Connect with us

Terkini

Isu UiTM: UM disaran percepatkan program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks – ARMADA BERSATU

ARMADA BERSATU Malaysia menyarankan Universiti Malaya (UM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempercepatkan proses pendaftaran, pembukaan dan kemasukan bagi program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks di universiti berkenaan.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penolong Setiausaha ARMADA BERSATU Malaysia, Muhammad Faiz Rahmad.
  • ARMADA BERSATU Malaysia menyarankan Universiti Malaya (UM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempercepatkan proses pendaftaran, pembukaan dan kemasukan bagi program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks di universiti berkenaan.
  • Penolong Setiausahanya, Muhammad Faiz Rahmad berkata pihaknya mengutarakan perkara itu berikutan cadangan supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka sementara program berkenaan kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera disebabkan UM belum membuka program bidang itu.
  • Sekalipun pihaknya menolak cadangan pembukaan kuota sementara kepada bukan bumiputera ke UiTM dalam isu tersebut, namun beliau tidak menafikan penting untuk sektor kesihatan negara ini terus berkembang menghasilkan lebih ramai pakar bidang-bidang kritikal seperti pembedahan kardiotoraks.
  • “Maka, bagi menangani isu berbangkit membabitkan cadangan pembukaan kuota sementara kemasukan ke UiTM ini, ARMADA BERSATU Malaysia mencadangkan perkara-perkara berikut iaitu pihak Jabatan Pengajian UiTM-IJN melakukan penyumberan bakat dalam kalangan bumiputera, termasuk anak negeri Sabah dan Sarawak bagi mengisi kuota kemasukan program ini.
  • “Pelajar pascasiswazah bukan bumiputera yang disenarai pendek untuk mengikuti bidang ini didaftarkan ke mana-mana institut pengajian tinggi lain dan menjalankan proses pembelajaran program bidang ini secara usahasama geran (grant joint-venture),” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

KUALA LUMPUR — ARMADA BERSATU Malaysia menyarankan Universiti Malaya (UM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempercepatkan proses pendaftaran, pembukaan dan kemasukan bagi program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks di universiti berkenaan.

Penolong Setiausahanya, Muhammad Faiz Rahmad berkata pihaknya mengutarakan perkara itu berikutan cadangan supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka sementara program berkenaan kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera disebabkan UM belum membuka program bidang itu.

Muhammad Faiz berkata sekalipun pihaknya menolak cadangan pembukaan kuota sementara kepada bukan bumiputera ke UiTM dalam isu tersebut, namun tidak dinafikan penting untuk sektor kesihatan negara ini terus berkembang menghasilkan lebih ramai pakar bidang-bidang kritikal seperti pembedahan kardiotoraks.

Ia bagi memastikan mutu dan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan di Malaysia bertaraf global.

“Maka, bagi menangani isu berbangkit membabitkan cadangan pembukaan kuota sementara kemasukan ke UiTM ini, ARMADA BERSATU Malaysia mencadangkan perkara-perkara berikut iaitu pihak Jabatan Pengajian UiTM-IJN melakukan penyumberan bakat dalam kalangan bumiputera, termasuk anak negeri Sabah dan Sarawak bagi mengisi kuota kemasukan program ini.

“Pihak UM dengan kerjasama dan bantuan KPT mempercepatkan proses pendaftaran, pembukaan dan kemasukan bagi program bidang sama memandangkan cadangan pembukaan kuota sementara adalah disebabkan UM belum lagi membuka program bidang ini.

“Pelajar pascasiswazah bukan bumiputera yang disenarai pendek untuk mengikuti bidang ini didaftarkan ke mana-mana institut pengajian tinggi lain dan menjalankan proses pembelajaran program bidang ini secara usahasama geran (grant joint-venture),” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Muhammad Faiz menjelaskan pihaknya senada dengan pandangan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Malaysia (MPP UiTM), Persekutuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) dan Kesatuan Kakitangan Umum (KKUUiTM) untuk menolak cadangan kemasukan bukan bumiputera ke UiTM, kerana ia bercanggah prinsip asas penubuhan UiTM di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan Akta 173.

Beliau berkata cadangan itu juga sekiranya diteruskan akan mewujudkan suatu dahuluan dan rekod kemasukan bukan bumiputera ke UiTM di mana ia akan membuka ruang kepada permintaan sama pada masa akan datang meskipun cadangan itu melibatkan pembukaan kuota sementara.

“ARMADA BERSATU Malaysia ingin mengingatkan supaya semua pihak lebih berhati-hati dalam mengutarakan cadangan lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan sensitiviti dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Terbaharu, KPT dilaporkan menegaskan tiada perbincangan diadakan pada peringkat kementerian atau Kabinet mengenai cadangan membuka kemasukan pelajar bukan bumiputera di UiTM.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata seperti mana dinyatakan beliau pada 2 Mei lalu, KPT sememangnya tidak pernah membincangkan atau membenarkan universiti awam itu dibuka kepada pelajar bukan bumiputera sepertimana isu itu dimainkan hari ini. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending