Connect with us

Terkini

Malaysia berisiko hilang keistimewaan diberi Arab Saudi jika terus langgar peraturan

Malaysia berisiko hilang keistimewaan diberi kerajaan Arab Saudi sekiranya berterusan melanggar undang-undang dan peraturan ditetapkan negara itu, termasuk menggunakan visa pelancong untuk mengerjakan haji.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Malaysia berisiko hilang keistimewaan diberi kerajaan Arab Saudi sekiranya berterusan melanggar undang-undang dan peraturan ditetapkan negara itu, termasuk menggunakan visa pelancong untuk mengerjakan haji.
  • Ketua Rombongan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman mengharapkan rakyat Malaysia tidak menyalahgunakan visa berkenaan untuk mengerjakan haji kerana ia akan mencalarkan imej Malaysia sebagai negara yang menjaga peraturan dan undang-undang. 
  • “Setakat ini rakyat Malaysia diberi keistimewaan untuk mengerjakan umrah menggunakan visa pelancong. Saya nasihatkan rakyat Malaysia sentiasa patuh dan ikut peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.
  • Syed Salleh yang juga Pengarah Eksekutif Haji TH berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai 300 jemaah terkandas di Makkah selepas dikatakan terpedaya dengan pakej haji murah ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
  • “Visa pelancong, visa umrah, visa perniagaan, visa pelajar dan sebagai semuanya tidak dibenarkan melaksanakan haji melainkan visa haji iaitu visa rasmi bagi setiap negara ataupun mujamalah kepada individu tertentu sahaja untuk menunaikan haji,” katanya.
  • Beliau menasihatkan mereka yang datang menggunakan visa pelancong perlu meninggalkan Arab Saudi sebelum 29 Zulkaedah 1445 iaitu Jumaat ini (17 Mei).

KUALA LUMPUR — Malaysia berisiko hilang keistimewaan diberi kerajaan Arab Saudi sekiranya berterusan melanggar undang-undang dan peraturan ditetapkan negara itu, termasuk menggunakan visa pelancong untuk mengerjakan haji.

Ketua Rombongan Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman mengharapkan rakyat Malaysia tidak menyalahgunakan visa berkenaan untuk mengerjakan haji kerana ia akan mencalarkan imej Malaysia sebagai negara yang menjaga peraturan dan undang-undang. 

“Setakat ini rakyat Malaysia diberi keistimewaan untuk mengerjakan umrah menggunakan visa pelancong. Saya nasihatkan rakyat Malaysia sentiasa patuh dan ikut peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Syed Salleh yang juga Pengarah Eksekutif Haji TH berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai 300 jemaah terkandas di Makkah selepas dikatakan terpedaya dengan pakej haji murah ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata mereka datang dari luar Arab perlu mempunyai visa haji, manakala penduduk tempatan dan pemastautin perlu mempunyai permit haji untuk melaksanakan haji selain visa haji tidak sah untuk mengerjakan haji.

“Visa pelancong, visa umrah, visa perniagaan, visa pelajar dan sebagai semuanya tidak dibenarkan melaksanakan haji melainkan visa haji iaitu visa rasmi bagi setiap negara ataupun mujamalah kepada individu tertentu sahaja untuk menunaikan haji,” katanya.

Kerajaan Arab Saudi dikatakan sudah mula membuat sekatan jalan raya dan memantau jalan tertentu bagi memastikan hanya mereka mempunyai visa haji sah untuk masuk kawasan beribadat haji, terutama di Makkah.

“Sebelum ini pun kerajaan Arab Saudi sudah mengumumkan penguatkuasaan penalti 10,000 riyal bagi pelanggaran peraturan dan arahan musim haji termasuk memasuki tujuh kawasan tanpa visa haji sah,” kata Syed Salleh.

Bagi ejen yang memberi janji manis pula akan dikenakan denda SAR50,000 dan penjara jika sabit kesalahan.

Beliau menasihatkan mereka yang datang menggunakan visa pelancong perlu meninggalkan Arab Saudi sebelum 29 Zulkaedah 1445 iaitu Jumaat ini (17 Mei).

Terdahulu, media melaporkan jemaah terkandas di Makkah akibat terpedaya pakej haji visa pelancong perlu membuat aduan atau laporan rasmi kepada TH dan Kedutaan Malaysia di Jeddah, Arab Saudi dengan segera.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, tindakan itu bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan. — The Merdeka Times

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending