Terkini
Laporan polis Annuar kait DAP, Kit Siang dengan rusuhan 13 Mei diklasifikasi NFA
Laporan polis yang dibuat terhadap Annuar Musa kerana mengaitkan veteran DAP Lim Kit Siang dan parti itu dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969 diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) oleh Pejabat Peguam Negara.
- Laporan polis dibuat terhadap Annuar Musa kerana kaitkan veteran DAP Lim Kit Siang dan parti itu dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969 diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) oleh Pejabat Peguam Negara.
- Perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Lim Lip Eng (PH-Kepong), yang bertanyakan perkembangan dua laporan polis yang dibuatnya pada tahun lalu.
- Tiada alasan diberikan mengenai keputusan NFA itu.
PETALING JAYA: Laporan polis yang dibuat terhadap Annuar Musa kerana mengaitkan veteran DAP Lim Kit Siang dan parti itu dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969 diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) oleh Pejabat Peguam Negara.
Perkara itu disahkan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Lim Lip Eng (PH-Kepong), yang bertanyakan perkembangan dua laporan polis yang dibuatnya pada tahun lalu.
Bagaimanapun, tiada alasan diberikan mengenai keputusan NFA itu.
Lip Eng membuat laporan polis terhadap Annuar yang kini bersama PAS pada 10 Julai tahun lalu, menggesa polis menyiasat beliau mengikut Seksyen 499, 504 dan 505(b) Kanun Keseksaan, Akta Hasutan dan undang-undang lain.
Saifuddin berkata laporan polis kedua Lip Eng berkait kenyataan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor yang mendakwa orang bukan Islam paling ramai ditangkap kerana memberi dan menerima rasuah, masih disemak Peguam Negara.
“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Lip Eng membuat laporan polis terhadap Sanusi pada 14 Julai lalu, mendakwa kenyataan pemimpin PAS itu bersifat “rasis” dan hasutan.
Sanusi membuat dakwaan itu ketika menjadi tetamu podcast Keluar Sekejap, dengan berkata terdapat data menunjukkan orang bukan Islam paling ramai ditangkap kerana menerima dan memberi rasuah.
Sumber: Free Malaysia Today
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Antarabangsa1 day ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia