Connect with us

Antarabangsa

Pejuang Palestin pertahankan Gaza, pertempuran sengit di Jabaliya, Rafah

Pertempuran senjata api sengit dilaporkan sedang berlaku di utara Gaza di Jabaliya dan selatan Rafah ketika pencerobohan tentera Israel ditentang kumpulan pejuang Palestin. 

A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertempuran senjata api sengit dilaporkan sedang berlaku di utara Gaza di Jabaliya dan selatan Rafah ketika pencerobohan tentera Israel ditentang kumpulan pejuang Palestin. 
  • Tentera Hamas dan Israel kedua-duanya mendakwa bilangan musuh mereka yang terkorban adalah tinggi.
  • Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 82 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu, jumlah kematian tertinggi dalam sehari selama beberapa minggu ini, ketika serangan udara Israel tanpa henti berlaku.
  • Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) berkata lebih 450,000 rakyat Palestin kini keluar meninggalkan bandar Rafah dengan 100,000 lagi berpindah keluar dari utara Gaza sedang tentera Israel memasukinya untuk melancarkan serangan baharu.

Pertempuran senjata api sengit dilaporkan sedang berlaku di utara Gaza di Jabaliya dan selatan Rafah ketika pencerobohan tentera Israel ditentang kumpulan pejuang Palestin. 

Tentera Hamas dan Israel kedua-duanya mendakwa bilangan musuh mereka yang terkorban adalah tinggi.

Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 82 rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu, jumlah kematian tertinggi dalam sehari selama beberapa minggu ini, ketika serangan udara Israel tanpa henti berlaku.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) berkata lebih 450,000 rakyat Palestin kini keluar meninggalkan bandar Rafah dengan 100,000 lagi berpindah keluar dari utara Gaza sedang tentera Israel memasukinya untuk melancarkan serangan baharu.

Menteri berhaluan kanan Israel dilaporkan terus menyeru pendudukan semula Gaza dan “penghijrahan sukarela” mereka ketika negara haram Israel menyambut ulang tahun ke-76 penubuhannya.

Hari penubuhan Israel itu dirujuk rakyat Palestin sebagai “Nakba” (hari malapetaka)  apabila 750,000 diusir secara paksa dari rumah mereka atau melarikan diri dari amukan kumpulan militan Yahudi pada 1948.

Sekurang-kurangnya 35,173 orang terbunuh dan 79,061 cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu. Angka kematian di Israel ialah 1,139, maut dengan puluhan mereka dilaporkan masih ditawan. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tentera Mesir dan Israel bertempur di sempadan Rafah

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.
  • Berita yang belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh orang Israel cedera, dan seorang askar Mesir terbunuh, di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.
  • Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini.

Tentera Mesir dan rejim Israel dilaporkan bertempur di sempadan Rafah pada Isnin dengan askar Mesir yang ditempatkan di bandar Rafah, Palestin, dilapor melepaskan tembakan ke arah tentera-tentera Israel.

Berita belum disahkan memberitahu sekurang-kurangnya tujuh tentera Israel cedera dan seorang askar Mesir terbunuh di tengah-tengah ketegangan meningkat di antara Mesir dan Israel.

Sumber keselamatan memberitahu The New Arab bahawa tentera Mesir, susulan insiden itu meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan sekitar lintasan sempadan di wilayah Sinai Utara Mesir, yang dirampas Israel awal bulan ini. 

Sumber peringkat tinggi itu, yang bercakap dengan TNA dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana tidak diberi kuasa memberi taklimat kepada media, tidak menjelaskan lebih lanjut tetapi berkata “askar Israel membalas tembakan dan kemudian melepaskan tembakan amaran sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.”

Tiada butiran lanjut tersedia serta-merta pada masa penerbitan, tetapi laporan yang tidak disahkan mengatakan tentera Israel dilaporkan berundur dari sempadan Palestin di sempadan Rafah.

Sementara itu, tentera Mesir tidak mengesahkan atau menafikan kejadian itu secara rasmi.

Walaupun secara teknikalnya keamanan dengan Israel wujud sejak 1970-an, warga Mesir bertelagah dengan rejim zionis secara berturut-turut mengenai normalisasi.

Secara diplomatik dan komersial, Kaherah menganggap Israel sebagai sebuah negara mempunyai hubungan kukuh di beberapa kawasan tetapi ketegangan semakin memuncak selepas Israel melancarkan perangnya ke atas Gaza Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending