Connect with us

Antarabangsa

Modi nafi guna isu Hindu-Muslim, dakwa tidak rujuk Muslim dalam ucapannya

Perdana Menteri India, Narendra Modi tidak mengaku bersalah dalam wawancaranya bersama News18 atas ucapannya tiga minggu lalu yang mendakwa kekayaan India akan diberikan kepada orang Islam seandainya Kongres berkuasa.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.
  • Perdana Menteri India, Narendra Modi tidak mengaku bersalah dalam wawancaranya bersama News18 atas ucapannya tiga minggu lalu yang mendakwa kekayaan India akan diberikan kepada orang Islam seandainya Kongres berkuasa.
  • Modi turut menafikan pernah menyebut “Muslim” di atas pentas, walaupun jelas video ucapannya menyebut orang Islam sebagai “penceroboh” dan kenyataan “orang yang melahirkan lebih ramai anak” itu ditonton berjuta-juta kali.
  • Idea bahawa orang Islam melahirkan lebih ramai anak dengan tujuan mengatasi orang Hindu di India adalah teori konspirasi yang popular dalam kalangan nasionalis Hindu.
  • Media melaporkan dakwaan Modi tidak menyebut Hindu atau Muslim adalah palsu di mana semasa perhimpunan awam di Banswara Rajasthan pada 21 April, Modi menyampaikan ucapannya di hadapan ribuan yang hadir.

Perdana Menteri India, Narendra Modi tidak mengaku bersalah dalam wawancaranya bersama News18 atas ucapannya tiga minggu lalu yang mendakwa kekayaan India akan diberikan kepada orang Islam seandainya Kongres berkuasa.

Modi turut menafikan pernah menyebut “Muslim” di atas pentas, walaupun jelas video ucapannya menyebut orang Islam sebagai “penceroboh” dan kenyataan “orang yang melahirkan lebih ramai anak” itu ditonton berjuta-juta kali.

Idea bahawa orang Islam melahirkan lebih ramai anak dengan tujuan mengatasi orang Hindu di India adalah teori konspirasi yang popular dalam kalangan nasionalis Hindu.

Merujuk soalan temuramah Rubika Liyaquat kepada Modi berkenaan apa perlunya dia menggunakan istilah ‘penceroboh’ dan ‘orang yang mempunyai lebih ramai anak’ apabila merujuk kepada orang Islam di atas pentas, Modi dengan nada melodramatik memberikan penjelasan.

“Saya terkejut! Siapa kata apabila saya menyebut orang yang mempunyai lebih ramai anak, ia hanya merujuk kepada orang Islam? Mengapa kamu bersikap zalim terhadap orang Islam?”

“Di tempat kami, keluarga miskin juga berada dalam keadaan sedemikian.

“Mereka tidak dapat mendidik anak-anak mereka, tidak kira dari komuniti mana datangnya mereka. Di mana ada kemiskinan, Kanak-kanaknya ramai,” katanya dipetik The News Minute.

Apabila wartawan memberi soalan susulan sama ada sebutannya mengenai Muslim berbeza dengan sebutannya berkenaan orang yang mempunyai ramai anak, Modi terus membuat penafian.

“Saya tidak berkata Hindu mahupun Muslim. Saya hanya kata, kamu hanya perlu mempunyai seberapa ramai anak yang kamu boleh jaga. Jangan sampai ke tahap di mana kerajaan perlu menjaga mereka.

“Pada hari saya melakukan (pembahagian) Hindu-Muslim, saya tidak akan dapat meneruskan kehidupan awam.

“Saya tidak akan melakukan (pembahagian) Hindu-Muslim, ini komitmen saya,” katanya.

Media melaporkan dakwaan Modi tidak menyebut Hindu atau Muslim adalah palsu di mana semasa perhimpunan awam di Banswara Rajasthan pada 21 April, Modi menyampaikan ucapannya di hadapan ribuan yang hadir.

“Sebelum ini, apabila mereka (Kongres) berkuasa, mereka berkata bahawa orang Islam mempunyai hak pertama untuk kekayaan negara. 

“Ini bermakna mereka akan mengagihkan kekayaan ini kepada mereka yang mempunyai lebih ramai anak, kepada penceroboh. Patutkah wang titik peluh anda diberikan kepada penceroboh?” katanya merujuk kepada kerajaan Kongres di bawah bekas Perdana Menteri Manmohan Singh semasa tempoh pemerintahan 2004-2014. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending