Connect with us

Terkini

Anak muda terjebak dadah ‘mushroom’ membimbangkan – Polis

Penggunaan dadah sintetik jenis mushroom atau cendawan dalam kalangan anak muda kini menjadi trend.

Wartawan TMT

Published

on

Anak muda terjebak dadah ‘mushroom’ membimbangkan - Polis
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan dadah sintetik jenis mushroom atau cendawan dalam kalangan anak muda kini menjadi trend.
  • Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata trend terbaharu yang dikenal pasti pihak polis itu digunakan dalam vape dan rokok.
  • “Kami sangat bimbang dengan trend ini lebih-lebih lagi melibatkan anak muda.” kata Soffian kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini.

George Town – Penggunaan dadah sintetik jenis mushroom atau cendawan dalam kalangan anak muda kini menjadi trend.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong berkata trend terbaharu yang dikenal pasti pihak polis itu digunakan dalam vape dan rokok.

“Menerusi operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), pihak kami telah menahan beberapa individu yang menggunakan dadah jenis itu.

“Kami sangat bimbang dengan trend ini lebih-lebih lagi melibatkan anak muda.

“Orang awam diharap dapat memainkan peranan masing-masing dalam membendung gejala tidak sihat ini,” kata Soffian kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini.

Sumber: Berita RTM

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Terkini

Aman Palestin siapkan tiga projek mega di Syria dalam tempoh sekatan akaun

Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.
  • Aman Palestin dalam kenyataan hari ini mengatakan ketiga-tiga projek itu dibina di Al-Bab dan Jarablus, Syria dengan peruntukan USD1,048,612 (RM5.028 juta) yang akan memberi manfaat kepada puluhan ribu masyarakat di kawasan tersebut.
  • Biarpun projek itu berjaya disiapkan, Aman Palestin masih perlu menjelaskan hutang sekitar RM1.918 juta dan menggesa sekatan ke atas akaunnya dapat dihentikan untuk menyempurnakan transaksi tersebut.

KUALA LUMPUR – Aman Palestin berjaya menyiapkan tiga projek pembangunan keperluan asas dan komuniti di Syria walaupun berdepan kekangan akibat akaunnya disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyelewengan dana awam.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Aman Palestin dalam kenyataan hari ini mengatakan ketiga-tiga projek itu dibina di Al-Bab dan Jarablus, Syria dengan peruntukan USD1,048,612 (RM5.028 juta) yang akan memberi manfaat kepada puluhan ribu masyarakat di kawasan tersebut.

Foto : Projek saluran air.

“Projek yang didirikan antaranya Projek Saluran Air Bersih dari Sungai Furat ke Perkampungan Ataa, Jarablus dengan jangka masa projek selama 15 bulan membabitkan kos USD659,000 (RM3.16 juta).

Foto: Masjid Ghafur.

”Pembinaan Masjid Al-Ghafour, Al-Bab dengan jangka masa pembinaan selama 7 bulan membabitkan kos USD130,000 (RM623,000).

Foto: Pusat Komuniti.

“Projek Pusat Komuniti Perkampungan Ataa, Jarablus dengan jangka masa pembinaan selama 18 bulan, membabitkan kos sebanyak USD259,612 (RM1.24 juta),” katanya di sini hari ini.

Biarpun projek itu berjaya disiapkan dan berakhir sekitar November dan Disember tahun lalu, Aman Palestin masih perlu menjelaskan hutang sekitar RM1.918 juta untuk menyempurnakan transaksi projek tersebut.

“Walaupun projek mega Aman Palestin ini telah berjaya disiapkan, Aman Palestin masih mempunyai hutang perlu dilunaskan sebanyak USD 400,000 (RM1.918 juta) untuk projek saluran air bersih berikutan akaun Aman Palestin yang disekat dan tidak mampu membayar hutang tersebut.

“Pembinaan projek-projek ini jelas tujuannya untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk di sekitar Jarablus dan Al-Bab serta memberikan perkembangan yang terbaik dalam taraf hidup masyarakat di sana. 

“Dengan projek ini, Aman Palestin meletakkan harapan agar para penduduk yang mendapat manfaat dapat menggunakan kemudahan dengan sebaiknya demi kelangsungan hidup yang lebih baik.

“Dalam masa yang sama, Aman Palestin menggesa agar akaun Aman Palestin dapat dinyahbekukan dengan segera berikutan ramai lagi saudara kita di Palestin, Syria dan Yaman yang ketika ini amat memerlukan bantuan daripada kita untuk terus hidup,” kata NGO itu. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending