Connect with us

Terkini

AS mahu halang Malaysia jadi tempat Hamas kumpul dana, pindah wang

Washington sedang berusaha menghalang Malaysia daripada menjadi tempat untuk kumpulan Hamas mengumpul dana dan memindahkan wang, kata Pegawai kanan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang dilaporkan media tempatan memetik Reuters pada Selasa.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Setiausaha rendah Perbendaharaan AS untuk terorisme dan risikan kewangan, Brian Nelson.
  • Washington sedang berusaha menghalang Malaysia daripada menjadi tempat untuk kumpulan Hamas mengumpul dana dan memindahkan wang, kata Pegawai kanan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang dilaporkan media tempatan memetik Reuters pada Selasa.
  • Setiausaha rendah Perbendaharaan AS untuk terorisme dan risikan kewangan, Brian Nelson berkata Washington melihat kapasiti Iran memindahkan minyak bergantung pada penyedia perkhidmatan yang berpangkalan di Malaysia.
  • Agensi berita itu melaporkan terdapat peningkatan wang bergerak ke Iran dan proksinya, termasuk Hamas, melalui sistem kewangan Malaysia. 

KUALA LUMPUR — Washington sedang berusaha menghalang Malaysia daripada menjadi tempat untuk kumpulan Hamas mengumpul dana dan memindahkan wang, kata Pegawai kanan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang dilaporkan media tempatan memetik Reuters pada Selasa.

Setiausaha rendah Perbendaharaan AS untuk terorisme dan risikan kewangan, Brian Nelson berkata Washington melihat kapasiti Iran memindahkan minyak bergantung pada penyedia perkhidmatan yang berpangkalan di Malaysia.

Nelson berkata demikian ketika berucap di Singapura dan dijangka akan melawat negara ini.

Reuters melaporkan pada minggu lalu bahawa lawatan itu dilaksanakan semasa Perbendaharaan AS meningkatkan fokus terhadap pembiayaan melalui Asia Tenggara, termasuk menerusi usaha mengumpul dana dan penjualan minyak Iran secara haram.

Agensi berita itu melaporkan terdapat peningkatan wang bergerak ke Iran dan proksinya, termasuk Hamas, melalui sistem kewangan Malaysia. 

Nelson dijangka membincangkan kebimbangan AS dan risiko sekatan akibat aktiviti sedemikian.

Jabatan Negara Amerika Syarikat pada Januari lalu dilaporkan menyifatkan Hamas yang berpangkalan di Gaza sebagai kumpulan pengganas, malah ia menawarkan ganjaran RM46.5 juta untuk maklumat yang membolehkan negara sekutu Israel itu menjejaskan jaringan kewangan Hamas.

Jabatan Negara AS mengklasifikasikan kumpulan pembebasan Palestin itu sebagai kumpulan pengganas pada Oktober 1997 dan entiti Specially Designated Global Terrorist (SDGT) pada Oktober 2001.

Pada Oktober 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mendedahkan Malaysia menerima tiga notis tata tindak daripada Kedutaan AS kerana keengganan negara menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas.

Anwar berkata dua notis yang dipanggil demarche itu diterima Kementerian Luar masing-masing pada 13 dan 30 Oktober lalu, manakala satu notis lagi tidak dinyatakan tarikhnya. — The Merdeka Times

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending