Connect with us

Terkini

Lelaki Muslim dakwa tiga anak tirinya dimurtadkan di gereja

Seorang lelaki Muslim membuat laporan polis mendakwa tiga anak tirinya dimurtadkan bekas suami kepada isterinya di sebuah gereja terkemuka di Malaysia.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang lelaki Muslim membuat laporan polis mendakwa tiga anak tirinya dimurtadkan bekas suami kepada isterinya di sebuah gereja terkemuka di Malaysia.
  • Laporan itu dibuat di Balai Polis Jalan Dang Wangi di ibu negara pada jam 10.51 pagi semalam.
  • Merujuk kepada laporan polis dilihat The Merdeka Times, Muhammad Addinullah Mohd Hazmi, 34, berkata beliau dan isterinya menerima satu dokumen daripada bekas suami isterinya pada 20 Julai lalu, memaklumkan beliau (bekas suami isteri) mengkristiankan anak-anaknya.
  • Pengadu berkata ketiga-tiga anak tirinya, berusia antara 8 hingga 11 tahun, masih di bawah umur.
  • “Tujuan saya membuat laporan polis ini adalah untuk pihak berkuasa membuat siasatan ke atas bekas suami dan Gereja XXXXXXX kerana telah mengkristiankan anak-anak tiri saya tanpa kebenaran dan pengetahuan isteri saya,” katanya menerusi laporan polis itu.
  • The Merdeka Times pada Isnin lalu, melaporkan pendakwah bebas yang juga Pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong mendedahkan seorang lelaki Muslim dan anak-anaknya dimurtadkan di gereja terkemuka sebelum berkahwin di cawangan gereja itu yang terletak di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki Muslim membuat laporan polis mendakwa tiga anak tirinya dimurtadkan bekas suami kepada isterinya di sebuah gereja terkemuka di Malaysia.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Jalan Dang Wangi di ibu negara pada jam 10.51 pagi semalam.

Merujuk kepada laporan polis dilihat The Merdeka Times, Muhammad Addinullah Mohd Hazmi, 34, berkata beliau dan isterinya menerima satu dokumen daripada bekas suami isterinya pada 20 Julai lalu, memaklumkan beliau (bekas suami isteri) mengkristiankan anak-anaknya.

Addinullah berkata beliau dan isteri sangat terkejut selepas dimaklumkan kanak-kanak terbabit dibaptiskan.

Katanya, ketiga-tiga anak tirinya, berusia antara 8 hingga 11 tahun, masih di bawah umur.

“Tujuan saya membuat laporan polis ini adalah untuk pihak berkuasa membuat siasatan ke atas bekas suami dan Gereja XXXXXXX kerana telah mengkristiankan anak-anak tiri saya tanpa kebenaran dan pengetahuan isteri saya,” katanya dalam laporan polis itu.

Pada 18 Disember lalu, The Merdeka Times melaporkan pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Multiracial Reverted Muslims (MRM), Firdaus Wong mendedahkan seorang lelaki Muslim dan anak-anaknya dimurtadkan di gereja terkemuka sebelum berkahwin di cawangan gereja itu yang terletak di Kuala Lumpur.

Firdaus Wong yang juga pendakwah bebas berkata, perkara itu bukan khabar angin kerana pihaknya mempunyai dokumen rasmi pengakuan mereka memeluk Kristian.

“Saya nak lihat apa respon Council of Churches Malaysia (CCM), MCCBCHST(Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia) dan para liberal yang selama ini menentang pemelukan agama secara ‘unilateral’.

“Saya ingin tahu apakah yang mereka perjuangkan itu hanyalah difokuskan pada pemelukan agama Islam secara ‘unilateral’ atau mereka tidak hipokrit dan juga menentang pemelukan agama secara ‘unilateral’ tanpa mengira agama apa pun,” katanya.

Mahkamah Persekutuan pada 2018, sebulat suara memutuskan penukaran agama kanak-kanak secara unilateral menyalahi undang-undang kerana ia memerlukan kebenaran daripada kedua-dua ibu dan bapa. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending