Connect with us

Terkini

(VIDEO) Akmal Saleh berang 34 murid sekolah agama terpaksa belajar atas lantai angkara birokrasi

Amalan birokrasi didakwa membabitkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) hingga menyebabkan 34 murid sebuah sekolah agama di negeri itu terpaksa belajar di atas lantai dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Amalan birokrasi didakwa berlaku membabitkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) hingga menyebabkan 34 murid sebuah sekolah agama di negeri itu terpaksa belajar di atas lantai dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Akmal Saleh turut menempelak seorang lelaki dipercayai pegawai JAIM kerana gagal memastikan kemudahan kerusi dan meja dapat digunakan murid sedangkan peruntukan disalurkan pada Disember 2023.
  • Beliau yang mengadakan lawatan mengejut ke sekolah berkenaan selepas menerima aduan ibu bapa murid terbabit, berasa sedih dengan keadaan murid sekolah itu duduk di lantai beralaskan tikar getah ketika mengikuti pembelajaran di kelas berkenaan.
  • “Takkan dari bulan 12 dapat peruntukan, (peruntukan) dah masuk bulan 12 perlukan masa sampai 5 bulan (untuk dapatkan kerusi dan meja)? Ustaz tengok anak-anak ini, ustaz rasa selesa ke?
  • “Inilah masalahnya kita ambil sambil lewa aduan daripada guru besar dah bagi tahu lama kita ambil sambil lewa kita bagi orang ini buat, orang ini buat, yang buat birokrasi banyak akhirnya 5 bulan dah hari ini ustaz,” katanya menerusi video berdurasi 3 minit 53 saat yang dimuat naik di Facebook pada Rabu.
  • “Tidak boleh saya terima apabila anak-anak kita terpaksa belajar di lantai akibat tiada meja dan kerusi. Bila mana proses birokrasi menyusahkan rakyat inilah akibatnya,” kata Dr Akmal.

KUALA LUMPUR — Amalan birokrasi didakwa membabitkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) hingga menyebabkan 34 murid sebuah sekolah agama di negeri itu terpaksa belajar di atas lantai dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Akmal Saleh yang juga Ketua Pemuda UMNO turut menempelak seorang lelaki dipercayai pegawai JAIM kerana gagal memastikan kemudahan kerusi dan meja dapat digunakan murid sedangkan peruntukan disalurkan pada Disember 2023.

Beliau yang mengadakan lawatan mengejut ke sekolah berkenaan selepas menerima aduan ibu bapa murid terbabit, berasa sedih dengan keadaan murid sekolah itu duduk di lantai beralaskan tikar getah ketika mengikuti pembelajaran di kelas berkenaan.

ADUN Merlimau itu juga dilihat berang apabila lelaki tersebut seakan tidak mengetahui kos pembelian meja dan kerusi untuk murid-murid sekolah tersebut, sebaliknya meminta pegawainya datang.

“Takkan dari bulan 12 dapat peruntukan, (peruntukan) dah masuk bulan 12 perlukan masa sampai 5 bulan (untuk dapatkan kerusi dan meja)? Ustaz tengok anak-anak ini, ustaz rasa selesa ke?

“Berapa banyak ini bajet ini (kerusi dan meja)? Berapa bajet ini? Ustaz pun tak tahu.

“Inilah masalahnya kita ambil sambil lewa aduan daripada guru besar dah bagi tahu lama kita ambil sambil lewa kita bagi orang ini buat, orang ini buat, yang buat birokrasi banyak akhirnya 5 bulan dah hari ini ustaz,” katanya menerusi video berdurasi 3 minit 53 saat yang dimuat naik di Facebook pada Rabu.

Akmal Saleh turut menghubungi Pegawai Kewangan Negeri Melaka, Datuk Salha Saleh bagi mendapatkan penjelasan mengenai peruntukan itu apabila lelaki terbabit mendakwa pihak tersebut yang lambat menguruskan hal itu.

Ini kerana perbincangan di antara mereka sebelum ini menerusi mesyuarat EXCO dikatakan tiada sebarang isu, malah perkara itu dapat diselesaikan dalam tempoh dua atau tiga bulan sahaja memandangkan bajet sudah diberikan.

Dakwaan lelaki itu bagaimanapun dinafikan Salha yang kembali menyoal alasan pihaknya dikatakan lambat dalam menguruskan peruntukan tersebut.

“Dia salahkan kewangan yang lambat. Ah saya tak tahu (kenapa) dia kata kewangan lambat ini saya call Datuk Salha depan dia ini.

“Sebab birokrasi JAIM ini saya kata! Birokrasi JAIM ni yang melambatkan kerja.

“Kalau nak kerja buat cara kerja ustaz janganlah sambil lewa! Sambil lewa ni anak-anak kita (yang kena hadap) masalah ustaz… Kita ini semua penjawat awam kita ini berkhidmat untuk rakyat kalau tak boleh pergi tak apa saya bawa dalam EXCO kita reshuffle semua JAIM ini senang,” katanya bertambah berang apabila lelaki terbabit memaklumkan memerlukan tambahan tiga bulan untuk menyelesaikan masalah itu.

Akmal Saleh akhirnya memutuskan untuk membeli fasiliti diperlukan 34 murid sekolah agama itu.

“Tidak boleh saya terima apabila anak-anak kita terpaksa belajar di lantai akibat tiada meja dan kerusi. Bila mana proses birokrasi menyusahkan rakyat inilah akibatnya,” kata ADUN Merlimau itu.  — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending