Connect with us

Terkini

(VIDEO) Ambil vape ‘mushroom’ boleh ‘sangkut’ ujian urin?

‘Mushroom’ yang kini menjadi kesukaan kelompok remaja didakwa mengandungi bahan aktif psilocybin yang merupakan dadah dan ia digunakan dalam vape.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • ‘Mushroom’ yang kini menjadi kesukaan kelompok remaja didakwa mengandungi bahan aktif psilocybin yang merupakan dadah dan ia digunakan dalam vape.
  • Seorang individu dipercayai Pegawai Penjara Seksyen Pemulihan dan Rawatan Penjara Sungai Udang, Melaka berkongsikan maklumat itu menerusi klip video di TikTok, @dinhelmy baru-baru ini.
  • Ia bagi menjawab pertanyaan pengikut beliau berkenaan sama ada seseorang individu itu akan gagal atau sebaliknya, jika ujian urin dilakukan selepas mengambil ‘mushroom’ susulan remaja hari ini suka dengan dadah itu.
  • Psilocybin itu merupakan dadah, dadah ini dah lama cuma sekarang ini dadah itu di-pattern-kan jadi cecair dimasukkan dalam vape…. Budak-budak sekarang hisap (mushroom) pakai vape.
  • “Sebenarnya dia merupakan dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya sama ja ini track urine test untuk mengenal pasti psilocybin mushroom dah ada dah tunggu ja. 
  • “Nanti bila penguatkuasa dah ada akan buat pendakwaan lah kita boleh kenal pasti siapa yang menggunakan mushroom,” kata @dinhelmy dalam video berdurasi 41 saat itu.

KUALA LUMPUR — ‘Mushroom’ yang kini menjadi kesukaan kelompok remaja didakwa mengandungi bahan aktif psilocybin yang merupakan dadah dan ia digunakan dalam vape.

Seorang individu dipercayai Pegawai Penjara Seksyen Pemulihan dan Rawatan Penjara Sungai Udang, Melaka berkongsikan maklumat itu menerusi klip video di TikTok, @dinhelmy baru-baru ini.

Beliau turut berkongsikan petikan info yang menyatakan penyalahgunaan bahan psilocybin (magic mushroom) jelas termaktub di dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman terhadap kesalahan mengedar, memiliki dan menggunakannya.

Ia bagi menjawab pertanyaan pengikut beliau berkenaan sama ada seseorang individu itu akan gagal atau sebaliknya, jika ujian urin dilakukan selepas mengambil ‘mushroom’ susulan remaja hari ini suka dengan dadah itu.

Psilocybin itu merupakan dadah, dadah ini dah lama cuma sekarang ini dadah itu di-pattern-kan jadi cecair dimasukkan dalam vape…. Budak-budak sekarang hisap (mushroom) pakai vape.

“Sebenarnya dia merupakan dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya sama ja ini track urine test untuk mengenal pasti psilocybin mushroom dah ada dah tunggu ja. 

“Nanti bila penguatkuasa dah ada akan buat pendakwaan lah kita boleh kenal pasti siapa yang menggunakan mushroom,” kata @dinhelmy dalam video berdurasi 41 saat itu.

Pada September tahun lalu, The Merdeka Times melaporkan anak muda boleh ‘high’ (khayal) secara berkumpulan dengan hanya membeli ‘mushroom’ yang dijual mengikut ‘drops’ iaitu RM2 hingga RM4 untuk satu titisan.

Presiden Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris berkata kegiatan anak muda menyedut ‘mushroom’ dicampur ke dalam pod untuk mencapai ‘high’ semakin berleluasa, namun ia tidak mendapat perhatian ahli politik dan masyarakat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong pada Oktober 2023 turut meluahkan kebimbangan dengan trend itu lebih-lebih lagi melibatkan anak muda.

Beliau mengharapkan orang awam memainkan peranan masing-masing dalam membendung gejala tidak sihat itu. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending