Antarabangsa
Israel guna nuklear di Gaza, pengeboman Hiroshima ‘keputusan tepat’ – Senator AS
Senator Amerika Syarikat (AS), Lindsey Graham dikecam kerana membuat perbandingan di antara serangan Israel ke atas Gaza dan keputusan AS menggugurkan bom atom ke atas Jepun semasa Perang Dunia II.
- Senator Amerika Syarikat (AS), Lindsey Graham dikecam kerana membuat perbandingan di antara serangan Israel ke atas Gaza dan keputusan AS menggugurkan bom atom ke atas Jepun semasa Perang Dunia II.
- Kenyataan Senator AS itu disusuli gesaannya supaya Israel “lakukan apa sahaja yang perlu dilakukan”.
- Bercakap di NBC’s Meet the Press pada Ahad, ahli parti Republikan Carolina Selatan itu dilihat menjustifikasikan serangan Israel ke atas Rafah dan menggelar pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1945 sebagai “keputusan yang tepat” untuk AS.
- “Apabila kita berdepan dengan kemusnahan sebagai sebuah negara selepas Pearl Harbor, melawan Jerman dan Jepun, kita putuskan untuk menamatkan perang dengan mengebom Hiroshima, Nagasaki dengan senjata nuklear,” kata Graham kepada Kristin Welker dipetik The Independent.
- Senator AS itu turut membuat gesaan supaya Israel diberikan kelengkapan bom seperti mana diperlukan dan dilakukan apa sahaja supaya negara haram Yahudi itu terus dikekalkan.
Senator Amerika Syarikat (AS), Lindsey Graham dikecam kerana membuat perbandingan di antara serangan Israel ke atas Gaza dan keputusan AS menggugurkan bom atom ke atas Jepun semasa Perang Dunia II.
Kenyataan Senator AS itu disusuli gesaannya supaya Israel “lakukan apa sahaja yang perlu dilakukan”.
Bercakap di NBC’s Meet the Press pada Ahad, ahli parti Republikan Carolina Selatan itu dilihat menjustifikasikan serangan Israel ke atas Rafah dan menggelar pengeboman Hiroshima dan Nagasaki pada Ogos 1945 sebagai “keputusan yang tepat” untuk AS.
“Apabila kita berdepan dengan kemusnahan sebagai sebuah negara selepas Pearl Harbor, melawan Jerman dan Jepun, kita putuskan untuk menamatkan perang dengan mengebom Hiroshima, Nagasaki dengan senjata nuklear,” kata Graham kepada Kristin Welker dipetik The Independent.
“Itulah keputusan yang tepat,” kata Senator AS itu.
Dua letupan atom dan radiasi yang berlaku dianggarkan membunuh antara 129,000 dan 226,000 orang, kebanyakannya orang awam.
Dia turut membuat gesaan supaya Israel diberikan kelengkapan bom seperti mana diperlukan dan dilakukan apa sahaja supaya negara haram Yahudi itu terus dikekalkan.
“Beri Israel bom yang mereka perlukan untuk tamatkan perang yang mereka tidak mampu kalah dan bekerjasamalah dengan mereka untuk meminimakan korban.
“Kepada Israel, lakukan apa sahaja yang kamu perlu lakukan untuk terus hidup sebagai negara Yahudi. Apa sahaja yang kamu perlu lakukan,” kata Graham. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
- Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
- Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
- Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.
“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.
Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.
Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.
Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.
Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times
-
Kolumnis3 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini4 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini3 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR
-
Antarabangsa3 days ago
Harta benda komuniti Muslim di Telangana diserang dan dibakar perusuh