Terkini
Anak muda ‘high’ campur dadah Mushroom dalam pod semakin berleluasa – Medical Mythbusters Malaysia
Anak muda boleh ‘high’ (khayal) secara berkumpulan dengan hanya membeli dadah dikenali sebagai ‘mushroom’ yang dijual mengikut ‘drops’ iaitu RM2 hingga RM4 untuk satu titisan.

- Anak muda boleh ‘high’ (khayal) secara berkumpulan dengan hanya membeli dadah dikenali sebagai ‘mushroom’ yang dijual mengikut ‘drops’ iaitu RM2 hingga RM4 untuk satu titisan.
- Presiden Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris berkata kegiatan anak muda menyedut Mushroom yang dicampur ke dalam pod untuk mencapai ‘high’ semakin berleluasa.
- “Anak-anak muda dah mula pandai campur dadah ke dalam “pod” untuk capai high. Mushroom yang di sedut melalui peranti sangat berleluasa. Mushroom pula dijual mengikut “drops”. Murah sikit jika dibandingkan dengan beli pukal. Satu drop hanya RM 2 hingga RM 4. Kumpul 5 orang, boleh la beli 10 drop. Boleh high secara jemaah sampai otak porak peranda.
- “Benda macam ni, ahli politik tak nampak. Masyarakat yang “out of touch” dengan masalah di sekolah tak nampak. Yang nampak hanya “untung” cukai yang dikutip yang sebenarnya hanya membinasakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa lalu.
KUALA LUMPUR — Anak muda boleh ‘high’ (khayal) secara berkumpulan dengan hanya membeli dadah dikenali sebagai ‘mushroom’ yang dijual mengikut ‘drops’ iaitu RM2 hingga RM4 untuk satu titisan.
Presiden Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris berkata kegiatan anak muda menyedut Mushroom yang dicampur ke dalam pod untuk mencapai ‘high’ semakin berleluasa.
Katanya, perkara sebegini bagaimanapun tidak mendapat perhatian ahli politik dan masyarakat.
“Mendengar perkongsian daripada Kaunselor Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), zaman sekarang ni sangat menakutkan. Tambah lagi apabila nikotin dan vape dah menjadi “halal” (walaupun fatwa tetap haram).
“Anak-anak muda dah mula pandai campur dadah ke dalam “pod” untuk capai high. Mushroom yang di sedut melalui peranti sangat berleluasa. Mushroom pula dijual mengikut “drops”. Murah sikit jika dibandingkan dengan beli pukal. Satu drop hanya RM 2 hingga RM 4. Kumpul 5 orang, boleh la beli 10 drop. Boleh high secara jemaah sampai otak porak peranda.
“Benda macam ni, ahli politik tak nampak. Masyarakat yang “out of touch” dengan masalah di sekolah tak nampak. Yang nampak hanya “untung” cukai yang dikutip yang sebenarnya hanya membinasakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa lalu.
Firdaus berkata kelompok anak muda sangat mudah untuk ‘sangkut’ dengan nikotin di mana apabila sudah ketagihan, maka hampir separuh hayat terpaksa menanggung kesan ketagihan itu.
Bahkan, kesan itu tidak sekadar melibatkan diri sendiri sebaliknya turut membabitkan keluarga mereka.
“Usaha untuk kemaskini RUU GEG masih diteruskan. Berbagai cabaran telah ditempuhi untuk memastikan generasi hadapan dilindungi dari kegelojohan industri tembakau, vape dan dadah.
“Saya sokong GEG? Anda bagaimana?” katanya yang menulis hantaran itu disebabkan persoalan dibangkitkan berkenaan mengapa AADK perlu menjemput penceramah daripada Kementerian Kesihatan.
Mengulas persoalan itu, Firdaus berkata sekalipun bukan semua perokok menjadi penagih dadah, namun hampir semua penagih dadah adalah bermula dengan rokok.
Kelompok itu juga akan berjinak-jinak terlebih dahulu dengan racun nikotin sebelum ‘grad’ ke dadah yang lebih tinggi. — The Merdeka Times
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular