Connect with us

Terkini

‘Jumlah wang kecil tidak mampu beli senjata’, Tun Mahathir bidas AS mahu Malaysia henti bantu Hamas

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Amerika Syarikat (AS) yang mahu Malaysia berhenti menghantar bantuan kemanusiaan kepada Hamas.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
  • Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Amerika Syarikat (AS) yang mahu Malaysia berhenti menghantar bantuan kemanusiaan kepada Hamas.
  • Dr Mahathir berkata dengan jumlah wang sangat kecil ia tidak mencukupi untuk membeli senjata mencecah jutaan dolar, sebaliknya ia hanya mampu digunakan membeli makanan dan minuman.
  • Negara sekutu Israel itu juga berkata bantuan kemanusiaan tidak sepatutnya diberikan kepada Gaza dengan mendakwa ia mungkin membantu Hamas untuk terus hidup.
  • Katanya, menghentikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza yang terkepung sebenarnya adalah bagi memastikan mereka terselamat daripada serangan bom dan roket juga akan mati.
  • “Perkara yang patut dilakukan menurut Amerika ialah bom dan roket dibekalkan kepada Israel. Ini boleh membunuh rakyat Palestin Gaza yang dikatakan melindungi Hamas.
  • It is collateral damage (kerosakan cagaran). Tidak mengapa, menurut Amerika,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Isnin.
  • Menurut laman web Oxford Learner’s Dictionaries, collateral damage atau kerosakan cagaran membawa maksud kematian atau kecederaan kepada orang awam (orang bukan dalam angkatan tentera) atau kerosakan pada bangunan tidak berkaitan dengan tentera semasa perang. 

KUALA LUMPUR — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Amerika Syarikat (AS) yang mahu Malaysia berhenti menghantar bantuan kemanusiaan kepada Hamas.

Dr Mahathir berkata dengan jumlah wang sangat kecil ia tidak mencukupi untuk membeli senjata mencecah jutaan dolar, sebaliknya ia hanya mampu digunakan membeli makanan dan minuman.

Katanya, negara sekutu Israel itu juga berkata bantuan kemanusiaan tidak sepatutnya diberikan kepada Gaza dengan mendakwa ia mungkin membantu Hamas untuk terus hidup.

Katanya, menghentikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza yang terkepung sebenarnya adalah bagi memastikan mereka terselamat daripada serangan bom dan roket juga akan mati.

“Perkara yang patut dilakukan menurut Amerika ialah bom dan roket dibekalkan kepada Israel. Ini boleh membunuh rakyat Palestin Gaza yang dikatakan melindungi Hamas.

“Mungkin tiada Hamas (terkorban). Hanya wanita, kanak-kanak dan bayi Palestin Gaza akan dibunuh.

It is collateral damage (kerosakan cagaran). Tidak mengapa, menurut Amerika,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Isnin.

Foto: Tangkap layar hantaran Dr Mahathir di Facebook

Menurut laman web Oxford Learner’s Dictionaries, collateral damage atau kerosakan cagaran membawa maksud kematian atau kecederaan kepada orang awam (orang bukan dalam angkatan tentera) atau kerosakan pada bangunan tidak berkaitan dengan tentera semasa perang. 

Ia digunakan untuk mengelak daripada mengatakan ‘orang tidak bersalah dibunuh’.

Terdahulu, Washington dilaporkan sedang berusaha menghalang Malaysia daripada menjadi tempat untuk Hamas mengumpul dana dan memindahkan wang, kata Pegawai kanan Jabatan Perbendaharaan AS.

Setiausaha Rendah Perbendaharaan AS untuk terorisme dan risikan kewangan, Brian Nelson berkata Washington melihat kapasiti Iran memindahkan minyak bergantung pada penyedia perkhidmatan yang berpangkalan di Malaysia. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober 2023 dilaporkan mendedahkan Malaysia menerima tiga notis tata tindak daripada Kedutaan AS kerana keengganan negara menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas.

Anwar berkata dua notis dipanggil demarche itu diterima Kementerian Luar pada 13 dan 30 Oktober tahun sama, manakala satu notis lagi tidak dinyatakan tarikhnya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending