Terkini
Mahkamah Rayuan putuskan pengislaman tiga anak Loh Siew Hong tidak sah, terbatal
Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini memutuskan pengislaman tiga kanak-kanak yang dibuat secara unilateral (sebelah pihak) oleh bapa mereka tanpa kebenaran bekas isterinya tidak sah dan terbatal.
- Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini memutuskan pengislaman tiga kanak-kanak yang dibuat secara unilateral (sebelah pihak) oleh bapa mereka tanpa kebenaran bekas isterinya tidak sah dan terbatal.
- Mahkamah itu memutuskan demikian berhubung rayuan ibu tunggal, Loh Siew Hong terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei 2023 yang mengekalkan status Islam tiga anak mereka yang ditukar agama oleh bekas suaminya M. Nagahswaran atau nama Islamnya, Muhammad Nagahswaran Muniandy tanpa persetujuannya.
- Justeru itu, agama tiga kanak-kanak itu yang mana bagi pasangan kembar yang kini berusia 16 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun kekal sebagai Hindu.
- Semasa prosiding, keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail dan bersidang bersama-sama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azhahari Kamal Ramli selepas mendapati bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila gagal mengambil kira dua isu utama.
- “Kegagalan untuk menjawab dua isu ini adalah satu salah arah yang jelas menjurus kepada kesilapan dalam undang-undang berhubung isu tukar agama secara unilateral,” kata Hakim Hadhariah dipetik Kosmo hari ini.
- Pada 11 Mei 2023, Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh memutuskan demikian selepas mendapati ketiga-tiga anak Siew Hong masih mengamalkan ajaran Islam seperti menunaikan solat subuh.
KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini memutuskan pengislaman tiga kanak-kanak yang dibuat secara unilateral (sebelah pihak) oleh bapa mereka tanpa kebenaran bekas isterinya tidak sah dan terbatal.
Mahkamah itu memutuskan demikian berhubung rayuan ibu tunggal, Loh Siew Hong terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei 2023 yang mengekalkan status Islam tiga anak mereka yang ditukar agama oleh bekas suaminya M. Nagahswaran atau nama Islamnya, Muhammad Nagahswaran Muniandy tanpa persetujuannya.
Justeru itu, agama tiga kanak-kanak itu yang mana bagi pasangan kembar yang kini berusia 16 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun kekal sebagai Hindu.
Semasa prosiding, keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail dan bersidang bersama-sama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azhahari Kamal Ramli selepas mendapati bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila gagal mengambil kira dua isu utama.
“Kegagalan untuk menjawab dua isu ini adalah satu salah arah yang jelas menjurus kepada kesilapan dalam undang-undang berhubung isu tukar agama secara unilateral,” kata Hakim Hadhariah dipetik Kosmo hari ini.
Pada 11 Mei 2023, Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh memutuskan demikian selepas mendapati ketiga-tiga anak Siew Hong masih mengamalkan ajaran Islam seperti menunaikan solat subuh.
Hakim Wan Ahmad Farid dilaporkan berkata tiada bukti yang menunjukkan bahawa ketiga-tiga kanak-kanak itu telah ditukar semula agama mereka kepada Hindu ketika berada dalam jagaan ibunya.
“Oleh itu, demi kebajikan kanak-kanak itu, status quo (agama Islam) itu seharusnya dikekalkan,” kata Hakim Wan Ahmad Farid. — The Merdeka Times
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa2 days ago
Turkiye sekat akses Discord