Connect with us

Antarabangsa

AS tawar USD10 juta untuk maklumat jaringan kewangan Hamas

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) melalui program Reward for Justice menawarkan ganjaran sehingga $10 juta (RM46.5 juta) untuk maklumat yang membawa kepada terjejasnya mekanisme kewangan Hamas.

A.R. Khan

Published

on

AS tawar USD10 juta untuk maklumat jaringan kewangan Hamas
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) melalui program Reward for Justice menawarkan ganjaran sehingga USD10 juta (RM46.5 juta) untuk maklumat membawa kepada terjejasnya mekanisme kewangan Hamas.
  • Ia diumumkan melalui hebahan media Pejabat Jurucakap Jabatan Negara AS dikeluarkan di laman sesawang mereka pada 5 Januari lalu.
  • Di bawah tawaran ini, jabatan itu mencari maklumat lima fasilitator kewangan Hamas iaitu Abdelbasit Hamza Elhassan Khair, Amer Kamal Sharif Alshawa, Ahmed Sadu Jahleb, Walid Mohammed Mustafa Jadallah dan Muhammad Ahmad ‘Abd Al-Dayim Nasrallah.
  • Kumpulan pembebasan Palestin yang berpangkalan di Gaza, Hamas diklasifikasikan sebagai kumpulan pengganas pada Oktober 1997 dan entiti SDGT pada Oktober 2001 oleh Jabatan Negara AS.
  • Bagaimanapun, tidak semua negara di dunia, termasuk Malaysia, terima pakai klasifikasi AS terhadap Hamas yang dipilih secara sah oleh warga Palestin di Gaza melalui pilihan raya 2006.

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) melalui program Reward for Justice menawarkan ganjaran sehingga $10 juta (RM46.5 juta) untuk maklumat yang membawa kepada terjejasnya mekanisme kewangan Hamas.

Ia diumumkan melalui hebahan media Pejabat Jurucakap Jabatan Negara AS dikeluarkan di laman sesawang mereka pada 5 Januari lalu.

Di bawah tawaran ini, jabatan itu mencari maklumat lima fasilitator kewangan Hamas iaitu Abdelbasit Hamza Elhassan Khair, Amer Kamal Sharif Alshawa, Ahmed Sadu Jahleb, Walid Mohammed Mustafa Jadallah dan Muhammad Ahmad ‘Abd Al-Dayim Nasrallah.

Jabatan Perbendaharaan AS pada 18 Oktober 2023 menetapkan lima individu itu sebagai Specially Designated Global Terrorist (SDGT) atau Pengganas Global Tetapan Khas di bawah Perintah Eksekutif 13224.

Jabatan Negara AS mengklasifikasikan kumpulan pembebasan Palestin yang berpangkalan di Gaza, Hamas sebagai kumpulan pengganas pada Oktober 1997 dan entiti SDGT pada Oktober 2001.

Bagaimanapun, tidak semua negara di dunia, termasuk Malaysia, terima pakai klasifikasi AS terhadap Hamas yang dipilih secara sah oleh warga Palestin di Gaza melalui pilihan raya 2006.

Sejak penubuhannya pada 1984, program Reward for Justice membayar lebih $250 juta kepada lebih daripada 125 orang di seluruh dunia yang memberi maklumat membantu menangani ancaman keselamatan negara AS. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Pengawal penjara Israel masukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur warga Palestin sebelum mengaktifkannya – Peguam

Pengawal penjara rejim zionis Israel telah memasukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur seorang warga Palestin yang ditahan sebelum mengaktifkan alat pemadam api itu.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Peguam Palestin, Khaled Mhajne.

Pengawal penjara rejim zionis Israel telah memasukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur seorang warga Palestin yang ditahan sebelum mengaktifkan alat pemadam api itu.

Itu pendedahan Peguam Palestin, Khaled Mhajne mengenai seksaan dilalui tahanan di penjara Israel selepas beliau melawat dua rakyat Palestin yang diculik Israel dari Gaza.

Quds News Network melaporkan tawanan Palestin dalam tahanan Israel berdepan pelbagai bentuk penderaan, termasuk rogol, di tangan tentera Israel di hadapan semua orang, kata Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin pada Isnin.

Dalam sidang akhbar diadakan suruhanjaya itu di Ramallah, Khaled Mhajne yang juga peguam suruhanjaya berkenaan, melaporkan perbualannya dengan wartawan Gaza Al-Araby TV, Mohammed Arab, yang diculik tentera Israel semasa serbuan ke atas Hospital al-Shifa pada 18 Mac lalu.

“Mohammed Arab, wartawan TV Al-Araby, memaklumkan kepada saya tentang kes rogol banduan, termasuk penyeksaan yang dilakukan di hadapan semua orang,” kata Mhajne.

Dalam temu bual dengan TV Al-Araby, Mhajne menceritakan kes Mohammed memaklumkan kepadanya membabitkan seorang tahanan berusia 27 tahun yang dirogol, dipaksa tidur meniarap, diserang anjing polis “dan kemudian dirogol menggunakan alat pemadam api dengan tiubnya dimasukkan ke dalam duburnya”.

Alat pemadam api itu kemudiannya diaktifkan untuk melepaskan bahan kimia ke dalam badan lelaki malang itu, kata Mhajne.

Mohammed turut melaporkan mengenai seorang tahanan yang baru-baru ini meninggal dunia disebabkan tidak mendapat rawatan perubatan mencukupi.

Mhajne berkata adalah mustahil untuk mengetahui berapa ramai rakyat Palestin dari Gaza telah mati dalam tahanan kerana maklumat itu disembunyikan rejim Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending