkan kekecewaan terhadap selebriti yang tidak cakna dan tidak menggunakan pengaruh mereka untuk menarik perhatian ramai kepada situasi melarat di Gaza.
Menurut TikToker yang terlibat dalam pergerakan itu, matlamatnya adalah untuk “menghentikan aliran pendapatan dan aliran populariti tertentu” selebriti-selebriti ini.
Pengguna media sosial tertentu berkongsi senarai selebriti untuk disekat, menyebabkan kehilangan ketara pengikut beberapa selebriti di Instagram dan platform lain, demikian menurut Social Blade, laman web analitik media sosial berpangkalan di AS, dipetik TRT.
“Let them eat cake”
Pergerakan ini tercetus daripada video TikTok pempengaruh Haley Kalil di Met Gala pada 7 Mei yang bertindak menyelaraskan gerak bibir dengan frasa “Let them it cake” (Biar mereka makan kek).
Frasa ini menggambarkan persamaan dengan insiden simbolik Revolusi Perancis dengan sikap acuh tak acuh Ratu Marie Antoinette terhadap penderitaan golongan miskin.
Pelakon dan penyanyi, Selena Gomez, kehilangan satu juta pengikut di Instagram dan 100,000 di X.
Pelakon dan penyanyi, Zendaya pula kehilangan 153,000 pengikut di Instagram dan 40,000 di X.
Personaliti realiti TV dan pempengaruh media sosial, Kim Kardashian kehilangan 780,000 pengikut di Instagram.
Manakala bintang realiti TV, Kylie Jenner kehilangan 540,000 pengikut di Instagram dan 53,000 di platform X.
Penyanyi-penulis lagu, Billie Eilish pula kehilangan 1.1 juta pengikut di Instagram.
Penyanyi, penulis lagu dan pelakon terkenal di peringkat antarabangsa, Beyonce kehilangan 689,000 pengikut di Instagram.
Penyanyi dan pelakon, Rihanna kehilangan 110,000 pengikut di X.
Guillotine Digital
Dengan serangan Israel terhadap Palestin berlanjutan selama lebih tujuh bulan dan Gaza dipenuhi runtuhan di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang melumpuhkan wilayah itu, video Kalil dihujani kecaman di media sosial.
“Sudah tiba masanya untuk orang ramai melakukan ‘guillotine digital’ kepada semua selebriti yang tidak menggunakan sumber mereka untuk membantu mereka yang sangat memerlukan,” kata seorang pengguna yang berkongsi videonya di Tiktok.
Guillotine atau gilotin, merujuk kepada instrumen digunakan untuk memenggal kepala penjenayah tetapi terma itu kini digunakan untuk mengajak orang ramai ‘mematikan’ sokongan mereka kepada personaliti yang tidak menyuarakan kezaliman yang dikenakan terhadap golongan tertindas seperti di Palestin.
Lebih 35,000 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 78,000 lagi cedera dalam serangan kejam Israel ke atas Gaza sejak bermulanya serangan 7 Oktober tahun lalu. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina