Connect with us

Terkini

Mufti selar acara, aksi lucah ‘drag queen’ di rumah terbuka Syawal

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyelar aksi lucah ‘drag queen’ atau ratu pondan yang dipercayai berlaku di sebuah majlis rumah terbuka Aidilfitri, baru-baru ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
  • Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata  tindakan mencemarkan kehidupan sosial dan keagamaan masyarakat Islam di Malaysia dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
  • Katanya, situasi itu memperlihatkan adanya kewajaran pandangan yang mengandaikan wujud semacam satu konspirasi untuk menormalisasikan maksiat di dalam masyarakat.
  • “Perlu sentiasa diingatkan bahawa hari raya di dalam Islam adalah terikat dengan ibadat. Raya Aidilfitri ada kaitan dengan ibadat puasa Ramadan, manakala raya Aidiladha pula ada kaitannya dengan fardhu haji.
  • “Justeru, tidaklah wajar suasana ibadat ini dicemari dengan perbuatan tidak senonoh seperti yang dilakukan di majlis berkenaan.
  • “Perlu ditekankan bahawa di dalam kehidupan ini tiada apa yang dinamakan “kebebasan mutlak” seperti yang ingin dipromosikan oleh golongan tertentu. Itu kebebasan haiwan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas video kontroversi yang tular berkenaan majlis rumah terbuka Aidilfitri dicemari aksi lucah ratu pondan yang dimuat naik di Facebook Sweetdara_kak Km K.L pada Sabtu lalu, dipercayai milik usahawan kontroversi, Liana Rosli atau Kak KM.

KUALA LUMPUR — Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyelar aksi lucah ‘drag queen’ atau ratu pondan yang dipercayai berlaku di sebuah majlis rumah terbuka Aidilfitri, baru-baru ini.

Wan Salim berkata tindakan mencemarkan kehidupan sosial dan keagamaan masyarakat Islam di Malaysia dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Katanya, situasi itu memperlihatkan adanya kewajaran pandangan yang mengandaikan wujud semacam satu konspirasi untuk menormalisasikan maksiat di dalam masyarakat.

“Perlu sentiasa diingatkan bahawa hari raya di dalam Islam adalah terikat dengan ibadat. 

“Raya Aidilfitri ada kaitan dengan ibadat puasa Ramadan, manakala raya Aidiladha pula ada kaitannya dengan fardhu haji.

“Justeru, tidaklah wajar suasana ibadat ini dicemari dengan perbuatan tidak senonoh seperti yang dilakukan di majlis berkenaan.

“Perlu ditekankan bahawa di dalam kehidupan ini tiada apa yang dinamakan “kebebasan mutlak” seperti yang ingin dipromosikan oleh golongan tertentu. Itu kebebasan haiwan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas video kontroversi yang tular berkenaan majlis rumah terbuka Aidilfitri dicemari aksi lucah ratu pondan yang dimuat naik di Facebook Sweetdara_kak Km K.L pada Sabtu lalu, dipercayai milik usahawan kontroversi, Liana Rosli atau Kak KM.

Video itu memaparkan suami Kak KM sendiri dihimpit ratu pondan yang berpakaian seksi di meja makan sebelum dia ‘dipaksa’ untuk menyentuh ‘payudara’ individu dari kelompok LGBT berkenaan.

Rakaman video itu mengundang kritikan netizen Muslim yang menuntut majlis agama mengambil tindakan terhadap insiden mengaibkan tersebut, malah ada di antara mereka meminta perniagaan Kak KM tidak disokong oleh masyarakat. 

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata kebebasan manusia mesti diimbangi dengan tanggungjawab dan ia perlu terikat dengan hukum agama, undang-undang dan akhlak. 

Beliau mengingatkan sebagai umat Islam, kita perlu bersama-sama menjaga batas-batas kesusilaan di dalam pergaulan, termasuk ketika merayakan hari-hari kebesaran Islam.  — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending