Connect with us

Terkini

Isu anak mualaf: PPMM dukacita dengan keputusan Mahkamah Persekutuan

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berdukacita dengan keputusan terbaharu Mahkamah Persekutuan yang tidak memberikan kebenaran merayu kepada Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Pendaftar Mualaf, Mufti Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis berhubung isu agama anak-anak mualaf.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki.
  • Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berdukacita dengan keputusan terbaharu Mahkamah Persekutuan yang tidak memberikan kebenaran merayu kepada Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Pendaftar Mualaf, Mufti Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis berhubung isu agama anak-anak mualaf.
  • Presidennya, Muhamad Hisham Marzuki berkata dengan penolakan kebenaran untuk merayu itu, jalan perundangan untuk menyelamatkan aqidah kanak-kanak berkenaan juga menemui penamat.
  • Hisham berkata tidak wajar suatu larangan menyeluruh (‘blanket ban’) dibuat terhadap pengIslaman kanak-kanak mualaf, hanya kerana tiada persetujuan salah seorang ibu atau bapa yang masih belum beragama Islam.
  • Beliau berkata sebaliknya setiap kes harus dinilai berdasarkan fakta yang berbeza-beza bagi memastikan keadilan menyeluruh dapat dicapai dan memberikan kemaslahatan kepada kanak-kanak (‘interest of the children’).
  • “Walaupun kesemua pihak perlu menghormati keputusan Mahkamah, tetapi kehormatan diberikan kepada institusi kehakiman, tidaklah bermaksud sesuatu keputusan dibuat kehakiman itu tidak boleh dikritik atau dicabar langsung, atau dipinda melalui saluran dibenarkan mengikut Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
  • PPMM turut meluahkan kekesalan dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar yang dilihat sangat lemah dan seolah-olah akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu. 
  • Seharusnya apabila cabang kehakiman membuat sesuatu keputusan, menzahirkan cabaran penjagaan aqidah umatnya, segala usaha dan tindakan tersusun harus dikerahkan dengan efektif untuk membetulkannya melalui cabang legislatif dan eksekutif.

KUALA LUMPUR — Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) berdukacita dengan keputusan terbaharu Mahkamah Persekutuan yang tidak memberikan kebenaran merayu kepada Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Pendaftar Mualaf, Mufti Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis berhubung isu agama anak-anak mualaf.

Presidennya, Muhamad Hisham Marzuki berkata dengan penolakan kebenaran untuk merayu itu, jalan perundangan untuk menyelamatkan aqidah kanak-kanak berkenaan juga menemui penamat.

Kronologi kes itu menunjukkan pada 12 Mei 2023, Mahkamah Tinggi telah pun sebenarnya mengesahkan keIslaman kanak-kanak terbabit berdasarkan bukti-bukti penzahiran iktikad dan keazaman melalui perbuatan dan tingkah laku mereka untuk terus berada dalam agama Islam. 

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 11 Oktober 2023 pula bertentangan dengan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Ia sekaligus membatalkan keislaman mereka kerana Mahkamah Rayuan mengambil pendekatan terikat prinsip judicial precedent kes Indira Gandhi, yang menetapkan kanak-kanak tidak boleh diislamkan tanpa persetujuan kedua-dua belah ibu dan bapa.

“Dengan kata lain, jika pun salah seorang daripada ibu atau bapa telah memeluk Islam, dan kanak-kanak itu sendiri juga berminat untuk mendalami dan belajar Islam, tetapi sekiranya ibu atau bapa yang seorang lagi (yang masih belum Islam) tidak mengizinkannya, maka kanak-kanak itu tidak boleh diIslamkan.

“PPMM berpendapat aturan terlalu ketat seperti ini, akan menyebabkan banyak kesukaran dan kezaliman kepada para mualaf di luar sana. 

“Seharusnya keizinan untuk memeluk Islam diukur berasaskan kepada fakta satu-satu kes, atas neraca kepentingan kebajikan anak-anak yang berkenaan. Keinginan serta minat kanak-kanak itu sendiri juga seharusnya wajar diberi pertimbangan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Hisham berkata tidak wajar suatu larangan menyeluruh (‘blanket ban’) dibuat terhadap pengislaman kanak-kanak mualaf, hanya kerana tiada persetujuan salah seorang ibu atau bapa yang masih belum beragama Islam.

Beliau berkata sebaliknya setiap kes harus dinilai berdasarkan fakta yang berbeza-beza (case to case basis) bagi memastikan keadilan menyeluruh dapat dicapai dan memberikan kemaslahatan kepada kanak-kanak (‘interest of the children’).

“Walaupun kesemua pihak perlu menghormati keputusan Mahkamah, tetapi kehormatan diberikan kepada institusi kehakiman, tidaklah bermaksud sesuatu keputusan dibuat kehakiman itu tidak boleh dikritik atau dicabar langsung, atau dipinda melalui saluran dibenarkan mengikut Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Pada masa sama, PPMM turut meluahkan kekesalan dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar yang dilihat sangat lemah dan seolah-olah akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu. 

Beliau berkata seharusnya apabila cabang kehakiman membuat sesuatu keputusan yang menzahirkan cabaran dalam penjagaan aqidah umatnya, segala usaha dan tindakan tersusun harus dikerahkan dengan efektif untuk membetulkannya melalui cabang legislatif dan eksekutif.

Semalam, Mohd Na’im berkata pihaknya menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan itu yang menolak permohonan kebenaran rayuan MAIPs, Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, Mufti Perlis dan Kerajaan Negeri Perlis terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan pengislaman tiga anak Loh Siew Hong berumur bawah 18 tahun sebagai berperlembagaan.

Menteri Agama itu berkata beliau percaya penghakiman dibuat adalah berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kebijaksanaan Yang Amat Arif Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan berpandukan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang dalam mencari penyelesaian terbaik bagi maslahat semua pihak sama ada beragama Islam atau bukan. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending