Antarabangsa
Gaza: Tentera zionis Israel diserang tebuan, anjing dan parasit
Dua belas askar Israel cedera selepas diserang sekumpulan tebuan di selatan wilayah Gaza, kata Pasukan Pendudukan Israel (IOF).
- Dua belas askar Israel cedera selepas diserang sekumpulan tebuan di selatan wilayah Gaza, kata Pasukan Pendudukan Israel (IOF).
- Tentera rejim berkata insiden itu berlaku pada Jumaat apabila sebuah kereta kebal secara tidak sengaja mengganggu sarang tebuan menyebabkan serangga itu bertindak balas, lapor The Times of Israel.
- Disember lalu, akhbar Israel Maariv melaporkan penyakit kulit disebabkan parasit Leishmania, mengundang penyakit Rose of Jericho (Leishmaniasis) menyebabkan “sakit kulit berulser” kepada puluhan askar Israel yang berpangkalan di sempadan Gaza.
- Serangan parasit itu disusuli insiden Februari lalu apabila KAN News melaporkan IOF menjadi sasaran kumpulan anjing liar di wilayah Gaza.
Dua belas askar Israel cedera selepas diserang sekumpulan tebuan di selatan wilayah Gaza, kata Pasukan Pendudukan Israel (IOF).
Tentera rejim berkata insiden itu berlaku pada Jumaat apabila sebuah kereta kebal secara tidak sengaja mengganggu sarang tebuan menyebabkan serangga itu bertindak balas, lapor The Times of Israel.
Askar yang cedera diberikan rawatan di Pusat Perubatan Sheba di Tel Hashomer, dengan seorang daripadanya memerlukan rawatan rapi, kata laporan itu.
Disember lalu, akhbar Israel Maariv melaporkan penyakit kulit disebabkan parasit Leishmania, mengundang penyakit Rose of Jericho (Leishmaniasis) menyebabkan “sakit kulit berulser” kepada puluhan askar Israel yang berpangkalan di sempadan Gaza.
Serangan parasit itu disusuli insiden Februari lalu apabila KAN News melaporkan IOF menjadi sasaran kumpulan anjing liar di wilayah Gaza.
Walaupun tiada askar IOF cedera dilaporkan, mereka di lapangan mendakwa anjing-anjing tersebut terlalu agresif dan sentiasa merengus seolah-olah mahu merenggut tentera rejim. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
- Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
- Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
- Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
- Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.
Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.
Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.
Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina