Antarabangsa
Kerajaan Islam digesa gerakkan tentera untuk henti pencerobohan zionis – Kesatuan Ulama
Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa menggesa kerajaan Islam menggerakkan tentera mereka untuk menghentikan pencerobohan Zionis di Semenanjung Gaza.
- Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa menggesa kerajaan Islam menggerakkan tentera mereka untuk menghentikan pencerobohan Zionis di Semenanjung Gaza.
- Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa kesatuan itu mengeluarkan fatwa berkenaan kewajipan kerajaan Islam untuk menangani pencerobohan yang sedang berlaku di Palestin.
- Fatwa itu turut menekankan kepentingan kerjasama dan penyelarasan antara negara Arab dan Islam serta empat negara lingkaran (Mesir, Jordan, Syria dan Lubnan) dalam usaha mencapai keseimbangan antarabangsa dan mencegah kezaliman.
- Pengumuman fatwa itu dibuat di ibu pejabat kesatuan itu di Doha, Qatar pada 31 Oktober lalu dihadiri sejumlah ulama-ulama kesatuan itu yang diketuai Setiausaha Agungnya, Syeikh Ali Al-Qaradaghi.
KUALA LUMPUR – Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa menggesa kerajaan Islam menggerakkan tentera mereka untuk menghentikan pencerobohan Zionis di Semenanjung Gaza.
Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa kesatuan itu mengeluarkan fatwa berkenaan kewajipan kerajaan Islam untuk menangani pencerobohan yang sedang berlaku di Palestin.
Fatwa itu turut menekankan kepentingan kerjasama dan penyelarasan antara negara Arab dan Islam serta empat negara lingkaran (Mesir, Jordan, Syria dan Lubnan) dalam usaha mencapai keseimbangan antarabangsa dan mencegah kezaliman.
Pengumuman fatwa itu dibuat di ibu pejabat kesatuan itu di Doha, Qatar pada 31 Oktober lalu dihadiri sejumlah ulama-ulama kesatuan itu yang diketuai Setiausaha Agungnya, Syeikh Ali Al-Qaradaghi.
Di akhir fatwa, seruan jihad serta bantuan ke atas Palestin diperbaharui sebagai kewajipan syariat, tanggungjawab Islam serta kemanusiaan, selain larangan berdiam diri mengenai pencerobohan yang berlaku, dengan tidak menangkis atau bertindak balas terhadapnya.
Perkara itu diungkapkan dalam konteks usaha Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa menyokong perjuangan dan membantu rakyat Palestin dalam masa genting ini.
Kesatuan itu turut menekankan keperluan masyarakat dunia mendesak menyelamatkan Gaza dari terdedah kepada insiden pembunuhan beramai-ramai dan kemusnahan menyeluruh.
Sumber: IUMS
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times