Terkini
Elak mahkamah dipersalahkan, Pendakwa Raya perlu nyata alasan pengguguran kes profil tinggi
Pendakwa Raya perlu menjelaskan alasan pertuduhan melibatkan kes berprofil tinggi atau kepentingan awam digugurkan untuk mengelakkan sistem kehakiman negara dipersalahkan kelompok tertentu, termasuk masyarakat.
- Peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla berkata apabila melibatkan kes berprofil tinggi dilepaskan pertuduhan, ditarik balik pertuduhan dan kemudiannya mahkamah perintahkan pelepasan sama ada pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) ataupun pembebasan dengan pelepasan, ia boleh menyebabkan rakyat yang tidak mengetahui selok-belok perundangan dan kehakiman akan menuding jari secara salah kepada mahkamah.
- Katanya, ini kerana mereka melihat seolah-olah mahkamah yang membuat keputusan berkaitan pengguguran pertuduhan tersebut.
- “Walhal seperti yang betul dan tepat dinyatakan Ketua Hakim Negara (sebelum ini) bahawa pilihan yang ada di tangan hakim apabila Pendakwa Raya gugurkan pertuduhan adalah cuma untuk memberi satu daripada dua pilihan sama ada DNAA ataupun pembebasan mutlak.
- “Oleh kerana inilah, yakni oleh kerana (ada) rakyat tidak faham selok-belok perundangan dan kehakiman dan untuk mengelakkan tuding jari yang salah kepada sistem kehakiman negara yang boleh menjatuhkan hormat masyarakat kepada sistem kehakiman menjadi amat penting supaya Pendakwa Raya yakni pejabat Peguam Negara mengeluarkan kenyataan kenapakah pengguguran kes dilakukan dalam kes-kes melibatkan kepentingan awam,” katanya menerusi klip video yang dimuat naik di Facebook, semalam.
- Beliau mengulas kenyataan Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang dilaporkan media tempatan sebagai berkata, Pendakwa Raya tidak perlu memberikan alasan di sebalik pertuduhan jenayah dimulakan atau dihentikan terhadap seseorang di mahkamah.
KUALA LUMPUR — Pendakwa Raya perlu menjelaskan alasan pertuduhan melibatkan kes berprofil tinggi atau kepentingan awam digugurkan untuk mengelakkan sistem kehakiman negara dipersalahkan kelompok tertentu, termasuk masyarakat.
Peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla berkata apabila melibatkan kes berprofil tinggi dilepaskan pertuduhan, ditarik balik pertuduhan dan kemudiannya mahkamah perintahkan pelepasan sama ada pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) ataupun pembebasan dengan pelepasan, ia boleh menyebabkan rakyat yang tidak mengetahui selok-belok perundangan dan kehakiman akan menuding jari secara salah kepada mahkamah.
Katanya, ini kerana mereka melihat seolah-olah mahkamah yang membuat keputusan berkaitan dengan pengguguran pertuduhan tersebut.
“Walhal seperti yang betul dan tepat dinyatakan Ketua Hakim Negara (sebelum ini) bahawa pilihan yang ada di tangan hakim apabila Pendakwa Raya gugurkan pertuduhan adalah cuma untuk memberi satu daripada dua pilihan sama ada DNAA ataupun pembebasan mutlak.
“Oleh kerana inilah, yakni oleh kerana (ada) rakyat tidak faham selok-belok perundangan dan kehakiman dan untuk mengelakkan tuding jari yang salah kepada sistem kehakiman negara yang boleh menjatuhkan hormat masyarakat kepada sistem kehakiman menjadi amat penting supaya Pendakwa Raya yakni pejabat Peguam Negara mengeluarkan kenyataan kenapakah pengguguran kes dilakukan dalam kes-kes melibatkan kepentingan awam,” katanya menerusi klip video yang dimuat naik di Facebook, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang dilaporkan media tempatan sebagai berkata, Pendakwa Raya tidak perlu memberikan alasan di sebalik pertuduhan jenayah dimulakan atau dihentikan terhadap seseorang di mahkamah.
Dalam ucapan sulungnya pada pembukaan Tahun Perundangan 2024 semalam, Terrirudin berkata Pendakwa Raya diberi kuasa membuat keputusan sedemikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Pada masa sama, media turut melaporkan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengatakan apabila pendakwa raya menarik balik sesuatu pertuduhan jenayah, badan kehakiman negara secara tidak adil akan dipersalahkan.
Tengku Maimun berkata apabila pihak pendakwaan menarik balik sesuatu pertuduhan, mahkamah jenayah hanya ada pilihan yang terhad iaitu membenarkan tertuduh DNAA, atau memberi pembebasan penuh.
Tanpa menamakan sesiapa, hakim tertinggi negara itu kemudian merujuk kes jenayah berprofil tinggi pada tahun lalu apabila hakim memberikan keputusan DNAA dianggap korup, tidak kompeten atau kedua-duanya oleh pihak tertentu.
Tengku Maimun berkata orang ramai perlu faham pihak bertanggungjawab untuk keputusan itu ialah pendakwa raya, bukannya mahkamah.
Mengulas lanjut, Haniff berkata penjelasan Pendakwa Raya kepada rakyat perlu dikeluarkan supaya mereka dapat menilai sama ada keputusan pengguguran itu tanpa gundah ganjara (tanpa mengambil pihak) ataupun dengan gundah ganjara yang juga boleh menghapuskan persepsi salah rakyat selama ini.
“Justeru, saya dengan penuh rendah diri mengatakan peguam negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh wajar membetulkan kenyataan beliau pada hari ini (semalam) walaupun beliau mempunyai budi bicara mutlak membuat keputusan di bawah perkara 145 fasal 3.
“Beliau hendaklah sentiasa berpegang kepada tanggungjawab memelihara keyakinan rakyat kepada sistem perundangan dan kehakiman negara dengan cara memberi kenyataan yang penuh dan lengkap apabila mana-mana keputusan berprofil tinggi dibuat untuk melepaskan atau menggugurkan pertuduhan supaya pihak hakim, sistem kehakiman tidak dituding jari secara salah seperti mana dinyatakan dengan betul dan tepat oleh Yang Amat Arif, Ketua Hakim Negara,” katanya. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Haniff Khatri
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini3 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
-
Antarabangsa2 days ago
Turkiye sekat akses Discord