Terkini
Isu penukaran agama sepihak: Lelaki Muslim dan anak-anak dimurtadkan di gereja terkemuka
Seorang lelaki Muslim dan anak-anaknya didakwa dimurtadkan di gereja terkemuka sebelum berkahwin di cawangan gereja itu yang terletak di Kuala Lumpur.

- Seorang lelaki Muslim dan anak-anaknya didakwa dimurtadkan di gereja terkemuka sebelum berkahwin di cawangan gereja itu yang terletak di Kuala Lumpur.
- Pendedahan itu dibuat pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang berkata perkara itu bukan khabar angin kerana pihak beliau mempunyai dokumen rasmi pengakuan mereka memeluk Kristian.
- “Saya nak lihat apa respon Council of Churches Malaysia(CCM), MCCBCHST (Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia) dan para liberal yang selama ini menentang pemelukan agama secara ‘unilateral’.
- “Saya ingin tahu apakah yang mereka perjuangkan itu hanyalah difokuskan pada pemelukan agama Islam secara ‘unilateral’ atau mereka tidak hipokrit dan juga menentang pemelukan agama secara ‘unilateral’ tanpa mengira agama apa pun,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
KUALA LUMPUR —- Seorang lelaki Muslim dan anak-anaknya didakwa dimurtadkan di gereja terkemuka sebelum berkahwin di cawangan gereja itu yang terletak di Kuala Lumpur.
Pendedahan itu dibuat pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang berkata perkara itu bukan khabar angin kerana pihak beliau mempunyai dokumen rasmi pengakuan mereka memeluk Kristian.
“Saya nak lihat apa respon Council of Churches Malaysia (CCM), MCCBCHST(Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia) dan para liberal yang selama ini menentang pemelukan agama secara ‘unilateral’.
“Saya ingin tahu apakah yang mereka perjuangkan itu hanyalah difokuskan pada pemelukan agama Islam secara ‘unilateral’ atau mereka tidak hipokrit dan juga menentang pemelukan agama secara ‘unilateral’ tanpa mengira agama apa pun,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
Firdaus Wong berkata beliau sama sekali tidak akan terkejut dengan penafian dan sandiwara kelompok terbabit berhubung isu itu kelak.

Foto : Tangkap Layar Hantaran Facebook Firdaus Wong Wai Hung
Terdahulu, media melaporkan seorang ibu tunggal, Loh Siew Hong, mencabar tindakan bekas suaminya mendaftarkan tiga anak mereka sebagai mualaf tanpa kebenarannya.
Ketiga-tiga anaknya didaftarkan sebagai Muslim oleh bekas suami Siew Hong yang memeluk Islam, M. Nagashwaran tanpa persetujuannya pada 7 Julai 2020.
Satu lagi kes yang sama berlaku di mana tiga orang anak kepada seorang guru tadika beragama Hindu, M Indira Gandhi pada tahun 2009 di Perak.
Suami Indira, Muhammad Ridhuan Abdullah, seorang mualaf menukar agama ketiga-tiga anaknya yang ketika itu masing-masing berusia 12 tahun, 11 tahun dan 11 bulan.
Pada 20 Februari lalu, The Merdeka Times melaporkan Pengerusi Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy, menyatakan di laman Facebook bahawa pihaknya bersedia untuk memfailkan kes di Mahkamah Tinggi terhadap sembilan negeri yang membenarkan penukaran agama kanak-kanak secara satu pihak. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Firdaus Wong Wai Hung
