Connect with us

Terkini

Kemasukan bukan bumiputera, cubaan ‘membelakangkan’ Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan – Persekutuan Alumni UiTM

Persekutuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) Malaysia (PAUiTM) menolak cadangan beberapa pihak yang berhasrat supaya institusi pendidikan awam itu menerima kemasukan pelajar bukan bumiputera.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Persekutuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) Malaysia (PAUiTM) menolak cadangan beberapa pihak yang berhasrat supaya institusi pendidikan awam itu menerima kemasukan pelajar bukan bumiputera.
  • PAUiTM berkata pihaknya kekal berpegang kepada prinsip asas penubuhan UiTM sebagaimana dinyatakan dalam Fasal 1A Akta 173 iaitu UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
  • “Meskipun cadangan serta pandangan tersebut “disulam dengan pelbagai justifikasi kononnya atas nama demi kebaikan Melayu”, PAUiTM kekal berpegang kepada prinsip asas penubuhan UiTM sebagaimana tersepuh di dalam Fasal 1A Akta 173 – UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
  • “Sebarang cadangan atau pandangan sebaliknya, dilihat cuba membelakangkan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas bernegara,” katanya menerusi kenyataan rasmi di Facebook pada Sabtu lalu.
  • Perkara 153 ialah peruntukan mengenai jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri, iaitu pribumi Sabah dan Sarawak, juga kepentingan sah kaum lain berwarganegara Malaysia.

KUALA LUMPUR — Persekutuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) Malaysia (PAUiTM) menolak cadangan beberapa pihak yang berhasrat supaya institusi pendidikan awam itu menerima kemasukan pelajar bukan bumiputera.

PAUiTM berkata pihaknya kekal berpegang kepada prinsip asas penubuhan UiTM sebagaimana dinyatakan dalam Fasal 1A Akta 173 iaitu UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 153 ialah peruntukan mengenai jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri, iaitu pribumi Sabah dan Sarawak, juga kepentingan sah kaum lain berwarganegara Malaysia.

“Meskipun cadangan serta pandangan tersebut “disulam dengan pelbagai justifikasi kononnya atas nama demi kebaikan Melayu”, PAUiTM kekal berpegang kepada prinsip asas penubuhan UiTM sebagaimana tersepuh di dalam Fasal 1A Akta 173 – UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Sebarang cadangan atau pandangan sebaliknya, dilihat cuba membelakangkan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas bernegara,” katanya menerusi kenyataan rasmi di Facebook pada Sabtu lalu.

Terbaharu, media melaporkan UiTM kekal berpegang kepada Akta UiTM 1976 (Akta 173) dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang hanya menerima kemasukan pelajar dalam kalangan bumiputera sahaja.

Perkara itu ditegaskan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Shahrin Shahib ketika mengulas berkenaan cadangan membenarkan program latihan ijazah lanjutan kepakaran (Parallel Pathway) kepada bukan bumiputera.

Bagaimanapun, katanya UiTM bersedia dengan apa jua keputusan kerajaan dengan restu Yang di-Pertuan Agong sekiranya perkara itu menjadi keperluan negara

Dalam pada itu, PAUiTM turut merakamkan ucapan tahniah kepada UiTM, alumni dan mahasiswanya yang berterusan mencipta kejayaan demi kejayaan dan pencapaian, baik di dalam bidang akademik mahupun pembangunan sosio-masyarakat yang membanggakan negara.

Katanya, perkara itu jelas membuktikan bahawa status quo sebagai universiti Melayu bumiputera tidak pernah menghalang UiTM untuk terus berjaya setanding dengan yang lain.

“PAUiTM pastinya meletakkan kepercayaan dan pengharapan yang tinggi kepada kepimpinan tertinggi universiti serta kementerian untuk terus istiqamah menjaga amanah ini demi agama, bangsa dan negara.

“PAUITM juga menyeru para Alumni untuk sama-sama mengangkat martabat UiTM serta terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tonggak penubuhan universiti bertuah ini,” kata persatuan itu.

Merujuk Instagram PAUiTM, difahamkan persekutuan itu merupakan organisasi menaungi keseluruhan lebih 863,000 Alumni Dewan Latihan RIDA, Maktab MARA, ITM dan UiTM. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending