Connect with us

Terkini

Suspek serang Balai Polis Ulu Tiram anggota Jemaah Islamiyah – KPN

Suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor, awal pagi tadi disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebagai anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
  • Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata suspek yang dipercayai berusia 21 tahun itu berjaya ditembak mati di lokasi kejadian.
  • Beliau berkata polis kemudian menyerbu rumah keluarga lelaki terbabit di Ulu Tiram dan pemeriksaan mendapati ada beberapa maklumat berkaitan kumpulan JI di kediaman tersebut.
  • “Susulan itu semua lima ahli keluarga suspek berusia antara 19 hingga 62 tahun yang dipercayai anggota JI, termasuk bapanya berusia 62 tahun ditahan untuk siasatan,” katanya dipetik media tempatan pada sidang media di pekarangan Balai Polis Ulu Tiram, hari ini.
  • Pagi tadi, Malaysia dikejutkan dengan laporan berita tentang dua anggota polis yang berasal dari Kuantan, Pahang dan Bidor, Perak berusia 21 dan 22 tahun maut dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 2.45 pagi, manakala seorang lagi cedera.

KUALA LUMPUR — Suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor, awal pagi tadi disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebagai anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).

Razarudin berkata suspek yang dipercayai berusia 21 tahun itu berjaya ditembak mati di lokasi kejadian.

Beliau berkata polis kemudian menyerbu rumah keluarga lelaki terbabit di Ulu Tiram dan pemeriksaan mendapati ada beberapa maklumat berkaitan kumpulan JI di kediaman tersebut.

“Di rumah suspek ada beberapa maklumat berkenaan kumpulan JI, selain banyak ayat al-Quran yang ditampal pada dinding.

“Susulan itu semua lima ahli keluarga suspek berusia antara 19 hingga 62 tahun yang dipercayai anggota JI, termasuk bapanya berusia 62 tahun ditahan untuk siasatan,” katanya dipetik media tempatan pada sidang media di pekarangan Balai Polis Ulu Tiram, hari ini.

Pagi tadi, Malaysia dikejutkan dengan laporan berita tentang dua anggota polis yang berasal dari Kuantan, Pahang dan Bidor, Perak berusia 21 dan 22 tahun maut dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 2.45 pagi, manakala seorang lagi cedera.

Terbaharu, Sinar Harian melaporkan motif serangan tersebut dipercayai untuk merampas senjata api.

Razarudin berkata suspek disyaki sudah membuat persiapan rapi sebelum melakukan serangan berkenaan.

“Daripada siasatan kita dapati bahawa suspek telah bawa beg mengandungi ‘shield’ (perisai), kain dan ‘paper’ untuk bertempur dengan polis. Kita lihat mungkin dia datang untuk dapat senjata api, ada agenda yang kita tak tahu lagi buat masa ini.

“Saya telah minta cawangan khas dapatkan semua anggota JI di Johor untuk kenal pasti dan siasat,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *