Connect with us

Terkini

KPT tidak bincang dan tidak benar UiTM dibuka kepada bukan bumiputera – Menteri

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan tiada perbincangan diadakan pada peringkat kementerian atau Kabinet mengenai cadangan membuka kemasukan pelajar bukan bumiputera di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
  • Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan tiada perbincangan diadakan pada peringkat kementerian atau Kabinet mengenai cadangan membuka kemasukan pelajar bukan bumiputera di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
  • Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, seperti mana dinyatakan beliau pada 2 Mei lalu, KPT sememangnya tidak pernah membincangkan atau membenarkan universiti awam itu dibuka kepada pelajar bukan bumiputera sepertimana isu itu dimainkan hari ini.
  • “KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 – UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.
  • Difahamkan, isu kemasukan UiTM dibuka kepada bukan bumiputera menjadi perbincangan susulan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan tiada perbincangan diadakan pada peringkat kementerian atau Kabinet mengenai cadangan membuka kemasukan pelajar bukan bumiputera di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, seperti mana dinyatakan beliau pada 2 Mei lalu, KPT sememangnya tidak pernah membincangkan atau membenarkan universiti awam itu dibuka kepada pelajar bukan bumiputera sepertimana isu itu dimainkan hari ini.

“Isu ini ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM, sekali gus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak.

“KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 – UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

The Merdeka Times semalam melaporkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM membantah cadangan supaya institusi pendidikan awam itu membuka kemasukan kepada bukan bumiputera.

Dalam usaha menegaskan pendirian itu, MPP UiTM tersebut melancarkan kempen #MahasiswaUiTMBantah bermula kelmarin hingga hari ini untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada seluruh mahasiswa mengenai hak asasi keadilan bumiputera. 

Difahamkan, isu kemasukan UiTM dibuka kepada bukan bumiputera menjadi perbincangan susulan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).

Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Terkini

Segera lapor SPRM jika jadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
  • SPRM gesa pihak yang percaya mereka menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.
  • “Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada media hari ini.
  • Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.
  • Semalam, seorang pengarah urusan syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa pihak yang percaya mereka telah menjadi mangsa kes pemecahan lot tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu untuk segera membuat laporan kepada agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki bagaimanapun berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan kes seperti itu dari negeri-negeri lain dan menyifatkan apa yang berlaku di Perak baru-baru ini sebagai kes terpencil.

“Sekiranya SPRM menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai penyelewengan hal-hal berkaitan perkara jenayah yang menukar status tanah rizab Melayu kepada hak milik kekal (free hold) merupakan kesalahan jenayah yang sudah tentu kita akan lakukan siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) Azman Adnan.

Semalam, seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah ditahan SPRM untuk membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar tanah rizab Melayu kepada tanah bukan Melayu di Mukim Manjong, Setiawan, Perak.

Difahamkan, syarikat suspek berusia 44 tahun itu dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu, seterusya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot dipecahkan kepada individu serta syarikat yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Penahanan itu adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian Perak yang sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending