Terkini
Individu anggap isu PM bukan Melayu tidak sensitif, buta sejarah dan Perlembagaan
Sikap sesetengah pihak menganggap isu Perdana Menteri bukan Melayu sebagai bukan perkara sensitif secara tidak langsung memperlihatkan mereka buta sejarah dan Perlembagaan, kata Dr Muhammad Fathi Yusof.

- Sikap sesetengah pihak menganggap isu Perdana Menteri bukan Melayu sebagai bukan perkara sensitif secara tidak langsung memperlihatkan mereka buta sejarah dan Perlembagaan, kata Dr Muhammad Fathi Yusof.
- Muhammad Fathi yang merupakan Pakar Perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, meskipun Perkara 43 Perlembagaan tidak menyebut secara nyata bahawa jawatan tersebut mesti disandang oleh individu berbangsa Melayu, namun perkara itu perlu dilihat secara menyeluruh.
- “Peruntukan Perkara 153 yang diperkenalkan selepas melalui proses perbincangan dan rundingan ketika penggubalan perlembagaan telah memberikan hak istimewa kepada orang-orang Melayu, di atas prinsip untuk mengimbangi penguasaan ekonomi bukan Melayu dengan menjamin keutuhan penguasaan pentadbiran orang Melayu.
- “Secara tersiratnya, Perkara 153 ini bertujuan untuk mengekalkan penguasaan pentadbiran dan politik orang Melayu termasuklah melalui pelantikan Perdana Menteri dan anggota jemaah Menteri,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Jumaat.
- Terdahulu, media melaporkan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang menyuarakan harapan agar Malaysia tidak memerlukan 230 tahun lagi untuk melihat seorang bukan Melayu berpeluang menjadi Perdana Menteri, sekali gus menimbulkan polemik umum.
KUALA LUMPUR – Sikap sesetengah pihak menganggap isu Perdana Menteri bukan Melayu sebagai bukan perkara sensitif secara tidak langsung memperlihatkan mereka buta sejarah dan Perlembagaan, kata Dr Muhammad Fathi Yusof.
Muhammad Fathi yang merupakan Pakar Perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, meskipun Perkara 43 Perlembagaan tidak menyebut secara nyata bahawa jawatan tersebut mesti disandang oleh individu berbangsa Melayu, namun perkara itu perlu dilihat secara menyeluruh.
“Peruntukan Perkara 153 yang diperkenalkan selepas melalui proses perbincangan dan rundingan ketika penggubalan perlembagaan telah memberikan hak istimewa kepada orang-orang Melayu, di atas prinsip untuk mengimbangi penguasaan ekonomi bukan Melayu dengan menjamin keutuhan penguasaan pentadbiran orang Melayu.
“Secara tersiratnya, Perkara 153 ini bertujuan untuk mengekalkan penguasaan pentadbiran dan politik orang Melayu termasuklah melalui pelantikan Perdana Menteri dan anggota jemaah Menteri,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Jumaat.
Terdahulu, media melaporkan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang menyuarakan harapan agar Malaysia tidak memerlukan 230 tahun lagi untuk melihat seorang bukan Melayu berpeluang menjadi Perdana Menteri, sekali gus menimbulkan polemik umum.
Dalam pada itu, Muhammad Fathi berkata pemimpin utama negara sepatutnya dari majoriti penduduk Malaysia iaitu orang Melayu Islam dan kepimpinan dari kelompok majoriti akan mewujudkan kestabilan politik.
Katanya, pengekalan sistem beraja di negeri Melayu dan kewujudan jawatan Yang di-Ppertuan Agong (YDPA) mengukuhkan pendapat bahawa pengekalan kuasa politik orang Melayu adalah hasrat tersirat dalam Perlembagaan.
Beliau turut mempersoalkan mengenai tindakan pihak membangkitkan isu Perdana Menteri bukan Melayu yang dilihat seolah-olah bertujuan memberikan gambaran palsu bahawa bukan Melayu disisihkan dalam politik negara.
“Tolerasi kepimpinan yang diterajui oleh orang Melayu boleh dilihat setiap kali pembentukan kabinet kerajaan.
“Sepanjang sejarah negara, pasti ada penglibatan pelbagai kaum dalam barisan jemaah Menteri,” katanya. – The Merdeka Times
