Connect with us

Antarabangsa

Lima terbunuh & tujuh cedera, Tentera zionis Israel tembak sesama sendiri

Pasukan Pendudukan Israel (IOF) berkata lima askar Briged Pasukan Payung Terjun Batalion 202 terbunuh di kem Jabalia pada petang Rabu akibat tembakan sesama sendiri.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pasukan Pendudukan Israel (IOF) berkata lima askar Briged Pasukan Payung Terjun Batalion 202 terbunuh di kem Jabalia pada petang Rabu akibat tembakan sesama sendiri.
  • Memetik kenyataan IOF, BBC melaporkan insiden itu membabitkan dua kereta kebal di kawasan terbabit yang melepaskan dua bedilan ke arah bangunan digunakan timbalan komander batalion itu.
  • “Daripada siasatan awal… nampaknya pejuang kereta kebal, daripada pasukan payung ultra-Ortodoks Hetz, mengenal pasti keluarnya laras senapang dari salah satu tingkap di bangunan itu, dan mengarahkan sesama mereka untuk menembak ke arah bangunan berkenaan,” kata kenyataan itu.
  • Tujuh askar lain cedera akibat tembakan kereta kebal itu dengan tiga daripadanya parah.
  • Bilangan kematian tentera Israel yang terbunuh sejak permulaan serangan darat di Gaza pada 27 Oktober tahun lalu meningkat kepada 278 orang.

Pasukan Pendudukan Israel (IOF) berkata lima askar Briged Pasukan Payung Terjun Batalion 202 terbunuh di kem Jabalia pada petang Rabu akibat tembakan sesama sendiri.

Memetik kenyataan IOF, BBC melaporkan insiden itu membabitkan dua kereta kebal di kawasan terbabit yang melepaskan dua bedilan ke arah bangunan digunakan timbalan komander batalion itu.

“Daripada siasatan awal… nampaknya pejuang kereta kebal, daripada pasukan payung ultra-Ortodoks Hetz, mengenal pasti keluarnya laras senapang dari salah satu tingkap di bangunan itu, dan mengarahkan sesama mereka untuk menembak ke arah bangunan berkenaan,” kata kenyataan itu.

Tujuh askar lain cedera akibat tembakan kereta kebal itu dengan tiga daripadanya parah.

Bilangan kematian tentera Israel yang terbunuh sejak permulaan serangan darat di Gaza pada 27 Oktober tahun lalu meningkat kepada 278 orang.

Al Jazeera melaporkan Israel merancang mengerahkan lebih banyak tentera dan “memperhebatkan” pencerobohan daratnya di selatan Rafah.

Tindakan ini menentang amaran global berkenaan nasib ratusan ribu warga awam Palestin yang berlindung di bandar yang dilanda perang itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending