Terkini
(VIDEO) Rumah terbuka Aidilfitri dicemari aksi lucah ratu pondan, Majlis agama digesa ambil peduli
Sebuah majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri yang diadakan baru-baru ini dicemari dengan kehadiran ‘drag queen’ (lelaki berpakaian wanita) atau ratu pondan yang dilihat berpakaian seksi dan beraksi tidak senonoh.

- Sebuah majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri yang diadakan baru-baru ini dicemari dengan kehadiran ‘drag queen’ (lelaki berpakaian wanita) atau ratu pondan yang dilihat berpakaian seksi dan beraksi tidak senonoh.
- Video itu dikongsikan di Facebook SweetDara_kak Km K.L pada Sabtu lalu, dipercayai milik usahawan kontroversi, Liana Rosli atau Kak KM yang memaparkan rakaman suaminya sendiri, Razman Ramli dihimpit individu dari kelompok LGBT di meja makan sebelum Razman ‘dipaksa’ untuk menyentuh ‘payudara’ ratu pondan berkenaan.
- Dalam insiden itu, kedengaran sama-samar suara individu lain dipercayai pengacara majlis itu yang mengarahkan individu LGBT berkenaan untuk beraksi tidak senonoh ke atas suami Kak KM.
- “Txtxk itu rasa…beza dak?Beza dak?Kak KM tak tidur malam laa tengok Ruhainies kedua,” kata pengacara majlis itu yang kedengaran samar susulan insiden itu diiringi dengan gelak tawa wanita dan muzik.
- “Kau jahatlah mulut, kau,” kata seorang wanita dipercayai Kak KM yang mengalihkan rakaman kepada pengacara majlis itu sebelum ia kembali fokus kepada Razman yang terlihat tergamam dan sekadar tersengih.
- Rakaman video itu mengundang kritikan netizen yang menuntut majlis agama supaya mengambil tindakan terhadap insiden mengaibkan berkenaan, malah ada di antara mereka meminta supaya perniagaan Kak KM tidak disokong oleh masyarakat.
KUALA LUMPUR — Sebuah majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri yang diadakan baru-baru ini dicemari dengan kehadiran ‘drag queen’ (lelaki berpakaian wanita) atau ratu pondan yang dilihat berpakaian seksi dan beraksi tidak senonoh.
Video itu dikongsikan di Facebook SweetDara_kak Km K.L pada Sabtu lalu, dipercayai milik usahawan kontroversi, Liana Rosli atau Kak KM yang memaparkan rakaman suaminya sendiri, Razman Ramli dihimpit individu dari kelompok LGBT di meja makan sebelum Razman ‘dipaksa’ untuk menyentuh ‘payudara’ ratu pondan berkenaan.
Insiden itu disaksikan beberapa ahli keluarga wanita itu dan tetamu lain yang menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri berkenaan.
Dalam insiden itu, kedengaran sama-samar suara individu lain dipercayai pengacara majlis itu yang mengarahkan individu LGBT berkenaan untuk beraksi tidak senonoh ke atas suami Kak KM.
“Txtxk itu rasa…beza dak?Beza dak?Kak KM tak tidur malam laa tengok Ruhainies kedua,” kata pengacara majlis itu yang kedengaran samar susulan insiden itu diiringi dengan gelak tawa wanita dan muzik.
“Kau jahatlah mulut, kau,” kata seorang wanita dipercayai Kak KM yang mengalihkan rakaman kepada pengacara majlis itu sebelum ia kembali fokus kepada Razman yang terlihat tergamam dan sekadar tersengih.
“Demam papa aku, balik demam,” kata anak perempuan kepada pasangan itu.

Foto: Tangkap layar komen netizen di Facebook SweetDara_kak Km K.L
Rakaman video itu mengundang kritikan netizen Muslim yang menuntut majlis agama supaya mengambil tindakan terhadap insiden mengaibkan berkenaan, malah ada di antara mereka meminta supaya perniagaan Kak KM tidak disokong oleh masyarakat.
Malah, ini bukan kali pertama usahawan wanita itu mendapat kritikan dan pernah ditegur pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun pada 2021 dalam isu berbeza kerana didakwa teknik pemasaran yang digunakan agak keterlaluan dan lucah. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
