Connect with us

Terkini

Laporan polis dibuat terhadap individu mahukan hubungan Malaysia-Israel

Satu laporan polis dibuat bagi menuntut siasatan dijalankan terhadap seorang individu dipercayai rakyat Malaysia, yang memberikan gambaran salah mengenai sokongan Malaysia terhadap Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Laporan polis dibuat terhadap individu dakwa perlunya hubungan Malaysia-Israel
Foto: Peguam, Rafique Rashid (kemeja putih).
  • Satu laporan polis dibuat bagi menuntut siasatan dijalankan terhadap seorang individu dipercayai rakyat Malaysia, yang memberikan gambaran salah mengenai sokongan Malaysia terhadap Palestin.
  • Lelaki dikenali sebagai ‘Victor Yong Jen Ong’ dalam media sosial, turut mendakwa perlunya ada hubungan diplomatik antara Malaysia dan kerajaan rejim Zionis Israel.
  • Pengadu, Syed Muhammad Shafiq Syed Jaafar berkata laporan polis dibuat selepas beliau mengesan video temubual antara pempengaruh popular Israel, Hananya Naftali, dalam laman media sosial X.
  • “Tindakan Victor ini sedikit sebanyak adalah berkaitan dengan sensitiviti agama dan bangsa di negara kita dan ia tidak boleh dipandang ringan,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.
  • “Kita benar-benar hendak pastikan isu ini diambil serius bukan hanya oleh pihak polis tetapi paling penting adalah kerajaan termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi kerajaan berkaitan,” kata peguam, Rafique Rashid. 

KUALA LUMPUR: Satu laporan polis dibuat bagi menuntut siasatan dijalankan terhadap seorang individu dipercayai rakyat Malaysia, yang memberikan gambaran salah mengenai sokongan Malaysia terhadap Palestin.

Malah lelaki dikenali sebagai ‘Victor Yong Jen Ong’ dalam media sosial, juga turut mendakwa perlunya ada hubungan diplomatik antara Malaysia dan kerajaan rejim Zionis Israel.

Pengadu, Syed Muhammad Shafiq Syed Jaafar berkata laporan polis dibuat selepas beliau mengesan video temubual antara pempengaruh popular Israel, Hananya Naftali, dalam laman media sosial X.

“Dalam temubual itu, Victor yang mengakui berasal dari Johor Bahru, menyatakan bahawa rakyat Malaysia kononnya mempunyai pandangan yang silap tentang Israel dan elemen kebencian ini dibawa oleh kumpulan pejuang Fatah dan Hamas yang disalurkan kepada rakyat Malaysia.

“Malah Victor juga menyatakan perlunya ada normalisasi hubungan antara Malaysia dan Israel di mana kedutaan Israel harus diwujudkan di negara ini (Malaysia) dan kerajaan Malaysia juga harus mempunyai kedutaan di Israel.

“Tindakan Victor ini sedikit sebanyak adalah berkaitan dengan sensitiviti agama dan bangsa di negara kita dan ia tidak boleh dipandang ringan,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Syed Muhammad turut mendesak supaya pihak polis menjalankan siasatan selain meminta tindakan terhadap Victor diambil kerana boleh mengganggu-gugat keharmonian agama dan kaum di negara ini.

Sementara itu peguam, Rafique Rashid berkata, laporan polis yang dibuat itu adalah suara kerisauan rakyat Malaysia.

“Kita sedia maklum Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram Israel dan kini melalui video temubual itu ada usaha untuk menormalisasi hubungan Malaysia dan rejim Zionis, itu yang menjadi kerisauan.

“Kita benar-benar hendak pastikan isu ini diambil serius bukan hanya oleh pihak polis tetapi paling penting adalah kerajaan termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi kerajaan berkaitan.”

Video berdurasi 5.33 saat yang disiarkan dalam akaun rasmi laman X milik Hananya setakat ini masih boleh ditonton dan masih belum dipadamkan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, mengesahkan menerima laporan polis berkenaan.

Sumber : Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

JAKIM kaji cadangan wajibkan restoran ada sijil halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
  • “Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
  • “Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” kata Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.
  • Semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ketika ini proses mendapatkan sijil halal lebih kepada sukarela oleh pengusaha restoran atau pemilik syarikat makanan.

“Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.

“Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” katanya dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.

Na’im berkata masyarakat Islam juga harus lebih peka dan mengambil inisiatif untuk menyemak status halal sesebuah restoran menerusi platform disediakan JAKIM seperti Portal Halal Malaysia.

Beliau berkata kesedaran yang tinggi dalam kalangan pengguna boleh membantu meningkatkan tekanan kepada pengusaha restoran untuk mendapatkan sijil halal.

Terdahulu, semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

JAKIM dalam satu kenyataan dilaporkan berkata semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL JAKIM bagi menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.

Susulan kenyataan itu, Johnny’s Restaurants, Black Canyon Malaysia dan Dolly Dim Sum tampil membuat penjelasan mengenai perkara berkenaan pada Rabu.

Mereka memberi jaminan bahan-bahan dan makanan separa siap dihantar ke semua cawangan restoran menerima sijil halal daripada JAKIM.

Foto: Tangkap layar hantaran Dolly Dim Sum di Facebook.

Dolly Dim Sum dalam satu kenyataan memaklumkan, dapur berpusat yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangan telah menerima sijil halal dari JAKIM (JAKIM.700-2/3/1021-06/2024).

Sementara itu, pihak pengurusan Johnny’s Restaurants and Black Canyon Malaysia pula menjelaskan pada masa ini kedua-dua restoran itu belum lagi disahkan halal oleh JAKIM.

Foto: Kenyataan dikeluarkan Johnny’s Restaurant dan Black Canyon Malaysia.

Bagaimanapun, kedua-dua restoran itu menegaskan semua bahan mentah, termasuk ayam, telur, daging, diperoleh dari pembekal yang memiliki sijil halal. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending