Terkini
Isu UiTM: Bawa ke Majlis Raja-Raja dulu sebelum bincang di peringkat awam
Pakar Perlembagaan mengingatkan sebarang perubahan dasar melibatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ditubuhkan selaras Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan perlu melalui Majlis Raja-Raja terlebih dahulu sebelum dibincangkan di peringkat awam.
- Pakar Perlembagaan mengingatkan sebarang perubahan dasar melibatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ditubuhkan selaras Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan perlu melalui Majlis Raja-Raja terlebih dahulu sebelum dibincangkan di peringkat awam.
- Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata ini kerana Perkara 38 Fasal 5 Perlembagaan Persekutuan menyatakan sebarang dasar dilakukan di bawah Perkara 153 sekiranya mahu diubah, perlu berbincang dengan Majlis Raja-Raja.
- “Saya percaya perkara ini sebelum dibincangkan di peringkat awam hendaklah terlebih dahulu membawa perkara ini kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja sebab itu peruntukan perlembagaan, bukan sengaja nak menyusahkan pertukaran polisi ataupun tidak tapi itu peruntukan yang kita ada.
- “… itu mungkin cadangan dia tak apalah orang kata dia bercakap, tapi kita kena ingatkan bahawa untuk nak bercakap tentang UiTM dan Perkara 153 ini kena bincang dulu dengan Majlis Raja-Raja,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
- Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal Codeblue pada April lalu bahawa anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera.
- Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas bahawa penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
KUALA LUMPUR — Pakar Perlembagaan mengingatkan sebarang perubahan dasar melibatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ditubuhkan selaras Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan perlu melalui Majlis Raja-Raja terlebih dahulu sebelum dibincangkan di peringkat awam.
Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata ini kerana Perkara 38 Fasal 5 Perlembagaan Persekutuan menyatakan sebarang dasar dilakukan di bawah Perkara 153 sekiranya mahu diubah, perlu berbincang dengan Majlis Raja-Raja.
“Saya percaya perkara ini sebelum dibincangkan di peringkat awam hendaklah terlebih dahulu membawa perkara ini kepada Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja sebab itu peruntukan perlembagaan, bukan sengaja nak menyusahkan pertukaran polisi ataupun tidak, tapi itu peruntukan yang kita ada.
“… itu mungkin cadangan dia tak apalah orang kata dia bercakap tapi kita kena ingatkan bahawa untuk nak bercakap tentang UiTM dan Perkara 153 ini kena bincang dulu dengan Majlis Raja-Raja.
“… Saya cuma nak nyatakan bahawa undang-undang begitu jadi jangan kita bercakap sewenangnya tentang perubahan-perubahan yang perlu dilakukan ke atas undang-undang ataupun pentadbiran ataupun dasar di bawah 153 (Perlembagaan Persekutuan) saya nak ingatkan itu sahaja,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal Codeblue pada April lalu bahawa anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera.
Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas bahawa penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
Mengulas lanjut, Shamrahayu berkata pihak terbabit sepatutnya membawa ‘kertas’ atau mengadakan perbincangan dengan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu, sekalipun mempunyai hujah dalam isu tersebut sama ada berkenaan kekurangan pakar perubatan atau sebagainya.
“Kalau kita nak kata (pelaksanaan cadangan) ini penting demi perkembangan semasa, demi menjaga kepentingan negara dan bagaimana UiTM juga mungkin boleh menyumbang kepada perkara-perkara yang kebaikan buat negara.
“Contohnya, beri kepakaran ataupun menerima kepakaran dan sebagainya jadi inilah sumbangan UiTM, walaupun kita sedar kepentingan itu, namun kita kena taat pada peruntukan perlembagaan itu
“Saya harap perbincangan lanjut tidak disuarakan dengan lantang dalam media sebelum perkara ini mendapat atau dikendalikan dengan mengikut peruntukan undang-undang,” kata Shamrahayu. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/