Terkini
(VIDEO) Jangan ganggu-gugat status, kedudukan UiTM dengan kemasukan bukan bumiputera
Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin mengingatkan supaya status dan kedudukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak diganggu gugat susulan adanya cadangan kemasukan pelajar bukan bumiputera ke dalam institusi khusus bumiputera itu.
- Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin mengingatkan supaya status dan kedudukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak diganggu gugat susulan adanya cadangan kemasukan pelajar bukan bumiputera ke dalam institusi khusus bumiputera itu.
- Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang juga alumni UiTM berkata, mengubah syarat kemasukan universiti terbabit bukan sahaja akan mengubah silibus ataupun budaya akademik yang sudah lama terbina, namun boleh menggugat kedudukan dan kestabilan institusi itu.
- Beliau berkata kerajaan melaksanakan dasar meritokrasi dalam kemasukan universiti awam sejak 2002.
- “Jadi mengapa perlu mengganggu UiTM ini yang sudah berfungsi dengan baik dalam peranannya?
- “… Usah diganggu gugat status dan kedudukan UiTM. Hayati dan hormatilah peranan UiTM untuk bumiputera dan betapa dekatnya institusi tersebut dalam orang Melayu khususnya,” katanya menerusi klip video di TikTok pada Isnin.
KUALA LUMPUR — Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin mengingatkan supaya status dan kedudukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak diganggu gugat susulan adanya cadangan kemasukan pelajar bukan bumiputera ke dalam institusi khusus bumiputera itu.
Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang juga alumni UiTM berkata, mengubah syarat kemasukan universiti terbabit bukan sahaja akan mengubah silibus ataupun budaya akademik yang sudah lama terbina, namun boleh menggugat kedudukan dan kestabilan institusi itu.
Khaidhirah yang lebih dikenali sebagai Dira Abu Zahar berkata, Malaysia begitu demokratik dengan keterbukaan institusi pendidikan untuk semua sama ada Melayu dan bukan Melayu khususnya boleh memasuki universiti awam dan swasta lain
Beliau berkata kerajaan melaksanakan dasar meritokrasi dalam kemasukan universiti awam sejak 2002.
“Jadi mengapa perlu mengganggu UiTM ini yang sudah berfungsi dengan baik dalam peranannya?
“… Usah diganggu gugat status dan kedudukan UiTM. Hayati dan hormatilah peranan UiTM untuk bumiputera dan betapa dekatnya institusi tersebut dalam orang Melayu khususnya.
“Dan sepatutnya semua rakyat Malaysia kita harus berbangga dengan apa yang telah dicapai oleh UiTM sambil terus mendukung kepelbagaian dalam sistem pendidikan kita yang lebih luas,” katanya menerusi klip video di TikTok pada Isnin.
Dira berkata perjalanan universiti itu bukan perkara mudah berikutan ia bermula sebagai universiti yang dianggap kelas kedua, bahkan dikatakan tidak sebaris institusi lain seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan banyak lagi.
“UiTM telah berjuang untuk membuktikan keunggulannya, namun apabila ia mulai dikenali dan dihormati barulah kelihatan seolah-olah ada permintaan untuk membuka pintunya kepada selain Melayu atau bukan bumiputera sedangkan semasa awal bergelar institusi tidak ramai memandangnya.
“Adakah ini benar benar tentang inklusiviti?,” katanya yang turut memuat naik beberapa tangkap layar artikel berkenaan individu yang menginginkan UiTM dibuka kepada bukan bumiputera.
Pada April lalu, pelakon dan model Alicia Amin dilaporkan mempertahankan pendirian bapanya, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar yang mencadangkan agar kemasukan ke UiTM dibuka kepada bukan bumiputera, namun hanya untuk kursus pengajian pascasiswazah.
Alicia berkata bapanya sebagai pengamal perubatan cakna tentang kekurangan doktor dan jururawat di pusat kesihatan kerajaan yang menjadi masalah negara mutakhir ini.
Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim juga mengulas isu sama dengan berpandangan membantu bukan Melayu masuk ke UiTM juga akan membantu bumiputera dengan menyelesaikan masalah negara.
Mengulas lanjut, Dira berkata semua bangsa harus memandang peningkatan pendidikan orang Melayu di Malaysia dari sudut positif, bukan tentang mencipta ancaman atau tekanan kepada sesiapa.
Beliau menegaskan kelompok Melayu dan bumiputera adalah teras dan majoriti di Malaysia.
“Dan majoriti yang berpendidikan dan berdaya saing akan mengukuhkan lagi negara kita secara keseluruhan dengan peranan yang dimainkan oleh UiTM memperkasakan komuniti bumiputera lebih ramai profesional dilahirkan dan membangunkan negara yang hasilnya boleh dinikmati oleh semua lapisan kaum dan juga masyarakat,” katanya. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina