Antarabangsa
Peru kategorikan transgender, bukan binari sebagai ‘sakit mental’
Kerajaan Peru secara rasmi mengkategorikan golongan transgender dan bukan binari sebagai “sakit mental”.

- Kerajaan Peru secara rasmi mengkategorikan golongan transgender dan bukan binari sebagai “sakit mental”.
- Perkara itu mencetuskan kebimbangan warga LGBTQ akan lebih distigma dengan potensi hilangnya kebebasan mereka di negara Amerika Selatan itu, lapor RT.
- Pindaan itu diluluskan atas perintah Presiden Dina Boluarte minggu lalu dengan takrifan “transeksualisme” dan “gangguan identiti jantina pada kanak-kanak” dikategorikan sebagai penyakit mental.
- Termasuk dalam kategori itu ialah “transvestisme dua peranan”, “transvestisme fetishistik” dan “gangguan identiti jantina yang lain”.
- Kementerian Kesihatan Peru susulan keputusan berkenaan menjelaskan pengelasan semula itu diputuskan hanya untuk “menjamin liputan penuh perhatian perubatan untuk kesihatan mental” di bawah Pelan Insurans Kesihatan Asas Negara.
Kerajaan Peru secara rasmi mengkategorikan golongan transgender dan bukan binari sebagai “sakit mental”.
Perkara itu mencetuskan kebimbangan warga LGBTQ akan lebih distigma dengan potensi hilangnya kebebasan mereka di negara Amerika Selatan itu, lapor RT.
Pindaan itu diluluskan atas perintah Presiden Dina Boluarte minggu lalu dengan takrifan “transeksualisme” dan “gangguan identiti jantina pada kanak-kanak” dikategorikan sebagai penyakit mental.
Termasuk dalam kategori itu ialah “transvestisme dua peranan”, “transvestisme fetishistik” dan “gangguan identiti jantina yang lain”.
Kementerian Kesihatan Peru susulan keputusan berkenaan menjelaskan pengelasan semula itu diputuskan hanya untuk “menjamin liputan penuh perhatian perubatan untuk kesihatan mental” di bawah Pelan Insurans Kesihatan Asas Negara.
Kementerian juga cuba meredakan kebimbangan ramai berkenaan semakan itu yang mungkin membawa kepada pelanggaran kebebasan awam seperti pemaksaan ke atas individu trans untuk menjalani terapi penukaran.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggugurkan “gangguan identiti jantina” daripada manual diagnosis globalnya pada 2019.
Bagaimanapun, Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental Persatuan Psikiatri Amerika turut menyenaraikan diagnosis untuk disforia jantina (kecelaruan jantina).
Sistem Kesihatan Kebangsaan (NHS) UK menerangkan disforia jantina sebagai “rasa kurang senang yang mungkin dialami oleh seseorang individu kerana ketidakpadanan antara jantina biologi dan identiti jantina mereka”. – The Merdeka Times
